Tuesday, January 28, 2020

Jimat RM42B, Tol turun 18%, kenaikan dibekukan hingga tamat konsesi..!!


KERAJAAN PH BERJAYA SELAMATKAN WANG RAKYAT SEBANYAK RM42 BILION MELALUI PENSTRUKTURAN SEMULA KONSESI TOL.

Kalau ikut cara BN dulu, apabila kerajaan membekukan kenaikan tol maka kerajaan perlu bayar pampasan.

Maknanya bila PH mengurangkan kadar tol sebanyak 18% dan membekukan kenaikan tol sehingga tamat konsesi, kalau ikut formula BN dulu kerajaan perlu bayar pampasan sebanyak RM40 billion iaitu RM26 bilion untuk pembekuan kenaikan tol dan RM14 bilion lagi untuk pengurangan kadar tol sebanyak 18%.


Tetapi kerajaan PH bukan sahaja tidak perlu membayar pampasan RM40 bilion itu, malah hutang kerajaan atas pampasan sebanyak RM2 bilion juga telah dihapus kira.

Maknanya kerajaan PH telah berjaya menyelamatkan wang rakyat sebanyak RM42 bilion dengan keputusan tersebut.

Malangnya Najib masih cuba mengelirukan rakyat dengan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas kerana beliau irihati dengan kejayaan PH melakukan sesuatu yang beliau gagal laksanakan. Terbaru, Najib menuduh tindakan ini akan merugikan pencarum KWSP kerana KWSP memiliki saham PLUS.

Nampaknya Najib tak cukup buat homework. Melalui penstrukturan ini, KWSP tetap kekal memegang nilai ekuiti yang sama dimana pulangan keuntungannya dijamin melalui pengeluaran bond kerajaan.

Dalam kata lain, penstrukturan ini berjaya menjimatkan wang rakyat dan pada masa yang sama pulangan untuk pencarum KWSP melalui pegangan ekuiti ke atas PLUS tetap terjamin.

Tahniah PH!

#PHKekalKerajaan
#BNKekalPembangkang

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...