Thursday, October 10, 2019

MP PH.. sila tentang sebarang tindakan yang nak jual PLUS!

Aku harap seluruh Ahli Parlimen PH mengambil kesempatan perbahasan di parlimen menentang keras sebarang idea dan tawaran pengambilalihan PLUS Holding pengendali Lebuhraya Utara Selatan..

2- Jelas 2-3 Minggu ini, Kapitalis sudah berpencak silat, mereka cuba mempersembahkan kita Drama wayang kulit dan Sinetron kepada rakyat di dada dada akhbar...sudah tentu Tok dalangnya di dalam pentadbiran PH ada dibelakang tabir wayang ini..

3- Sebelum ini Kapitalis Bani Cina RRJ Capital yang berpengkalan di Hongkong menawarkan pengambilalihan sebanyak RM 3 Billon, dan tawaran dinaikkan kepada RM 3.5 Billion untuk mewajarkan pengambilalihan..

mereka menawarkan potongan bayaran Tol sebanyak 30 %.. dalam waktu yang sama mengekalkan tenaga kerja PLUS..manakala semalam, Maju Holding Kapitalis Bani Melayu menaikkan tawaran dengan melupuskan hutang atas kertas Kerajaan dengan tawaran potongan Tol sebanyak 38%...


4- Dari satu sudut ia nampak baik.. bila Kerajaan hari ini berpegang kepada prinsip kewangan yg baik.. maka rakyat akan mendapat faedah, biarpun dengan potongan harga Tol sebanyak 38%, Jauh lebih baik dari zaman BN dan Najib..

5- Ini membuktikan selama ini, mereka mengutip keuntungan luar biasa dari kutipan Tol, Mustahil lah mereka mahu menawarkan pengambil alihan dengan potongan harga sebanyak 30% kalau ia tidak mampu menjana keuntungan..

6- Kapitalis sudah mula rasa bahangnya.. Konsesi Tol ini akan tamat tempoh konsesinya, Jika tidak tamat pun, PLUS telah mendapat laba dari keuntungan yang membolehkan Kerajaan PH mengurangkan harga Tol..

Jadi mereka cuba sedaya ucapan memanjangkan jangka hayat mereka menghirup darah dan duit rakyat dengan melanjutkan konsesi Tol dengan pelbagai janji manis.. akhirnya hasrat rakyat untuk untuk menghapuskan tol tidak tercapai..Ini membuktikan sebenarnya Kerajaan mampu menghapuskan Tol dalam satu tempoh jangka masa...

7- Aku bersetuju, Kerajaan tidak perlu menghapuskan Tol secara drastik..Ia akan menjejaskan Vendor Bumiputera seperti Propel dan Peniaga Bumiputera yang lain, begitu juga perkhidmatan....ada keperluan PLUS dinaik taraf sebahagian besar jajaran Lebuhraya dia yang masih kekal 2 lorong..

tetapi mahu kita Kerajaan melalui Khazanah,KWSP kekal memegang Kepentingan dan saham PLUS.. bila kewangan kerajaan kukuh, Kita sudah mampu memberikan tol Percuma..

8- Aku harap MP PH sedar akan wayang kulit yang sedang dipertontonkan bagi mengolah persetujuan Rakyat.. Tentang dari Sekarang.. lobilah sokongan Pembangkang pun takda masalah.. Ya dah pasti ada Tok Dalangnya dalam PH samada dalam kalangan Bani Cina mahupun Melayu.. Kerajaan PH perlu konsisten dengan janji kepada Rakyat.. biarpun janji itu dapat ditunaikan secara berperingkat dah berhikmah.. :)

Ipohmali

1 comment:

  1. Kadang2 pelik juga bila ada sahaja cadangan dari mana2 individu atau organisasi kepada kerajaan, ramai yang menganggapkan kerajaan akan laksanakan tanpa ada perbincangan dan kajian.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...