Wednesday, April 24, 2019

Kat mana Najib curi wang?

Mai nak cerita pada yang tak faham.

Pada yang mengikuti perbicaraan Najib ni, mungkin ada yang tak faham, apa kes sebenarnya. Salahkah SRC International bagi duit pada Najib dan Najib membelanjakan duit tu.

SRC beri duit tak salah, Najib belanja wang tu pun tak salah. Menjadi kesalahannya ialah, wang SRC tu sebahagian dari pinjaman syarikat tu dari KWAP (Kumpulan Wang Amanah Persaraan) sebanyak RM4 Bilion.

SRC international ni salah satu anak syarikat 1MDB. Pinjaman dari SRC ni dijamin oleh Kerajaan Malaysia. Makna kata, kalau SRC tak mampu bayar, Kerajaan kena bayar!

SRC ni bisnes apa? Habuk pun takdak!


Jadi WANG PENCEN Kakitangan Kerajaan digunakan untuk tujuan peribadi dan parti.

Dari RM4 Bilion tu, SRC transfer RM50 juta kepada Gandingan Mentari kemudian Gandingan Mentari transfer pula kepada RM46 juta kepada Ihsan Perdana. Ihsan Perdana pula transfer RM42 juta ke akaun peribadi Najib.

Maknanya dari RM4 bilion wang pencen, depa bagi RM50 juta kepada 2 company iaitu Gandingan Mentari dan Ihsan Perdana. Dua company ni masing-masing ambil RM4juta (total RM8 juta) kemudian diserahkan wang baki RM42 juta tu kepada Najib.

Najib pula membelanjakan wang tersebut untuk?

Berikut merupakan senarai lengkap transaksi yang berlaku sejak tahun 2014 mengikut kronologi kejadian;

πŸ‘‰ Pada 12 Disember 2014, sebanyak RM20 juta dari akaun SRC International bernombor 211-202-200973-6 disalurkan ke dalam akaun Ihsan Perdana yang dilantik Yayasan 1MDB untuk menjalankan program. Ihsan Perdana dipimpin Shamsul Anwar Sulaiman, bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput dan bekas EXCO Pemuda UMNO Malaysia.

πŸ‘‰ Pada 21 Januari 2015, sebanyak RM3.5 juta dari akaun yang tidak dinamakan bernombor 202-201189-8 disalurkan kepada akaun firma guaman peguam UMNO Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

πŸ‘‰ Pada 30 Januari 2015, sebanyak RM240,000 dari akaun peribadi AmBank Najib bernombor 202-201190-6 disalurkan ke akaun Vital Spire Sdn Bhd.

πŸ‘‰ Pada 2 Februari 2015, sebanyak RM2.5 juta dari akaun peribadi AmBank Najib 202-201190-6 disalurkan ke akaun firma guaman Zulqarnain & Co.

πŸ‘‰ Pada 8 Februari 2015, sebanyak RM300,000 dari akaun peribadi AmBank Najib bernombor 202-201190-6 disalurkan ke akaun Centre For Strategic Engagement Sdn Bhd, sebuah syarikat propaganda.

πŸ‘‰ Pada 12 Februari 2015, sebanyak RM238,914 dari akaun peribadi AmBank Najib bernombor 202-201190-6 disalurkan ke akaun Lim Soon Peng, seorang pemaju hartanah.

πŸ‘‰ Pada 12 Feb 2015, RM100,000 dari akaun peribadi AmBank Najib : 202-201190-6, disalurkan ke akaun ABS Trend Master Sdn Bhd, sebuah syarikat perabot dapur.

πŸ‘‰ Pada 12 Februari 2015 sebanyak RM400,000 dari akaun peribadi AmBank Najib : 202-201190-6, disalurkan ke akaun Rumah Penyayang Tun Abdul Razak yang terletak di Pekan, Pahang.

πŸ‘‰ Pada 12 Februari 2015, RM50,000 dari akaun peribadi AmBank Najib : 202-201190-6, disalurkan ke akaun Asmadi Abu Talib, Ketua Bahagian UMNO Padang Serai merangkap calon BN yang kalah dalam PRU14 di kerusi DUN Merbau Pulas.

πŸ‘‰ Pada 12 Feb 2015, sebanyak RM13,800 dari akaun peribadi AmBank Najib bernombor 202-201190-6, disalurkan ke akaun peribadi Manisah Othman.

πŸ‘‰ Pada 13 Februari 2015, sebanyak RM1 juta dari akaun peribadi AmBank Najib : 202-201190-6, disalurkan ke akaun UPKO, sebuah parti komponen BN pada ketika itu.

πŸ‘‰ Pada 17 Februari 2015, sebanyak RM1 juta dari akaun peribadi AmBank Najib : 202-201190-6, disalurkan ke akaun Solar Shine Sdn Bhd, sebuah syarikat pencetakan yang mencetak kemeja, payung, topi, kalendar, cawan & 'hadiah-hadiah' 1 Malaysia yang digunakan semasa musim PRU.

πŸ‘‰ Pada 24 Februari 2015, sebanyak RM77,300, dari akaun peribadi AmBank Najib bernombor 202-201190-6, disalurkan ke akaun Syadilah Enterprise.

πŸ‘‰ Pada 24 Februari 2015 sebanyak RM56,500 dari akaun peribadi AmBank Najib : 202-201190-6, disalurkan ke akaun Moz (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat yang diupah membina stor & tangki rumah Najib.

πŸ‘‰ Pada 26 Februari 2015, RM1 juta dari akaun peribadi AmBank Najib : 202-201190-6, disalurkan ke akaun UMNO negeri Pulau Pinang.

πŸ‘‰ Pada 26 Februari 2015, sebanyak RM300,000 dari akaun peribadi AmBank Najib : 202-201190-6, dasalurkan ke akaun UMNO Johor Bharu.

πŸ‘‰ Pada 9 Mac 2015, sebanyak RM103,361.17 dari akaun syarikat SRC International bernombor 202-1160010-0, disalurkan ke akaun Ihsan Perdana Sdn Bhd, sebuah syarikat yang menjalankan program-program Yayasan 1MDB. Ihsan Perdana dipimpin Shamsul Anwar Sulaiman, bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput merangkap bekas EXCO Pemuda UMNO Malaysia. - 20 Mac 2019.

Malah RM500 ribu digunakan untuk membeli barang peribadi dan membeli belah di luar negara.

Jadi Najib telah mengunakan pinjaman dari wang pencen kakitangan awam untuk kepentingan peribadi dan politiknya. Pinjaman tersebut pula dijamin oleh Kerajaan Malaysia. Maknanya, jika SRC tak bayar, Kerajaan Malaysia perlu bayar hutang tersebut.

Kita beri orang hutang untuk berniaga, kita jamin dia, tapi orang tu pulak guna wang untuk belanja peribadi dan akhirnya kita pula kena bayar hutang dia.

Sebab tu kita tak nampak dia curi wang, walaupun sebenarnya dia curi wang depan mata kita saja.

Copy from Hafiz Azmi

4 comments:

  1. Masa kecoh cerita nfc dulu, ade la abg ipar aku ni layan borak dgn aku, tu pun pasal aku dengar ceramah rafizi dan dia ada kat situ. Dia kata dah org bagi nfc tu pinjam duit. Suka la dia nak buat ape.Tentu ade sebab kenapa dia guna duit tu selain bela lembu. Aku nak lempang kang dia dah 50 masa tu. Jadi aku takde la cerita banyak, hati dah pekat umno, tak bleh tolong. Aku cuma cakap, camni la bang, saya jumpa abg nak pinjam duit, saya kata nak repair rumah saya rosak, abg bagi 10k. Lepas 2 3 bulan abg jumpa saya kat bali ke, sabah ke pegi berjalan. Bila tgk rumah sama jugak, cuma tukar bumbung 3 4 keping. Rosak yg besar tak buat jugak. Dah la hutang tak bayar, agak2 la berapa hari aaya duduk spital pasal makan beluti atau abg yg masuk sakit jantung pasal terkejut nampak aaya pergi berseronok duit pinjam. Org amanahkan duit utk ko buat benda yg manafaat utk keluarga ko, tapi ko buat benda lain. Cerita tak sama, busines dan repair rumah, tapi tujuan tu sama. Org bagi amanah, ko buat benda lain. Dia diam sampai la ni tak buka cerita nfc dgn aku. Tapi bab kutuk Tun tu selalu la dia cakap kat aku. Cuma aku layan tak layan je la. Kalau awak tu jenis org berjaya, hidup senang, aku boleh jugak la dengar, ni nak hidup rod tax kereta pun kekadang pinjam duit bini aku. Buruk2 rumah aku pun, titik peluh aku sendiri, dari makan gaji, sampai la meniaga sendiri. Tu pasal aku tak kecoh bab brim ni. Bukan la banyak duit. Ni dpt bantuan sara hidup pun mengeluh lagi pasal kurang dari najib bagi. Aku cakap najib bagi tangan kanan, tangan kiri selok poket kita, mengamuk dia dengar, jadi sejak tu aku tak borak hal politik dgn dia. Mcm aku kata, dah tak bleh tolong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum ni dia kata cerita duit masuk akaun najib ni cuma fitnah PH, tak betul, rafizi fitnah dan ahli neraka.πŸ™€πŸ™€. Aku tak jumpa dia lagi sejak najib masuk mahkamah. Kalau jumpa, aku takde la nak bahan org tua... Cuma nak dengar sembang dia sambil tepuk seat moto SS first model dia. Dari dulu aku try suruh dia jual moto tu. Ape yg dia sayang sgt tah. Malas nak berhutang lagi katanya.😸😸😸😸😸

      Delete
  2. Dalam kepala tu fikirkan kebendaan/wang ringgit saja.......tak pernah terfikir tentang akidah dan agama. Penyelewengan wang ringgit oleh Najib jika benar pun takkan sama dengan gangguan akidah dan agama oleh DAP. Orang curi duit marah, tapi orang duk hina agama takpa.........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa di DAP hina agama? Curi duit tak hina agama?

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...