Deja vu adalah satu keadaan yang mana kita tiba-tiba terfikir bahawa kita pernah mengalami situasi yang sedang terjadi sebelum ini.
Beliau berkata, kenyataan ahli parlimen BN itu telah mengingatkan beliau kepada filem lagenda arahan dan lakonan Allahyarham Tan Sri P Ramlee dalam filem Tiga Abdul.
“Bila ada seorang MP BN mempertikai kononnya PH (Pakatan Harapan) tidak adil kerana jumlah peruntukkan yang MP pembangkang dan MP Kerajaan terima tidak sama, maaf saya nak tergelak.
“Kepala saya terus teringat filem 3 Abdul arahan arwah seniman negara. Lebih kurang begini.
“Bila bapa 3 adik beradik – Abdul Wahab, Abdul Wahib dan Abdul Wahub- meninggal dunia dan tinggal harta yang banyak, maka bermula episod pembahagian harta pusaka.
“Semua tahu Abdul Wahab dan Abdul Wahib buli sakan adik bungsu mereka, Abdul Wahub. Mereka berdua dapat harta yang banyak . Abdul Wahub pula dapat sedikit. Abdul Wahub dihukum kerana bersalah. Kesalahan Abdul Wahub – bapa mereka mati kerana idea beliau nak bawa arwah ke hospital !
“Abdul Wahub tak mahu terima ‘faraid’ yang x adil itu. Maka dihalau dari rumah. Abdul Wahab dan Abdul Wahib enjoyed sakan hingga lupa diri dan kena tipu dengan saudagar penipu Sadiq Sigaraga dan penasihat misai kontot.
“Tapi Abdul Wahub cerdik dan berjaya ‘tipu’ saudagar penipu dan berjaya tebus balik kedua dua abang beliau yang dilelong. Maka dibawa kedua dua abang itu ke rumah pusaka dan disatukan dengan isteri isteri mereka berdua.
“Dan Abdul Wahab dan Wahib masih diberi harta oleh Abdul Wahub. Tiba-tiba Abdul Wahib masih nak protes… he he ..tak sedar diri,” ujarnya dalam kenyataan di laman facebooknya.
Beliau dipercayai mengulas kenyataan Presiden MCA yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam Wong Ka Siong semalam, dipetik berkata, tindakan kerajaan PH memberikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang adalah dialu-alukan memandangkan ia tidak pernah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini.
Namun ujarnya, peruntukan kepada anggota parlimen pembangkang tidak sampai pun 50 peratus daripada yang diterimaanggota parlimen pemerintah.
Justeru Hanipa menegaskan pemimpin MCA itu sudah lupa ketika BN memerintah apabila ahli parlimen parti-parti pembangkang ketika itu tidak diberikan sebarang peruntukan.
“Dulu masa BN perintah, MP pembangkang langsung tak dapat sekupang pun.
“Kali ini dapat. Tiba-tiba protes…ini tidak adil . He he he . Macam rasa Abdul Wahib muncul semula…i feel a sense of deja vu lah. How about you ?,” soalnya.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Rabu mengumumkan bahawa kerajaan akan memberi peruntukan RM100,000 kepada pembangkang. dan jumlah peruntukan yang diterima anggota parlimen PH sebanyak RM500,000.
Untuk rekod, ini kali pertama anggota parlimen pembangkang diberi peruntukan. Selama BN memegang tampuk pemerintahan, peruntukan dana hanya diberi kepada wakil rakyat dari parti pemerintah.
No comments:
Post a Comment