Wednesday, November 28, 2018

Royalti: Siapa bohong, Hadi atau MB Terengganu?


Ketika Hadi dakwa royalti minyak dihalang, MB Terengganu pula mengesahkan Terengganu sudah terima RM300 juta royalti dari Petronas.
Ketika Presiden Pas mendakwa royalti minyak untuk Kelantan dan Terengganu dihalang oleh Kerajaan Pusat, Menteri Besar Terengganu pula memberitahu negeri itu telah menerima royalti sejak Ogos lalu.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya pada Oktober berkata, Kelantan dan Terengganu dihalang dari mendapat royalti.

Dalam status Facebook dimuat naik Ahli Parlimen Marang pada 20 Oktober itu, beliau mendakwa pembayaran royalti kepada Kelantan dan Terengganu terhalang meskipun ia dijanjikan dalam Manifesto PH sebelum ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa veteran DAP, Lim Kit Siang mengajukan perkara tersebut kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng jika beliau mahukan bukti.



Abdul Hadi membuat kenyataan sedemikian bagi membalas kenyataan Kit Siang yang mendakwa pemimpin Pas itu memalukan politik Islam kerana mengatakan DAP mendiskriminasikan pembangunan saksama di Pantai Timur.

“Perdana Menteri telah bersetuju untuk mengembalikan royalti terus kepada negeri sebagaimana dijanjikan dalam Manifesto PH.

“Namun pembayaran kepada Kelantan dan Terengganu terhalang. Jika Saudara Lim Kit Siang mahukan bukti, sila tanya Menteri Kewangan (Lim Guan Eng),” tulisnya dalam laman sosial miliknya.

Namun begitu ketika bercakap kepada TV3 pada 25 November, MB Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata negeri itu telah menerima RM300 juta royalti sejak Ogos tahun ini.

Kenyataan Samsuri itu dibuat selepas membentangkan Bajet Terengganu 2019 yang turut memasukkan sumber kerajaan negeri adalah dari Royalti Petroleum dari Petronas.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/royalti-siapa-bohong-hadi-atau-mb-terengganu/

3 comments:

  1. Bleh la nyorok kepala dlm tanah.. Tapi Serban bukak dulu. Takut kotor.

    ReplyDelete
  2. Depa ni...kalau tak tipu...tu bukan pemimpin PAS...! Bab putak belit... memang kerja depa..!

    ReplyDelete
  3. Negeri Terengganu dah dapat. Mungkin Kelanta belum terima. Agaknya TGHH merujuk kepada Darul Naim kot... Ada tak penjelasan Darul Naim pasal benda royalmeroyan ni... Biasanya ... manusia ni kalau dapat duit tu senyap aje. Tak dapat bising. .. atau mb tggnu dan kltn senyop aje... pakat tak bagi tau bos.Segalanya berkemungkinan...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...