Tuesday, March 24, 2020

Covid19 - Disebabkan ada pesakit yang menipu, semua masyarakat tanggung natijahnya..

(12am: satu family dtg ke klinik kerana si ibu demam )..suhu bdn 38.5'


(dikaunter jururawat)
Jururawat: puan ada contact dgn mana pesakit yg positif covid19 sblm ni?
Pesakit: tiada
Jururawat: ada membuat lawatan ke luar negara dlm mase terdekat?
Pesakit : tiada
Jururawat: ada pergi ke mana2 perhimpunan sebelum ni?
Pesakit: tiada..sy demam sudah 3 hari.. demam biase je.. sy nk jumpe doktor je pun susah ke?.

(Dlm bilik doktor)
Doktor: yer puan sakit apa?
Pesakit: sy demam doktor.. jiran saya baru balik dari luar negara.. skrg dia dekat hospital positif covid19..lepas dia blk dr luar negara saya ade pergi ke rumah dia..
Doktor: kenapa puan blh msk dalam bilik saya..jururawat tak ade buat screening ke kat luar?
Pesakit: ada.. tp saya tak cakap pasal jiran saya tu.. nanti org lain dengar bising pulak kat luar..
Doktor: puan boleh keluar.. klinik bukan tempat untuk selesaikan masalah puan..kami tiada alat untuk cek samaada puan positif ke tidak.. sila pergi ke saluran yg betul..

Kenapa perlu menipu..skrg byk tempat dh kamu pegang.. tombol pintu
.kerusi..meja .. kaunter daftar...semua tmpt kami kene disinfact.. nanti kami dgn doktor2 skali kene kuarantin..


TIDAKKAH KAMU TAHU KESANNYA..TLG JGN SUKARKAN KEADAAN..

#covid19
#stayathome
#jgnsembunyiknsejarahperjalanananda
#jgnsembunyiknjikaadahubungandgnkontek
Kredit: shamfayyadhafayyadh al-fayadha

*perangai macam ni la yang buat sampai wujudnya 2nd wave covid19 kat Malaysia, terus terang min cakap memang takda hati perut! Macam orang takda pelajaran! Terang2 dah klinik2 kesihatan buat kaunter saringan yang hang masuk jugak tempat pesakit biasa buat apa??? 

Min ada anak kecik baby yang ada appoiment doktor pun jadi risau nak bawak anak ke klinik kalau macamni, mak ayah min yang kena ambik ubat kencing manis pun terdedah kalau mentaliti rakyat Malaysia macamni, adik min yang kerja doktor sampai kensel buat lokum di klinik2 sebab taknak terjumpa manisia2 macamni!!!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...