Saturday, January 25, 2020

Asyraf Wajdi dedah "Skandal Tabung Haji, Jom tengok skandal zaman siapa..?


Tadi Asyraf Wajdi buat Sidang Media, katanya "Skandal Tabung Haji".

Dalam sidang media tadi Asyraf sebutkan beberapa perkara. Aku tak nak jawab semua lagi, aku nak layan Asyraf baik2...

Tadi Asyraf tanya - "Kenapa jual aset berkenaan sedangkan pengeluarannya sekian sekian sekian. Aku nak bagitau Asyraf, fakta kau berterabur, entah dekat longkang mana entah kau kutip...

Aku nak tanya balik Asyraf, Kenapa TH beli aset tu masa Asyraf Timbalan Menteri..? Dapat wahyu dari mana masa beli aset ni..?

Siapa beli pada harga yang tinggi dan kenapa buat unjuran hasil ladang per hektar yang tinggi untuk justifikasi nilai perolehan padahal angka itu x munasabah berdasarkan keadaan aset..?

Realitinya:

1. Ladang tersebut dibeli dari sekumpulan "broker" termasuk Weida Group dengan harga RM254.58 juta. Laporan aset dimanipulasi, keluasan Ladang Boleh Tanam dinaikkan kepada 6,100 hektar padahal realitinya hanya 4,842 hektar (79%) dari keluasan sebenar aset SAHAJA sesuai untuk tanaman. Selebihnya sangat tidak sesuai kerana keadaan aset berbukit/jenis tanah dll masalah.

2. Mengikut anjuran semasa pembelian aset, jangkaan hasil dinilai setinggi 145,630 metrik tan setahun padahal hasil sebenar tak sampai 50% dari nilaian sebenar (rujuk gambar 1 & 2)

Asyraf nak dedahkan skandal siapa..?

Link fb : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2626726194043536&id=100001185422604

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...