Friday, June 8, 2018

Menteri, anggota pentadbiran dikehendaki isytihar harta

MALAYSIA DATELINE

Menteri, anggota pentadbiran dikehendaki isytihar harta
Semua anggota pentadbiran termasuk menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik dikehendaki mengisytihar harta masing-masing kepada Perdana Menteri.

Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mengumumkan langkah itu berkata maklumat yang diterimanya tidak akan disembunyikan, sebaliknya akan turut disampaikan kepada agensi-agensi bertanggungjawab berkenan pencegahan rasuah.

“Perdana Menteri tidak boleh sembunyi rasuah yang dilakukan oleh pegawai atau anggota pentadbiran yang lain, ” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan di Perdana Putra, hari ini lapor Bernama.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Negara (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.


Selain itu, Dr Mahathir berkata mesyuarat tersebut turut memutuskan pegawai kerajaan tidak dibenarkan memegang lebih daripada lima jawatan bagi mengelakkan masalah penyelewengan dalam pemberian kontrak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...