Wednesday, June 26, 2019

Seronok sungguh kondem kerajaan PH nak ajaq SEKS kat YouTube!


Maaf. Saya tak pasti Tuan perolehi screenshot ini dari siapa. Dan saya tak pasti adakah Tuan mendengar keseluruhan isi berita atau hanya sekadar melenting membaca tajuk berita seperti netizen yang lain.

Sejak 2 tahun lepas saya bertemu puluhan ribu kanak-kanak di seluruh Malaysia. Ada yang telah dicabul sejak tadika, yang mencabul itu abangnya sendiri, bapanya, datuknya, bapa sedara dan orang yang dikenali.

Saya jumpa budak darjah satu yang telah beromen bawah meja di sekolah. Bercium dan meraba rakannya. Punca terdedah dengan pornografi yang ditonton dari handphone yang diberi oleh bapa.

Saya juga pernah bertemu seorang pelajar lelaki tingkatan 3 yang mengaku seorang biseksual. Puncanya menjadi mangsa ketika berusia 6 tahun. Dipaksa melakukan oral seks oleh anak pengasuh.


Saya pernah jumpa seorang pelajar lelaki tingkatan 2 yang dibuang asrama sebab melakukan pencabulan kepada kawannya sendiri.

Tahun lepas, kadar jenayah rogol di Kelantan amat membimbangkan. Dan rogol ini berlaku suka sama suka, sebab mereka bawah umur. Ini kata-kata Ketua Polis Kelantan sendiri.

Tahun lepas juga, pihak polis di Selangor dedahkan ribuan kes cabul yang berlaku terhadap kanak-kanak yang berlaku dalam negeri itu. Pelaku pula individu yang dikenali mangsa.

Kenapa saya kongsi dapatan ni Tuan? Sebab nak bagi Tuan sedar yang kerajaan baik yang dulu dan sekarang betul-betul nak selamatkan anak-anak ni.

Tahun 2017, melalui kerajaan BN mereka bentangkan rang undang-undang kanak-kanak agar dipinda dan diperkasakan lagi. Akhirnya, majoriti ahli parlimen bersetuju untuk menolong kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah seksual.

Di zaman PH, lebih agresif. Mereka mahu maklumat mengenai pendidikan seksualiti ini sampai ke setiap rumah.

Sebab itu dilancarkan 5 buah video pendidikan seks yang berupa membezakan sentuhan selamat dan sentuhan bersifat seksual. Kanak-kanak akan tahu how to respon jika ada individu yang dikenali atau tak dikenali mencabul atau menyentuh anggota private mereka.

Dalam video ini, kementerian juga mengajar tindakan yang perlu mak ayah lakukan bila anak mengadu dicabul, dirogol dan lain-lain.

Semua ini sub topik dalam Pendidikan Seksualiti. Dalam itu juga diajar apa itu genital lelaki dan perempuan, fungsinya, tanggungjawab, jaga amanah yang diberi Tuhan, semuanya diajar.

Yang Tuan fikir apa? Ajar budak buat seks ke?

Nak harapkan mak ayah didik anak bab ni ke? Nak sebut zakar itu zakar dan faraj itu faraj pun dah macam berbuih mulut.

Saya bertanggungjawab untuk educate seramai mungkin masyarakat agar memahami dengan sesungguhnya kepentingan pendidikan seksualiti.

Jangan kebencian kepada seseorang individu atau ideologinya atau partinya membuatkan kita jadi bodoh dan terlihat bodoh.

Wassalam.

Akhi Fairuz Al-Jengkawi
#TukangCeramahBudakSekolah

Updated : Saya dah edit gambar. Padam terus nama penulis. Beliau pun dah PM saya, menyatakan kekesalan dan minta maaf. Alhamdulillah. Saya juga minta maaf sebab tak edit, terus nampak nama beliau.

Jadi, saya seru kawan-kawan jangan memberi komen membabi buta. Jangan maki hamun. Niat saya nak educate netizen lain yang sama pendapatnya seperti saudara yang ini.

Wassalam.

2 comments:

  1. satu lagi nk educate rakyat m'sia yg terlajak pandai ni ialah gunakan undang undang...fitnah jer saman...salah masuk penjara....jgn bagi byr denda....kalau denda nnti ada pihak yg payung...

    biar masuk penjara....5,6 bulan...baru tahu kesanbuat fitnah atau berbohong...

    ReplyDelete
  2. Halo, semua orang, tolong, saya dengan cepat mahu menggunakan media ini untuk berkongsi kesaksian saya tentang bagaimana Tuhan mengarahkan saya kepada pemberi kredit yang benar-benar mengubah hidup saya daripada kemiskinan kepada seorang wanita kaya dan sekarang saya mempunyai kehidupan yang sihat tanpa tekanan dan kesulitan kewangan,

    Selepas berbulan-bulan cuba mendapatkan pinjaman di internet dan saya telah ditipu dari 400 juta, saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman daripada pemberi pinjaman dalam talian yang sah dalam kredit dan tidak akan meningkatkan kesakitan saya, jadi saya memutuskan untuk beralih kepada rakan saya untuk nasihat tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman dalam talian, kami bercakap mengenainya dan kesimpulannya adalah tentang seorang wanita bernama Puan Maria yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Maria Loan. Syarikat

    Saya memohon untuk pinjaman (900 juta) dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, supaya pinjaman yang diluluskan itu mudah tanpa tekanan dan semua persiapan telah dibuat dengan pemindahan kredit, kerana fakta bahawa ia tidak memerlukan cagaran untuk pemindahan daripada pinjaman, saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari dua jam wang pinjaman telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.

    Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah 900 juta. Saya sangat gembira bahawa akhirnya Tuhan menjawab doa saya dengan memerintahkan pemberi pinjaman saya dengan kredit sebenar saya, yang boleh memberi harapan saya.

    Terima kasih banyak kepada Cik Maria kerana membuat hidup adil untuk saya, jadi saya menasihati sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan Maria dengan baik melalui E-mel (mariaalexander818@gmail.com) ATAU Via Whatsapp (+1 651-243 -8090) untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman anda,

    Jadi, terima kasih banyak kerana mengambil masa anda membaca tentang kejayaan saya dan saya berdoa agar Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda.
    Nama saya adalah kabu layu, anda boleh menghubungi saya untuk rujukan lebih lanjut melalui e-mel saya: (kabulayu18@gmail.com)

    Terima kasih semua.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...