Friday, November 23, 2018

Muktamad - Malaysia tidak akan terima Icerd

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak akan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (Icerd), kata Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan itu Putrajaya akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam kenyataan itu PMO berkata hal-hal berkaitan hak semua kaum di dalam negara ini memang dilindungi oleh perlembagaan.

"Kerajaan akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan di mana di dalamnya termaktub kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara ini," katanya.

1 comment:

  1. Boleh la parti Monyet Dan beruk melompat lompat cakap Kami Yg buat hingga icerd gagal dibuat dimalaysia.. .TaK Caya Beli harakah minggu depan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...