Tuesday, August 28, 2018

BRIM untuk anak muda.. Keperluan atau Umpan Najib cari undi?


Sebelum ni orang muda yang berpendapatan bawah RM 2 ribu dapat BRIM RM 350 Setahun.. bagi aku inilah contoh BRIM yang patut dihapuskan.. takda keperluan.. apa masalah dan keperluan utama anak muda Hari ini ?

1- Pekerjaan
2- Gaji Minima
3- Modal Perniagaan

1- Ini yang perlu diselesaikan.. ramai anak muda terutama graduan hari ini masih menganggur.. bagaimana Kerajaan Mahu mengeluarkan anak muda ini dari Pengangguran.. bagi aku cukup menggubal dasar baru, tak perlu pun keluarkan duit dan menunggu pelaburan baru.. Bagaimana cara yang paling cepat ?


Bagi aku, Buat Sementara Kerajaan Boleh menurunkan kembali umur bersara Wajib bagi kakitangan awam terlebih dahulu, Umur Bersara kembali kepada 55 tahun.. dan tawaran pilihan bersara umur 60 hanya melibatkan sektor kritikal.. ramai dari kakitangan Kerajaan yang umur mereka melebihi 55 tahun sudah tidak Produktif.. disebabkan melambatkan tempoh persaraan inilah menyebabkan ramai anak muda hilang peluang pekerjaan..

Dengan menurunkan umur bersara Wajib ini bagi aku, akan sekurang kurangnya mencipta 100 ribu peluang pekerjaan baru dalam tempoh yang singkat.. Bagi Kakitangan awam pulak, mereka pun kena bekorban demi masa dpean anak cucu depa sendiri..dan ia juga boleh dilaksanakan di GLC2 Kerajaan seperti Telekom dan TNB..

2. Kerajaan menyediakan "Tabung Khas" untuk gaji minimum, katakan lah Majikan swasta atau Perniagaan kecil dapat dibuktikan tidak mampu membayar gaji pekerja mereka sehingga RM 1500, Kerajaan akan menampung sebahagian, dan memberikan insentif selama 3 Tahun kepada perniagaan kecil..

umpamanya Majikan yang hanya mampu membayar RM 1300, Kerajaan akan tambah RM 200 setiap Bulan , dan RM 2400 setahun sebagai insentif selama 3 tahun.. ia lebih tinggi dari BRIM.. ramai anak muda hari ini termasuk graduan berpendapatan yang amat rendah..

2- Modal Perniagaan, bagi mengeluarkan anak muda dari kebergantungan mereka kepada sektor pekerjaan, Bagi aku permudahkan modal permulaan dengan menyediakan skim Mikro Kredit, Modal perniagaan bagi mereka yang mahu menceburi bidang Perniagaan..

Juga boleh disediakan geran dan Insentif lain bagi mereka yang minat menceburi bidang Perniagaan walaupun melibatkan sektor pertanian,bukan kah kata Tun Mahathir mahu melihat rayat berdikari.. dan mahu lihat ramai yang berpendapatan Tinggi.. bagi aku Kementerian yang baru Kementerian Pemabgunan usahawan boleh memainkan peranan..

Bagi aku kalau ini dapat dilaksanakan dalam belanjawan 2019 ini pun ia sudah cukup baik.. :)

Ahmad Muslim Badawi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...