Monday, April 15, 2019

ECRL: APA BEZA SEBELUM DENGAN SELEPAS RUNDINGAN BAHARU DIBUAT?


Lihat secara terperinci perbezaan deal ECRL yang dibuat oleh Najib/UMNO VS deal ECRL yang dibaiki oleh Mahathir/PH.

Latar belakang:
Perjanjian baharu ECRL antara Putrajaya dengan Beijing bukanlah perjanjian ter-ter-terbaik kerana kerajaan kerana kita terpaksa berunding dalam sebuah rangka dan skop yang telah termeterai di era pentadbiran Najib/UMNO. Ertinya, Malaysia hanya mampu "make the best out of a shitty deal" sebab tangan kita diikat.

1. KOS AKHIR PEMBINAAN ECRL
SEBELUM: RM65.5 bil
SELEPAS: RM44 bil (pengurangan 32.8%, bersamaan dgn RM21.5 bil)

SEBELUM: RM95.5 juta / km
SELEPAS: RM68.7 juta / km (pengurangan 28%, bersamaan dgn RM26.8 sekilometer

2. JUMLAH STESEN
SEBELUM: 22 (12 stesen penumpang, 3 stesen fret, 7 stesen campuran penumpang & fret)
SELEPAS: 20 (14 stesen penumpang, 1 stesen fret, 5 stesen campuran penumpang & fret)

3. CIRI-CIRI LANDASAN
SEBELUM: 688km, standard gauge, double track
SELEPAS: 640km, standard gauge, double track DIKEKALKAN.


Maksudnya bahagian yang asalnya ada double track semua DIKEKALKAN. Ciri-ciri landasan adalah sama, tidak kurang. Ini secara langsung menyangkal fitnah pembangang kononnya PH tukar double track kepada single track.

4. LALUAN
SEBELUM: 4 negeri (Selangor-Pahang-Terengganu-Kelantan)
SELEPAS: 5 negeri + 1 Wilayah Persekutuan (Selangor-WP Putrajaya-Negeri Sembilan-Pahang-Terengganu-Kelantan)

Maksudnya lebih ramai penduduk terima manfaat ECRL, lebih banyak kawasan terima terima impak positif limpahan pertumbuhan ekonomi.

5. KONTRAKTOR TEMPATAN MALAYSIA
SEBELUM: ECRL dibina oleh China, dengan penyertaan 20% - 30% kontraktor Malaysia.
SELEPAS: ECRL dibina oleh China, dengan penyertaan sekurang-kurangnya 40% kontraktor Malaysia.

Maksudnya lebih ramai kontraktor Bumiputera, syarikat tempatan bakal mengambil bahagian.

6. MENERAP RANGKAIAN LANDASAN SEDIA ADA
SEBELUM: Landasan bermula dari Pengkalan Kubor, berakhir di Gombak. Kemudian dibina sebiji stesen & landasan baharu dengan kos RM9 bil.
SELEPAS: Landasan bermula dari Kota Bharu sehingga stesen pertukaran Putrajaya. Di Putrajaya, rangkaian landasan ERL KLIA sedia ada, rangkaian landasan MRT2 yang sedang dibina, landasan HSR yang bakal dibina selepas 2020, semuanya diserap untuk menjadi Putrajaya Sentral. Dari Putrajaya nak pergi Pelabuhan Klang, nak pergi Lembah Klang, nak pergi KLIA, nak balik pantai Timur, semuanya boleh.

7. PEMBAYARAN PENDAHULUAN
SEBELUM: Bayar pendahuluan RM3.1 bil meskipun kerja-kerja Fasa 2 ECRL (landasan Gombak-Pelabuhan Klang & landasan Kota Bharu-Pengkalan Kubor) belum disiapkan.
SELEPAS: RM1 bil dari RM3.1 bil yang telah dibayar oleh Najib/UMNO akan dipulangkn kepada Msia. RM500 juta sebelum 12 Mei + RM500 juta sebelum 12 Julai.

8. PASCA-PEMBINAAN: KOS OPERASI, PENYELENGGARAAN & PENGURUSAN
SEBELUM: 100% ditanggung oleh rakyat Malaysia melalui Malaysia Rail Link Sdn Bhd
SELEPAS: 50% ditanggung oleh Malaysia (MRLSB), manakala baki 50% ditanggung China (CCCC). Ini hasil penubuhan syarikat JV (usahama) antara MRLSB & CCCC.

9. PASCA-PEMBINAAN: PERKONGSIAN TEKNOLOGI & KEPAKARAN
SEBELUM: Malaysia (MRLSB) pengurus tunggal ECRL. Maka tiada perkongsian teknologi/kepakaran dari China yang mampu dinikmati.
SELEPAS: Malaysia (MRLSB)-China (CCCC) menjadi pengurus-bersama ECRL. Suka atau tidak suka, China perlu berkongsi pengalaman/teknologi/kepakaran.

10. PASCA-PEMBINAAN: KESAN ALAM SEKITAR
SEBELUM: Banjaran Titiwangsa dimusnah untuk membina terowong bernilai RM10 bil; Permatang Kuarza Gombak (terpanjang di dunia) dihancurkan, sekaligus melenyapkan peluang permohonan kerajaan negeri diiktiraf oleh UNESCO sebagai tapak warisan dunia.
SELEPAS: Banjaran Titiwangsa dielak; Permatang Kuarza Gombak dipelihara dan permohonan kerajaan negeri ke UNESCO kekal mempunyai peluang tinggi diiktiraf.

11. PASCA PEMBINAAN: PERANGKAP HUTANG
SEBELUM: Pinjam RM56.7 bil dr Exim Bank China. Pinjaman Fasa 1 (RM39.1 bil) telah ditandatangani, manakala baki pinjaman RM17.6bil untuk Fasa 2 belum ditandatangani.
SELEPAS: Pinjaman Fasa 2 bernilai RM17.6 bil yang mujur lah belum ditandatangani boleh dikurangkan kerana kos ECRL telah turun kepada RM44 bil. Kita elak mengumpul hutang yang tidak munasabah, secara langsung mengelak Malaysia senasib dengan Sri Lanka, Kenya, Djibouti yang kini terperangkap dengan hutang dan terpaksa menggadai pelabuhan dan aset-aset strategik kepada China.

12. PASCA PEMBINAAN: GUNA PELUANG SELESAI ISU SAMPINGAN
SEBELUM: ECRL jalan. Tapi Najib/UMNO ambil peluang wujudkan rangkaian transaksi wang berbilion-belion yang rumit untuk diseleweng bagi membayar hutang 1MDB.
SELEPAS: ECRL jalan. Tapi Mahathir/PH ambil peluang suruh China beli kelapa sawit.

Nampak beza UMNO dengan PH?

Hasil rundingan sebegini sememangnya payah dibidas, payah dibalas pembangang. Sebab itu kalau korang baca kritikan pembangang, semuanya tidak berani menyentuh ciri-ciri spesifik ECRL sepertimana saya lakukan.

Mereka hanya mampu tabur fitnah kononnya tukar double track ke single track dan buat 'troll' sindir benda-benda yang bukan-bukan untuk mengelirukan orang ramai.

6 comments:

  1. Tentera Panji Hitam nak naik ECRL pergi perang, lol?

    Bila komen luar dari bidang ilmu sesat, nampak sangat superficial dan phony msg tentera Panji Hitam dah jadi 2x5 mcm musuh ketat PAS guna agama utk politik Machiavelli.

    ReplyDelete
  2. Mamak ni berangan jadi Ashaari No. 2 sama dongeng sesat tak layak masuk blog PH kerana jadi batu api dan tabur fitnah antiPH.

    Yang dia layak diadukan kpd Jakim kerana kesalahan sama mcm Ashaari dulu, PDRM dan Mohor Raja2 kerana tuduh Institusi Raja dan YDPA sbg blasphemous kerana tentera Panji Hitam nak lancar peperangan.

    Aktivis2 PH jugak patut memohon bantuan MCMC Gobind utk selongkar identiti musuh dalam selimut PH ini dan siapa organisasi dia yang secara konsistent menjadi batu api dan tabur fitnah agar PH berpecah.

    Sudah sampai masanya Ashaari No. 2 ini diletak ditempat yang sesuai utk dia balik kepangkal jalan spt AlArqam dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. Kesian melihat jiwanya kacau..

      Sekiranya dia langsung tidak percaya telahan saya bahawa Tun M adalah Pembawa Panji Hitam @ Pemuda Tamim, maka dia langsung tidak akan respon kepada perkara tersebut.

      Dia benar-benar kelihatan susah hati dengan telahan saya bahawa Tun M adalah Pembawa Panji Hitam @ Pemuda Tamim. Walaupun ketika komen saya tidak menyebut perkara tersebut dia sendiri yang menyebutnya. Panji Hitam belum pun berkibar dan dia sudah pun mengalami mimpi ngeri.

      Itu menunjukkan dia sendiri melihat ia satu kebarangkalian yang benar dan dia susah hati berada di pasukan yang salah.

      Hehehe.. Kalau langsung tidak percaya maka biarkan saja. Kalau takut kerana percaya kebarangkaliannya, maka lebih baik bertukar arah kepada pasukan yang berada di jalan yang benar sebelum panji-panji hitam itu benar-benar berkibar.

      Berkibarnya panji hitam di sebuah negeri Islam di Timur adalah satu khabar nubuwwah. Membencinya mahupun mempersendakannya tidak akan dapat menghalangnya daripada berlaku.

      Apapun, Allah tidak menganiayai manusia sedikitpun melainkan manusialah yang menganiayai diri mereka sendiri.

      Que sera sera.

      Wallahu a'lam.

      Delete
    2. Pembawa Panji Hitam@Bani Tamim? Lawak tahap apa kah ini?

      Delete
  3. ECRL BN 100% milik Malaysia, ECRL KERAjaan PHitnah DAPigs 50-50 dengan China! Sapa jual negara kepada China sebetulnya?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...