Tuesday, July 24, 2018

Apabila Dr. Rozaimi menyakat penyokong PAS yang backup Hadi..!


Ramai penyokong PAS marahkan saya berkenaan posting saya semalam tetapi mereka hanya mampu memaki hamun saya saja. Soalan saya mudah saja iaitu berkenaan konsisten. Jika mereka kata bantahan mereka terhadap pengiktiran UEC disebabkan ia buruk maka saya perlu tanya 2 soalan:

1. Bagaimana jika melaksanakan semua manifesto pada waktu ini memburukkan ekonomi negara? Adakah masih wajar ditunaikan atau boleh ditangguhkan sekejap sehingga waktunya sesuai?

2. Jika mengiktiraf UEC buruk (selagi lagi saya tegaskan saya tidak pro UEC), kenapa PAS setuju dengan pengiktirafannya sewaktu PRU 13 dan dimasukkan dalam buku jingga?


Saya bertanya tentang konsisten supaya kita tidak terburu membenci orang kerana bukan geng kita.

Adillah kerana dekat dengan taqwa. Bukan adil itu dengan menunggu orang lain adil baru kita nak adil.

Dr Rozaimi Ramle
24 Jun 2018

1 comment:

  1. PAS mana boleh kena komen... tambah lagi kalau jentik Hadi Awang... boleh mampuih kena maki dengan penyokong PAS...!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...