Tuesday, August 28, 2018
Pakat riuh pulak bab MAT SABU buat korban di Patalong ada unsur syiah..!
Riuh Mat sabu bergambar berlatar belakang Kitab Syiah.. kalau takat nak bergambar Kitab yg nak dikaitkan dgn Syiah, tak payah pergi Jauh Sampai Thailand Tu nak bergambar.. kat bilik Kitab Aku pun ada.. Jgn kata Kitab dikait dgn Syiah, Kitab dikait dgn Wahhabi pun ada, Bible pun ada..
Hebat Lah Mat sabu, berani datang ke tempat Syiah dengan diiringi pegawai tertinggi,juruiring Tentera, sambil disambut Gabenor dan tentera Thailand.. takda satu pun program boleh dikaitkan dgn ritual Syiah..jelas lah itu majlis rasmi.. sampai ada Ustaz mana dok Doa supaya tentera kita tidak dipengaruhi dgn Syiah..
Yang aku tahu, semenjak 2 hari lepas, Laporan jelas yang berlaku rundingan pihak berkuasa Malaysia dan Thailand dalam rundingan damai Selatan Thailand dengan MARA( barisan Revolusi Nasional) yg dianggotai puak pemisah selatan Thailand termasuk PULO.. Tan Sri Rahim Noor disebut sebut dilantik fasilitator baru dalam rundingan damai wilayah selatan Thailand... mcm Tugas Ramasamy melibatkan rundingan damai LTTE dan Gerakan Acheh Merdeka.. jgn kait hal Pemerintahan, politilk dgn sentimen Agama..
Sensitif sangat, Aku sendiri masih merujuk Kitab perbandingan Fiqh 5 Mazhab ( الفقه على المذاهب الخمسة ) karangan Sheikh Muhammad Jawad Mughniyah.. termasuklah mazhab ke 5 ,mazhab Jaafari yg dinisbahkan kepada Syiah Itsna 'Asyari ( imam dua belas ).. tu kalau baca Kitab Nahjul Balaghah, Kifayatul Akhyar pun ada hat kata Syiah, Sampai Ketua menteri Melaka bacakan Selawat Nuril Anwar pun dikait dgn Syiah..
Kat Thailand ni terutama di Yala, Pattani ni tak pernah dengar lagi pondok Syiah, yg aku tahu.. yg dok berbalah kat Sana Univeristi Yala yg dikaitkankan dgn Dr Ismail Lutfi (Haji eie) hat dikatkan dgn anasir dan tajaan Wahhabi(saudi) ngan Baba Ismail Sepanjang Al fathani tok guru pondok kat sana.. tapi Tok Guru Hj Hadi pun pernah terima anugerah dari Universiti Yala hat dikaitkan dgn Wahhabi.. bagi aku ia takda kaitan pun dgn Wahhabi..
Sudah sudah lah memainkan sentimen Agama, jangan bawa kehancuran dibumi timur tengah seperti di Pakistan,Iraq dan Syria atas sebab sentimen perkauman Agama.. Itu kadang2 aku sokong Tun Mahathir yang ajak berpegang kepada Quran(Islam fundamentalis), Sebab banyak tafsiran Mazhab dan ahli Hadis dikalangan Ummat telah memecahkan kesatuan Ummat Islam dengan menyebarkan kebencian antara mazhab dan agama.. bukan nak bincang bagaimana nak bangunkan tamadun dan kemajuan Ummat Islam..
Sebagaimana kata Sheikh Said Ramadhan Bhuti, mereka ini merasakan merekalah kelompok yang benar(firqatun Najiyah)..yg lain sesat belaka.. :)
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2033401510014962&id=100000353970691
Ahmad Muslim Badawi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ha ha hadi awang yg ziarah syiah iran tu apa citer.
ReplyDeleteAku tak tau la Mat Sabu ni condong sebelah mana...? tapi kalau puak Syiah yg jemput dia untuk pedajai dia pun boleh jadi juga... cuma Allah saja lah yg tau apa niat Mat Sabu pi campok puak tu..
ReplyDelete