Sunday, June 23, 2019

'Arahan pulang semula wang tajaan tunai haji?' - Ini reaksi KP SPRM

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya pada Ahad menafikan dakwaan tersebar yang kononnya suruhanjaya itu telah mengarahkan para jemaah haji yang ditaja pada tahun 2011 hingga 2018 untuk memulangkan semula wang tajaan itu.

Selain itu arahan menerusi laman Twitter kononnya beliau mengarahkan jemaah haji untuk mengembalikan semula wang tajaan hasil wang curi dari 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) juga adalah tidak benar sama sekali.


Latheefa mengesahkan perkara itu menerusi akaun rasmi twitter miliknya pada Ahad.

"Ini adalah palsu!," tulisnya ringkas.

Sebelum itu kenyataan palsu yang tersebar itu turut mengarahkan para jemaah haji untuk memulangkan semula wang berkenaan dalam tempoh 30 hari dan akan berdepan tindakan sekiranya ia tidak dilaksanakan.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/arahan-pulang-semula-wang-tajaan-tunai-haji-ini-reaksi-kp-sprm-210800

2 comments:

  1. Itulah kje umno.hidup dah xda makna so kje buat fitnah je la

    ReplyDelete
  2. Mase Aku Bujang. Kakak Aku selalu marah Pasal aku ni Kaki Merayap. TaK duduk rumah. Aku jawab balik. Org kalau tak Merayap, taK Senang duduk, nak tido pun tak bleh, rasa hidup Hari tu tak lengkap kalau tak Merayap.. Jadi umno boleh la guna alasan aku tU plak. Sebagai Macai murahan, kalau Aku tak fitnah org, rasa Hari aku tak lengkap Hari ni. Ha! Amalkan Setiap Hari, Insyaalah, no ahli syurga pun tak bleh selamatkan Korang Dari kena Campak masuk neraka. Tapi kalau lebai pun 2 Kali 5. Ko ajak la lebai tu join sekali. Mungkin dpt masuk yg level paling tinggi... Neraka jahanam... Cerah masa depan Korang berdua kelompok...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...