Monday, September 10, 2018

Benarkah rakyat protes PH seperti kata Hadi?

BENARKAH KENYATAAN INI...?
Oleh Jamaludin Jamalu

PRESIDEN Pas kata % undi rendah di Seri Setia petanda rakyat protes terhadap PH.Ana boleh bersetuju dengan beberapa pandangan mengatakan sekiranya pengundi Seri Setia protes PH tentu sekali mereka akan turun beramai ramai sekaligus mengundi Pas bagi mengalahkan PH. Itu baru betul mereka protes PH dan sokong Pas.

Justeru itu hujah Hadi dangkal sekali.Tidak keluar mengundi itu bukan makna protes.Antaranya pengundi di Seri Setia sudah menjangka sekalipun 15000 tiada membuang undi PH masih boleh mengalahkan gabungan Pas-Umno.Itu perkiraan pengundi di Seri Setia, perkiraan Hadi lain pula.Hadi selalu congakkanya silap dan tidak tepat.


Selepas PRU ke 14 kita menghadapi 3 pilihanraya kecil.Jika rakyat tidak sukakan PH kenapa pembangkang kalah di ketiga tiga pilihanraya itu?Kalau rakyat kata PH penipu, gagal tunaikan janji-janji 100 hari,tidak hapuskan tol,PTPTN,malah tidak benar sama sekali jika kita mengatakan GST itu bagus dan rakyat suka.

Sebenarnya rakyat marhein amat tidak bersetuju sama sekali dengan GST.Yang sukai GST mungkin macai macai Umno dan walaun PIGS yang kecewa dengan kekalahan di PRU ke 14 lalu.Pun bagitu juga dengan Pak Najib yang selalu mendakwa mengatakan beliau tewas kerana fitnah.

Kalau benar keyataan itu tentu rakyat akan sedar semula setelah melihat pentadbiran kerajaan PH, masakan mereka tidak menggunakan kuasa politik mereka bagi menolak kemenangan PH di ketiga tiga pilihanraya kecil tanda protes. Juga tidak betul dakwaan Najib samalah juga macam Hadi.

Justeru itu politik masa depan orang Melayu akan bertukar wadah ke PKR-AMANAH-BERSATU.Umno-Pas menunggu masa dan waktu untuk dikuburkan.

6 comments:

  1. Kalaulah betul rakyat protes PH sudah tentu PAS dan MCA sudah menang di kedua-dua DUN yang mereka bertanding. Walaupun lebih separuh rakyat tidak keluar mengundi PH masih menang ketiga-tiga DUN dalam PRK. Penambahan undi PAS berbanding PRU14 tidak boleh menjadi ukuran kerana PAS dan BN sudah bergabung secara tidak rasmi, akikatnya walaupun gabungan tidak rasmi PAS dan BN tetapi masih gagal memperolehi kemenangan. Jika berpandukan PRU14 juga PAS gagal mendapat undi seperti PRU14 dimana BN mendapat 9K dan 4K. Ini bermakna PAS masih gagal mendapat sokongan dari pengundi PRU14.

    ReplyDelete
  2. PAS harus bekerja keras dan menjauhi Umno dan BN untuk lebih dominan dalam arena politik Malaysia. Kalau dilihat dari keputusan PRU14 dimana rakyat menolak Umno dan BN bukannya kerana janji-janji PH. PAS juga kena pastikan konsisten dalam menanggani masalah 'cirit birit' kenyataan pemimpinnya. PAS juga kena menunjukkan kematangan dengan berbaik-baik dengan semua pihak bukan menyerang setiap masa.

    ReplyDelete
  3. Halatuju pas yg tidak menentu manjadi penyumbang terbesar penolakan marhaen terhadap pas. Pas perlu berani menukar kepimpinan skrg jika ingin kekal relevant dgn politik Malaysia.

    ReplyDelete
  4. Halatuju pas yg tidak menentu manjadi penyumbang terbesar penolakan marhaen terhadap pas. Pas perlu berani menukar kepimpinan skrg jika ingin kekal relevant dgn politik Malaysia.

    ReplyDelete
  5. Bila si bebal b'ckp, 1 dunia terbauh busuk.

    Pengundi kurang cuti yg panjang la munafiq

    ReplyDelete
  6. Undi PAS naik...Undi PH kurang..! Itu tanda PH telah ditolak macam kata Hadi Awang,ULAMA nombor dua Dunia..!yg nombor satu tak pulak nama apa..?!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...