Sunday, November 25, 2018

DENGAN PENDEDAHAN JABATAN AUDIT NEGARA, SIAPA AKAN IKUT SAMA NAJIB KE PENJARA?

Sunday, 25 November 2018

SIAPA AKAN IKUT SAMA KE PENJARA?

Jabatan Audit Negara akhirnya mengeluarkan kenyataan rasmi mengesahkan wujudnya arahan untuk meminda atau mengeluarkan bahagian tertentu daripada laporan audit 1MDB pada tahun 2016 yang lalu.

Arahan itu disahkan telah dibuat oleh bekas Ketua Setiausaha Sulit Najib Razak, Shukri Salleh kepada Ketua Audit Negara ketika itu yang turut dihadiri beberapa pegawai tinggi kerajaan yang lain.

Dengan kedudukan Shukri sebagai pegawai kepada Najib untuk membuat arahan itu, sudah pasti beliau diarahkan oleh "bossnya" iaitu Najib untuk berbuat demikian.



Terdapat dua bahagian daripada laporan audit 1MDB yang diarah digugurkan oleh Shukri atas arahan Najib iaitu:-

Satu - Najib melalui Shukri telah mengarahkan agar digugurkan fakta tentang akaun kewangan 1MDB yang berakhir 31 Disember 2014 daripada laporan audit tersebut.

Alasan yang diberi ialah untuk memudahkan siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa.

Arahan itu diberi oleh Shukri dalam satu mesyuarat pada 22 Februari 2016 yang antara lain dihadiri Ambrin Buang dan Ali Hamsa, masing ketika itu sebagai Ketua Audit Negara dan Ketua Setiausaha Negara.

Dua - Najib melalui Shukri juga telah mengarahkan agar disembunyikan fakta mengenai kehadiran Jho Low dalam mesyuarat Lembaga Pengarah 1MDB daripada laporan audit yang disediakan itu.

Alasan agar fakta itu digugurkan ialah ianya sensitif dan untuk mengelakkan diputar-belit oleh pembangkang.

Arahan itu dibuat dalam satu mesyuarat pada 24 Februari 2016 yang dihadiri oleh Ali Hamsa, Shukri, Ambrin, Arul Kanda bersama wakil daripada Pejabat Peguam Negara dan Kementerian Kewangan.

Dengan pengesahan rasmi oleh Jabatan Audit Negara berhubung wujudnya arahan untuk meminda laporan audit 1MDB yang dibuat oleh Shukri atas arahan Najib, bermakna pelbagai penafian sebelum ini termasuk oleh bekas Pengerusi PAC, Hassan Ariffin adalah terbatal sama sama sekali.

Faktanya ialah laporan audit 1MDB itu memang sah telah dipinda atas arahan dan kehendak Najib selaku Perdana Menteri ketika itu.

Masihkah lagi Najib mahu "berauta" mengatakan beliau tidak tahu menahu mengenai urusniaga 1MDB?

Sehubungan itu, Jabatan Audit Negara telah pun membuat laporan kepada polis dan SPRM dengan menyerahkan sekali Laporan Audit 1MDB yang belum dipinda untuk tindakan lanjut oleh kedua-dua agensi penguatkuasa undang-undang itu.

Dalam hal ini - siapa agak-agaknya yang akan turut serta jika Najib nantinya masuk ke penjara? (ShahbudinHusin 25/11/2018).

1 comment:

  1. Bawak je la sape2 Yg terbabit.. dari yg menubuhkan, Yg meminjamkan, Yg kerja gaji juta2, Yg bawak Lari duit, Yg membela Dan bawak sekali geng Yg Puas hati... Baru rakyat Puas hati jugak.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...