Saturday, September 15, 2018

PAS bayar lebih RM2.1 juta kos guaman kes S'wak Report

MUKTAMAR | PAS membayar lebih RM2.1 juta hasil sumbangan ahli bagi menampung kos guaman pengendalian kes saman presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pembayaran itu dibuat bermula 30 November 2016 dan sehingga Jun lalu.

"Daripada rekod, kita telah membayar yuran guaman bermula 30 November 2016 hingga Jun 2018 daripada jumlah kutipan yang dimasukkan di bawah satu akaun PAS berjumlah £355,550.82.

"Jumlah itu bersamaan RM2,117,870.85 dan peguam tersebut kini menghantar bil kepada Abdul Hadi yang belum kita bayar sebanyak £25,000," katanya ketika menjawab soalan pada sesi perbahasan penyata kira-kira tahunan PAS pada Muktamar PAS ke-64, di Kuala Terengganu, hari ini.

Terdahulu, perkara itu dibangkitkan oleh perwakilan PAS Temerloh yang bertanya mengenai jumlah kutipan bagi mendanai kes saman terdapat Sarawak Report itu.


Justeru Takiyuddin berkata, pihaknya masih memerlukan satu jumlah yang besar bagi menampung keperluan kos guaman sekiranya kes diteruskan.

Duit dikutip atas dasar solidariti

Anggota parlimen Kota Bharu itu menjelaskan, kes saman Sarawak Report tidak melibatkan PAS sama sekali sebaliknya melibatkan Abdul Hadi.

"Isu Sarawak Report saya rasa bukan isu yang asing, namun demikian saya sebutkan sekali lagi ini kes antara Mr Awang atau Abdul Hadi Awang lawan Rewcastle Brown.

"Tidak ada PAS dalam saman terhadap Sarawak Report ini, oleh sebab itu kes ini tidak ada kaitan dengan PAS.

"Duit yang dikutip daripada ahli, atas dasar solidariti sokongan ke atas Datuk Seri presiden yang menyaman Sarawak Report," katanya.

Sementara itu, Takiyuddin berkata, beliau difahamkan pihak yang disaman kini tidak sedap duduk.

"Inilah keperluan untuk kita membiayai kes ini, saya difahamkan oleh peguam sebenarnya dipihak yang kena saman kini duduk tidak sedap juga.

"Mungkin akan berlaku perkembangan (yang baik) susulan rasa tidak sedap pihak yang disaman itu," katanya.

2 comments:

  1. Kalau dah tak ada kaitan dengan PAS ahli PAS nak tanggung pasai apa...? Hadi Awang kena bedal...tapi ahli PAS pula yg tanggung sakit..! Kalau kes ni kalah dan kena bayar pula Pampasan...siapa nak tanggung...? Elok ahli PAS, pikiak sendiri la... sampai bila nak kena tipu...?

    ReplyDelete
  2. Dia tahu tin milo boleh hulurtak bg dosa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...