ECRL: MERUNGKAI FITNAH & PERTUDUHAN JAHAT PEMBANGANG
(Panjang sikit tapi semuanya lengkap di sini. Saya telah ambil masa beberapa jam mengumpul fitnah yang disebar, kemudian menyediakan senarai jawapan lengkap ini. Rasanya korang pun terbaca fitnah yang disebarkan mereka.)
__________
FITNAH 1: "MASA PERJALANAN 5 - 6 JAM"
FAKTA & PENJELASAN: Masa perjalanan kekal di bawah 4 jam. Segala aspek-aspek teknikal ECRL adalah sama. Kelajuan maksima kekal pada 160km sejam. Stesen berkurang dua biji sahaja, maksudnya stopping & waiting time pun kurang. Panjang landasan dipendekkan sebanyak 48km, dari 688km kepada 640km, maksudnya traveling distance pun kurang.
Jadi di mana logiknya masa perjalanan meningkat dari 4 jam kepada 6 jam?
__________
FITNAH 2: "50% ECRL KINI DIMILIKI CHINA"
FAKTA & PENJELASAN: Jauh beza maksud antara "hak milik" & "urusan operasi". Contohnya kau memiliki beberapa buah rumah tapi takde masa urus sewaan bilik-biliknya. Maka kau lantik seorang agen untuk bantu urusan sewaan. Rumah tersebut masih milik kamu, meskipun pengurusan sewa diserahkan kepada agen yang lebih arif dalam bidang hartanah. Agen tersebut dipertanggungjawabkan membuat iklan, cari penyewa, kutip sewa, pastikan S&P lengkap, pastikan rumah tidak rosak & sebagainya.
Dalam kes ECRL, ECRL & aset-asetnya kekal 100% milik kerajaan Malaysia melalui anak syarikatnya Malaysia Rail Line Sdn Bhd (MRLSB), sepertimana rumah dalam contoh di atas kekal milik awak meskipun telah melantik seorang agen hartanah untuk tujuan pengurusan.
Syarikat JV (Usahasama) 50:50 yang bakal ditubuh adalah khas untuk urusan operasi, pengurusan & penyeliaan, sepertimana agen hartanah dalam contoh diatas dilantik untuk pengurusan sewaan rumah.
Syarikat JV antara MRLSB & CCCC akan bekerja 100% di bawah arahan & keputusan negara Malaysia, sepertimana agen mengurus sewaan rumah bekerja mengikut arahan awak.
Malah lantikan CEO serta ahli Lembaga Pengarah syarikat JV ini adalah berdasarkan keputusan kerajaan.
Bab 50:50 ini pula, adalah perkongsian kos. Kalau ECRL rugi (sudah pasti berlaku kerana ECRL merupakan perkhidmatan awam), Malaysia akan tanggung 50% manakala China akan tanggung baki 50%. Kalau untung (tidak mungkin berlaku), Malaysia akan raih 80% manakala China akan raih baki 20%.
Jadi celah mana ECRL kini dimiliki China? Bagaimana sebuah deal yang begitu baik, boleh di-spin & diburukkan pembangang sebegitu rupa?
__________
FITNAH 3: "STESEN ECRL TINGGAL 7 BIJI SAHAJA"
FAKTA & PENJELASAN: Stesen ECRL berkurang dari 22 biji kepada 20 biji, bukan 7 biji seperti yang difitnah pembangang.
Di Terengganu (satu negeri sahaja) dah ada 7 biji, macam mana pembangang boleh petik angka "7" sebagai jumlah akhir stesen-stesen ECRL?
Ini senarai 20 stesen yang bakal dibina:
Kelantan: 2 (Kota Bharu & Tok Bali),
Terengganu: 7 (Kampung Raja, Kuala Terengganu, Pengkalan Berangan, Dungun, Kemasik, Chukai & Cherating),
Pahang: 6 (Kuantan Port City 1, Kuantan Port City 2, Kota Sultan Ahmad Shah, Gambang, Maran & Mentakab),
Negeri Sembilan: 2 (Jelebu & Kuala Kelawang),
Putrajaya: 1,
Selangor: 2 (Bangi & Pelabuhan Klang)
__________
FITNAH 4: "TAKDE STESEN GOMBAK, PAYAH NAK TURUN KL"
FAKTA & PENJELASAN: Stesen Gombak yang dicadang dalam rancangan asal perlu dinaiktaraf dengan tambahan kos beberapa bilion sebelum boleh dijadikan stesen pertukaran untuk menampung pengangkutan awam lain yang ke Bandaraya KL ataupun destinasi-destinasi lain.
Stesen Putrajaya Sentral dalam rancangan baharu pula, adalah stesen sedia ada yang sedang beroperasi beberapa landasan pengangkutan awam sedia ada seperti KLIA ERL & KTM. Kelak, MRT2 & HSR akan melalui Putrajaya Sentral. Ini memberi lebih banyak pilihan kepada penumpang.
Dengan stesen pertukaran Putrajaya Sentral, penumpang ECRL boleh switch kepada pengangkutan awam lain untuk pergi ke destinasi-destinasi akhir seperti ini:
-KLIA ERL (KL Sentral, BTS, Salak Tinggi, KLIA, KLIA 2);
-KTM (Batu Caves, Sentul, KL, Mid Valley, Serdang, all the way selatan sehingga Negeri Sembilan, ataupun all the way naik ke bahagian utara);
-MRT2 (Cyberjaya, Taman Putra, Serdang, Sg Besi, KLCC, Ampang Park, Kg Baru, Sentul, HKL, Kepong, Sri Damansara, Sg Buloh dll);
-HSR (bahagian selatan all the way sehingga Singapura).
Jadi kenapa pembangang Umnopas bertegas nak turun Gombak, sedangkan Putrajaya adalah stesen pertukaran sedia ada yang menawarkan lebih banyak destinasi? Takkan semua yang datang dari Pantai Timur nak turun Gombak sebab nak tengok Batu Caves? Takkan semua yang nak ke pantai timur adalah orang Gombak sahaja?
__________
FITNAH 5: "DAH MURAH, MESTILAH PAKAI BAHAN BURUK"
FAKTA & PENJELASAN: Segala aspek-aspek teknikal adalah sama seperti pelan asal. Standard gauge (saiz landasan) kekal, double tracking kekal, gerabak sama, kelajuan sama, bahan pembinaan sama.
Apa kau ingat China hari ini adalah China 10 tahun yang lepas yang ciplak & menggunakan bahan-bahan buruk? Tahun lepas saya pergi Shanghai & naik teksi (dorang panggil 'Di Di'). Masa bayar saya pakai cash, pemandu teksi termenung. Dia bagitau, dah 10 tahun dia tak jumpa pelanggan pakai cash. Di sana semua dah pakai e-wallet (WeChat pay dll) sejak 10 tahun yang lepas. Makan kat restoran, membeli belah, membeli sayur, ikan, daging semua dah pakai scan & go. Kita 2 atau 3 tahun lepas barulah start pakai e-wallet naik Grab, tapi masih gaduh pasal e-hailing vs teksi tradisional.
Jenama-jenama antarabangsa semua dah buka kilang di China sejak sedekad yang lalu. Kasut Adidas, telefon iPhone, dashcam kereta, Aircon kat pejabat, semuanya 'Made in China' & berkualiti. iPhone kau pakai ada ke selepas sebulan rosak?
Orang dah maju. Kita dah ketinggalan arus masa.
__________
FITNAH 6: "DAH PENDEKKAN LANDASAN & KURANGKAN STESEN, MESTILAH MURAH"
FAKTA & PENJELASAN: Yang dipendekkan cuma 48km daripada 688km asal. Stesen yang kurang cuma dua biji. Tapi kita jimat RM21.5 bilion. RM21 bilion = RM21,500 juta. Tak berbaloi?
RM21.5 bilion (RM21,500 juta) kalau kau pergi ATM cucuk RM3,000 (had pengeluaran) setiap hari, kau boleh cucuk selama 19,634 tahun tau?
Hampir separuh daripada RM21.5 bilion yang dijimat sebenarnya disebabkan tiadanya terowong Bentong yang berharga RM9 bilion. Baki penjimatan RM12.5 bilion pula adalah disebabkan sikap bertanggungjawab kerajaan dalam rundingan dengan Beijing.
Penjimatan dari terowong dan sebagainya bakinya adalah disebabkan kebijaksanaan Tun M & Tun Daim yang berupaya memikir di luar kotak (think outside the box).
Macam kau sekeluarga 8 orang nak travel dari KL ke Penang. Najib/UMNO cadangkan naik kapal terbang, kosnya RM200 x 8 = RM1,600. Tun M/PH pula cadang korang bawa kereta Toyota Innova sendiri, kosnya RM70 untuk tangki petrol penuh + RM50 tol = RM120.
Kenapa pembangang Umnopas boros sangat nak buat terowong sedangkan ada jalan alternatif yang rata & lebih jimat duit? Biar papa kedana, asal bergaya?
Kalau ada fitnah lain yang saya terlepas pandang, sila tambah supaya saya boleh lengkapkan.
Kalau ada point yang tidak clear, dijemput tanya di ruang komen.
Kalau ada point yang tak setuju, boleh kemukakan counter hujah.
Kalau nak mencarut atau spam yang bukan-bukan, saya alu-alukan, tapi saya akan ban terus sebab awak cuma nak menyampah, jadi betul juga kalau saya bakulsampahkan kau dari laman ini.
- Adrian Lim Chee An
Dah jelas....Terima kasih
ReplyDelete