Tuesday, September 4, 2018

Kes Guan Eng & Khir Toyo - Ramai orang terkexut atau Buat-buat terkexut pun ada.

Ramai orang terkexut | Buat-buat terkexut pun ada.

Dalam tulisan aku pasal Lim Guan Eng semalam, ada yang tanya aku..apa beza dengan kes Khir Toyo ? Khir toyo pun beli rumah bawah pasaran.. Tu sebab hangpa tak faham.. Khir toyo dipenjara bukans ebab beli rumah murah, tetapi telah dibuktikan dalam Mahkamah dia sebagai Penjawat awam, sebagai MB menyedari hubungan mereka dalam kontrak Kerajaan..

Dalam Kes Khir Toyo Tuan punya Syarikat orang yang sama telah dbuktikan mendapat surat sokongan Khir toyo diatas projek projek Kerajaan Negeri..walaupun surat sokongan tu ditolak pengurusan PKNS, dari surat itu dibuktikan mereka ada hubungan dan sedar akan urus niaga tu...


Dalam Kes Khir Toyo.. Pemaju Syarikat sedar dia beli RM 6.5 juta..Jual RM 3.5juta.. dalam Kes Lim Guan Eng dibuktikan dalam perbicaraan awal.. Tuan punya rumah beli pada nilai RM 2.5juta.. jual RM 2.8 Juta.. bawah nilai tu cuma tafsiran mamak UMNO yg buat Tuduhan..

Dalam Kes Lim Guan Eng.. Bukan Pejabat Peguam Negara gugurkan kes, tetapi permohonan peguam Lim Guan eng representasi gugurkan kes.. Kenapa Peguam Lim Guan eng minta gugurkan kes ?

Sebabnya setelah berlaku perbicaraan awal..25 saksi pendakwaan dipanggil, tidak ada sorang pun saksi pendakwaan SPRM dapat buktikan ada hubungan, dan kepentingan Perniagaan dalam urus niaga pembelian hartanah tu.. dan Takda pun satu kaitan, surat sokongan dalam projek yg dikatkan..ia adalah proses Tender terbuka..bukan keputusan Lim Guan Eng..

Semalam gugur kes, ia adalah perbicaraan, Hujahan yang berlaku di depan Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail .. yang gugur kan kes bukan Pendakwaraya pejabat Peguam Negara..tetapi Hakim Mahkamah Tinggi.. Pejabat Peguam Negara minta LGE dibebas tanpa dilepaskan.. Tetapi Hakim tolak.. sebab Memang Pendakwaraya takda kes yang kuat..

Jadi tak payah kait dengan Tommy Thomas, Sebab permohonan ini dibuat, sebelum perlantikan Tommy Thomas..

Yang patut terkejut adalah SPRM, sampai 25 org saksi pendakwaan.. takda satu pun kes tu memihak pendakwaan..malah telah dibuktikan proses dan prosuder pembelian itu tak menyalahi mana mana Undang2.. malah saksi dari mamak UMNO hat buat report..dia sendiri tak dapat pastikan Nilai sebenar hartanah tu.. memang ini pendakwaan Bodoh yg buat kita terkejut..ia pendakwaan politik..

Apa pun Tahniah Lim Guan Eng.. 🙂

Kredit Ahmad Muslim Badawi Badawi

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...