Friday, September 20, 2019

PEROBOHAN RUMAH DI PAYA JARAS, ANTARA ISU REALITI KERAJAAN PH & PERSEPSI PEMBANGKANG!

AKU DAPAT DAH CERITA BAB PAYA JARAS..
Mat Alishah

Syok sungguh aih pembangkang terutama cybertrooper PAS dok jaja cerita kata kerajaan PH ZALIM.. ROBOH rumah rakyat di PAYA JARAS

Dan depa pulak bangga parti depa jadi hero hantaq UNIT AMAL pasang KHEMAH buat terok dan sambil melaungkan MANA PH, ZALIM ROBOH RUMAH RAKYAT.. yg tak tahan rumah kena roboh yg ketegaq tu tak banyak mana tapi buat cerita sampai 90 biji..



ISLAM SUNGGUH HGPA PUNYA KEMPEN LANIE NOO SEJAK MENIKAH DENGAN UMNO NIE... 😁

NIE SATU LAGI DENGAQ KATA PENDUDUK PAYA JARAS GEMBIRA DENGAN PEROBOHAN INI SEBAB YG TINGGAL TEPI SUNGAI TU IALAH KEBANYAKKAN ORANG INDON AJA PON.


ISU PEROBOHAN RUMAH DI PAYA JARAS: NAK SELAMATKAN RIBUAN PENDUDUK PAYA JARAS DARI BENCANA BANJIR ATAU NAK SELAMATKAN PERUMAHAN YG BERTAPAK SECARA HARAM?

Ini fakta-fakta yg disembunyikan pihak-pihak yg berniat jahat menghasut rakyat menidakkan usaha kerajaan.

1. Apa isu kekecohan perobohan rumah-rumah di Paya Jaras?
Jawapan: Isunya kerajaan negeri nak menaiktaraf dan melebarkan Sungai Kedondong untuk mencegah bencana banjir yg sering berlaku di kawasan Paya Jaras. Masalahnya rancangan ini dihalang oleh rumah-rumah yg bertapak secara haram di atas tanah rizab simpanan sungai.

2. Kenapa kerajaan negeri tergesa-gesa merobohkan rumah-rumah haram tersebut?
Jawapan: Tak tergesa-gesa pun. Rancangan ini wujud sejak Julai 2015, sesi taklimat telah diberi sejak September 2015. Sudah empat tahun diberi kepada pemilik-pemilik rumah-rumah yg bertapak secara haram. Empat tahun tak cukup?

3. Kerajaan negeri tak tawar penyelesaian ke?
Jawapan: Kerajaan negeri telah menawar untuk membiayai kos-kos pemindahan sebanyak RM7,000 setiap seorang. Malah sejumlah 82 surat tawaran Rumah Selangorku telahpun dikeluarkan kepada pemilik-pemilik rumah-rumah yg bertapak secara haram. Antaranya RKR Bukit Rahman Putra, Jade Hill Kajang, Bandar Rimbayu, De’ cendana Setia Alam dan Taman Puchong Utama.

4. Tak boleh ke jangan lebarkan Sungai Kedondong?
Jawapan: Korang nak tenggelamkan ribuan rumah-rumah sah di seluruh Paya Jaras demi menyelamatkan beberapa buah rumah haram di Sungai Kedondong?

5. Apakah implikasi negatif yg ditanggung oleh kerajaan negeri selama ini?
Jawapan: Kelewatan pelaksanaan Rancangan Tebatan Banjir Sg Kedondong telah mengakibatkan kerajaan negeri ditegur oleh Ketua Audit Negara sejak tahun 2017. Selain itu, dalam segala usaha kerajaan negeri ber-rasional dengan penduduk-penduduk rumah haram, kerajaan negeri Selangor telah membayar RM2.579 juta sebagai pampasan penangguhan sejak beberapa tahun yg lalu. Jika penangguhan terus dibuat bermula 18 September 2019, kerajaan terpaksa menambah lagi pampasan sebanyak RM2,125 setiap hari. Berjuta-juta dalam pampasan ini belum lagi termasuk jumlah "loss and expenses" yg berhak dituntut oleh pihak kontraktor.

6. Berapa buah rumah perlu diroboh untuk penyelesaian masalah banjir?
Jawapan: 45 buah rumah perlu dirobohkan

7. Semua berdegil tak nak berpindah ke?
Jawapan: Tidak. Sebahagian daripada mereka telah bekerjasama. Bancian PDT Petaling pada 17 September 2019 mendapati pemilk 24 buah rumah telah bekerjasama. Daripada 24 buah rumah ini, 19 buah rumah telah dikosongkan manakala 5 lagi sedang dikosongkan. Malangnya, 21 buah rumah yg bertapak secara haram masih belum dikosongkan.

8. Tapi bukan kerajaan janji nak tangguh sehingga selesai peperiksaan kerajaan ke?
Jawapan: Daripada 21 rumah yg belum dikosongkan, hanya 9 buah rumah terlibat dengan peperiksaan UPKK & PT3. 9 buah rumah ini telah diberi pengecualian sehingga 8 Oktober 2019 seperti yg dijanjikan. Baki 12 buah rumah yg tidak terlibat dengan peperiksaan kerajaan apa alasan mereka untuk terus berdegil?

9. Penduduk-penduduk ini orang Melayu Islam, kerajaan negeri janganlah tidak berhati perut merobohkan rumah mereka.
Jawapan: Beribu-ribu penduduk Melayu Islam di sekitar Paya Jaras terjejas dengan banjir setiap tahun. Kalau penduduk rumah haram diselamatkan, siapa pula nak bela Melayu Islam yg berhadapan dengan banjir setiap tahun?

- - - - - - - - - - - - - - - - -

Jadi di mana salah kerajaan negeri Selangor? Ini rancangan tebatan banjir yg dirancang untuk mengelak ribuan penduduk Paya Jaras ditenggelami air apabila berlaku musim hujan.

~ Sudah lebih empat tahun diberi.
~ Kos pemindahan pun dibiayai.
~ Rumah Selangorku pun ditawar.
~ Penalti penangguhan berjuta-juta ringgit pun ditanggung kerajaan negeri.
~ Kerajaan negeri menanggung malu ditegur oleh Ketua Audit Negara
~ Yg terlibat dengan peperiksaan kerajaan pun diberi pengecualian sementara.

Nak macam mana lagi?

Sebab itu persoalannya.... korang nak selamatkan ribuan penduduk dari bencana banjir atau nak selamatkan perumahan yg bertapak secara haram?

1 comment:

  1. Walaun, biase la. Kalau lepas ni reban ayam yg bangla buat kena roboh pun Dia salahkan dap... Nak Cari Salah guna kuasa Brlum ade lagi.. Jadi cari point la.... Org kelantan yg tinggal dlm kemah Sebab banjir dulu semua Dah clear ke...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...