Monday, December 3, 2018

Menjawab kekecewaan Mursyidul Am PAS terhadap AMANAH..

KENYATAAN HASHIM JASIN DAN JAWAPAN SAYA

Saya terbaca beberapa kenyataan Hashim Jasin dalam BH Online dan ini respon saya.

Kata Hashim Jasin:
“Saya kecewa kerana mereka (AMANAH) tidak melakukan perkara yang boleh menyenangkan orang Islam dalam negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)."

Kata saya:
Ini persepsi Hashim dan Pas. Memanglah orang Islam yang menyokong Pas kecewa dan tak senang dengan kemenangan PH. Orang Umno pun begitu juga.

Pas perlu ingat, orang Islam bukan hanya ada dalam Pas tetapi ada dalam parti lain, bahkan lebih ramai orang Islam berada dalam parti lain berbanding dalam Pas.


Pas hanya suka dan senang hati apabila Islam versi mereka yang diterima, iaitu suka menghukum, keras, tidak toleransi, taksub kumpulan dan pemimpin.

Jika Islam yang dibawa bukan dalam versi yang Pas mahu, memanglah Pas kecewa dan tak senang hati.

Namun Islam adalah agama wahyu. Tak semestinya Islam tafsiran Pas saja yang benar dan tafsiran pihak lain adalah salah.

Kata Hashim Jasin:
“Setiap kenyataan daripada menteri AMANAH berhubung isu LGBT dan perkara lain yang menyentuh sensitiviti umat Islam dalam negara ini jelas tidak menggembirakan kita."

Kata saya:
Buatlah kenyataan apa pun, Pas tak akan gembira dengan Amanah. Pas hanya gembira apabila pandangan mereka saja yang diterima dan dianggap betul.

Isu LGBT sudah ditangani dengan baik oleh agensi kerajaan yang terlibat. Pas sengaja gembar-gemburkan isu itu untuk dapat laba politik, padahal Pas sendiri tak buat apa-apa pun untuk isu itu.

Negeri yang ditadbir oleh Pas sendiri pun sarat dengan isu itu bahkan lebih sarat dari negeri lain.

Nak gembirakan Pas mudah saja. Sekongkol dengan Umno macam yang Pas buat, tentu Pas gembira.

Isu sensitif lain apa? Isu ICERD, dah ada kenyataan tak akan ratifikasi. Jadi, apa lagi yang Pas mahu?

Kata Hashim Jasin:
“Dulu sewaktu mereka (pemimpin AMANAH) bersama PAS, memang baik sungguh...kita sanggup tidur di mana saja termasuk atas sejadah demi mempertahankan kesucian Islam."

Kata saya:
Begitulah Pas yang rasa parti mereka suci. Bersama Pas kira baik, keluar Pas terus jadi tidak baik.

Nampaknya faham takfiri masih ada dalam pemikiran Mursyid Am Pas. Bersama Pas kira pertahan Islam, keluar Pas dianggap tak pertahan Islam.

Padahal berjuang Islam tak semestinya bersama Pas, dengan cara Pas dan melalui Pas. Pas hanya ada ada di Malaysia, tapi pejuang Islam ada di seluruh dunia.

Pas anggap parti itu saja berjuang Islam. Orang lain pun berjuang Islam bahkan lebih hebat daripada Pas.

Tidur atas sejadah? Biasalah tu... Sekarang pun kami tidur atas sejadah.

Kata Hashim Jasin:
“Tapi siapa sangka mereka (AMANAH) pula yang menjadi musuh dan UMNO kembali bersama PAS demi mempertahankan Islam."

Kata saya:
Kami tak pernah anggap Pas musuh kami dalam agama. Hanya Pas yang menganggap kami begitu.

Apabila kami keluar Pas, kami dianggap musuh dalam agama oleh Pas.

Ya, kami pun tak sangka, dulu Pas begitu anti Umno sehingga mengkafirkan orang Umno, kini Pas menerima Umno yang pernah mereka kafirkan itu.

Dulu Umno parti asabiah, tapi kini Pas sudah menerima perjuangan asabiah Umno.

Jika Pas mahu bersama Umno, parti yang melingkupkan negara ini, silakan. Kami lawan Umno kerana parti itu rasuah dan jahanamkan negara.

Pas nak bersekongkol dengan parti penjahanam negara, terpulang. Itu hak demokrasi Pas.

Kata Hashim Jasin:
“Saya gembira dan ini (kerjasama) adalah satu rahmat dan era baru akan terbentuk dalam arena politik pada masa akan datang."

Kata saya:
Saya pun gembira Pas berkawan dan berkahwin dengan Umno. Kalau orang Pas nak masuk Umno pun saya gembira. Tak ada masalah apa-apa. Silakan dan teruskan.

Lihat kenyataan Hashim Jasin dalam link di ruang komen.


Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi

5 comments:

  1. Bukan dia ni ke Kata jika Ada 90 juta nak buat kolam renang sampai 3 Kat rumah. Dan ni jugak Yg Kata cuma Ada proton, bila diperiksa Ada porche... Bleh tahan selera lebai...

    ReplyDelete
  2. Lagu tu la puak ni bila bercakap... Depa saja yg betoi..depa saja yg Islam... Depa saja yg baik... Pada hal depa ni lebeh Hantu drp Bapak segala Hantu dalam dunia politik Malaysia pasai tu sampai la nie dok buat kerja menghasut..

    ReplyDelete
  3. Sejak bila kaum ini mengundi pH, pengundi pH saja berhak menentukan mereka kecewa atau tidak, kaum yang kecewa kalah berusahalah keras lagi, mengalahkan bn pun sudah cukup bagus Dari berlawan dengan umno

    ReplyDelete
  4. apa penyakit yg menimpa pas pun tak tahulah yahudi dihina kerana merasakan kelompok dia lebih mulia dari kelompok yg lain sama mcm yg pas praktikkan skrng habis semua tak betul apa yg org lain buat hanya kelompok dia sahaja yg lebih islamik dari org lain

    ReplyDelete
  5. Bila orang islam berpakat atas maksud agama, maka iblis, syaitan, kafir, dan munafik akan menangis dan guna berbagai cara nak hancurkan silaturahim ini..sampai bila?. sehingga bila dia sedar bahawa dia telah masuk ke alam kubur...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...