Thursday, November 21, 2019

Kenapa MCA persoalkan tender baja kepada 'NAFAS'!?


We Ka Siong MARAH Kerajaan Pakatan Harapan nak bagi kat NAFAS? Nafas ni bukannya syarikat Sdn Bhd yang kamu tengah pertahankan!

NAFAS ini Pertubuhan Peladang Kebangsaan, ahli Peladang seluruh negara 920,000 orang yang majoritinya Melayu Islam. Pertubuhan Peladang Negeri ada 14 buah dan Pertubuhan Peladang Kawasan ada 279 buah di seluruh Malaysia. 20% sahamnya pula dimiliki oleh anak syarikat PETRONAS yang memang profesional dalam pembuatan baja Urea.

NAFAS menguruskan Baja Padi Subsidi ni sejak 22 tahun lepas lagi, untuk ahli-ahli Peladang seluruh Malaysia. Kilang Baja Padi paling besar di Malaysia, pengeluarannya dalam 8% daripada industri baja Negara.


Kapasiti pengeluaran setahun dalam 310,000 MT, sedangkan baja subsidi cuma 250,000 MT - 280,000 MT setahun. NAFAS memang mampu buat.


Untuk jaga kepentingan Pertubuhan Peladang, Kerajaan Malaysia sebelum ini bagi kepada NAFAS, Tun Dr Mahathir Mohamed yang arahkan kilang ini dibuat di Gurun, Kedah sebelum ini.

Keuntungan daripada Kilang Baja Nafas inilah diagihkan Dividen 8% kepada Ahli Peladang dan kepada Pertubuhan Peladang Negeri (PPN), Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Ahli Peladang.

Malah NAFAS juga mengeluarkan zakat purata dalam RM10-12 juta setahun kepada ahli peladang dalam kategori Asnaf, biasiswa kepada anak-anak ahli yang cemerlang, menyalurkan kepada Yayasan Pelajaran Peladang untuk membantu masa depan anak ahli peladang, meletakan duit di Dana Peladang Kebangsaan bagi ahli ahli peladang membuat pinjaman. Melalui duit inilah Pertubuhan Peladang dan ahli seluruh Negara berkembang.

Pada masa sama daripada keuntungan itulah NAFAS giat mengadakan program pembangunan dan latihan ahli Peladang seluruh Negara, demi masa depan sektor pertanian Negara.

MCA dan BN baru menang PRK Tg Piai, sudah berani bersuara lantang untuk mengugat satu satu nya Pertubuhan Peladang yang menjaga kebajikan ahli Peladang seluruh Negara yang majoritinya Melayu miskin di Seluruh Negara.

Kononnya kamu mendedahkan skandal? Skandal apa?? Skandal sebab NAFAS dapat kontrak baja subsidi yang sudah 22 tahun NAFAS uruskan kah? Biar rasional! Kami memiliki kilang sendiri yang mampu mengeluarkan baja sendiri untuk ahli kami di seluruh Negara. Kenapa kamu beria-ria nak bagi kepada syarikat SDN BHD?

NAFAS zaman kamu dalam regim BN lagi dasyat, Ahli Jemaah Pengarah NAFAS majoritinya pemimpin UMNO/BN.

42 kesalahan serius ditemui hingga Nafas digantung pada 2018 lalu dengan pelbagai isu penyelewengan yang kini tengah disiasat SPRM.

Mohon Rakyat Malaysia menilainya semula untuk memberi Undi kepada mereka, adakah anda ingin membiarkan nasib petani miskin yang bernaung di bawah Pertubuhan Peladang ini berkubur?

Ataupun anda semua mahukan kontrak itu diberikan kepada syarikat SDN BHD yang tiada lansung kaitan dengan Peladang? Cuba Netizen SIASAT syarikat mana yang beliau pertahankan itu? Ehem!

Bagaimana kah Nasib Petani di bawah sana? Kamu jangan nak mempolitikkan isu ini hingga boleh ‘’membunuh’ NAFAS dengan sentimen kamu yang tidak berasas.

Terima kasih Pakatan Harapan kerana Membela Peladang, Terima kasih YAB Tun Dr Mahathir, Terima Kasih YB Dato Seri Salahuddin Ayub, Terima Kasih YB Sim Tze Tzin, Terima kesemua yang membela Pertubuhan Peladang.

Jika anda sayangkan Pertubuhan Peladang mohon Viralkan. Terima kasih.

Syam Ghaz

#Moa #Nafas #KontrakBajaSubsidi #PertubuhanPeladang #KilangPadi

2 comments:

  1. Krcoh la apek ni, ni sembang nak bawak warga emas ke Mekah ape cite. Janji org sebok Suruh Cepat. Janji sendiri. Dah Menang kan. Pas pun Dah berjaya Tambah Bukan Islam Kat parlimen. Jadi bleh la mintak Kat lebai skit. Jgn Suruh walaun je Jihat. Tuan punya Pati pun kena Jihat jugak.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. PH perlu terus disokong untuk memakmurkan semula pertubuhan peladang, Nafas dan Malaysia umumnya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...