HARI KEBANGSAAN ATAU HARI KEMERDEKAAN?
FAKTA: Rebranding perayaan Hari Kemerdekaan Ke [jumlah tahun] kepada Hari Kebangsaan [tahun] bukanlah ide kerajaan Pakatan Harapan seperti yang didakwa pembangkang.
Penjenamaan semula ini diperkenalkan pada tahun 2015 oleh Menteri ketika itu, DS Shabery Cheek. Contohnya, perayaan 31 Ogos tahun ini dikenali sebagai ‘Hari Kebangsaan 2018’, bukan ‘Hari Kebangsaan Ke 61’ atau ‘Hari Kemerdekaan Ke 61’.
Kalau kita menggunakan terma ‘Hari Kemerdekaan’ untuk perayaan 31 Ogos, secara teknikalnya ia hanya membabitkan Semenanjung Tanah Melayu, bukannya Sabah dan Sarawak.
Sebab itu brand perayaan 31 Ogos diseragamkan pada tahun 2015 sebagai ‘Hari Kebangsaan’ untuk merangkumi keseluruhan Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Rujuk infografik yang dikeluarkan oleh Kementerian Komunikasi Dan Multimedia (KKMM) untuk mengetahui rasional penjenamaan ini.
Tak ada yang cuba memperkecilkan signifikan 31 Ogos sebagai Hari Merdeka atau melupakan jasa pejuang negara. Ini adalah sekadar penjenamaan semula.
Beberapa minggu sudah, KKMM di bawah teraju YB Gobind Singh Deo telah mengeluarkan kenyataan media yang TIDAK MELARANG penggunaan perkataan ‘Merdeka’ atau ‘Hari Kemerdekaan’.
Jadi mainan persepsi pembangkang kononnya kerajaan PH memperkecilkan 31 Ogos sebagai Hari Merdeka adalah tidak benar (2018)
No comments:
Post a Comment