Sunday, November 29, 2020

MENTERI PN MENIPU RAKYAT KATA BANK RUGI RM1.06BIL SETIAP BULAN BILA BERI MORATORIUM


 NAMPAKNYA MENTERI PN KANTOI LAGI BILAMANA MENIPU RAKYAT MENGATAKAN BANK RUGI BILAMANA LAKUKAN MORATORIUM..

SEKARANG CUBA ANDA GOGGLEKAN PERKATAAN "BANK UNTUNG 2020" DAN LIHATLAH APA YANG MASUK DALAM SEARCH ENJIN GOOGLE TERSEBUT...

BANK BANYAK UNTUNG CUMA BERKURANG SHJ JADI DIMANA RUGINYA BANK BILA BERI MORATORIUM...

BENARLAH MENTERI INI DIKATAKAN SEBAGAI WAKIL BANK BUKANNYA WAKIL RAKYAT SEBAB BELIAU NAIK MELALUI LANTIKAN SENATOR SAHAJA...

GAME ATAS GAME.. ANWAR GAME MUHYIDDIN & TUNM..!


 GAME ATAS GAME.

Tulisan ini berdasarkan pemerhatian aku terhadap apa yang berlaku. Tiada sumber rasmi dari mana-mana parti mahupun individu.

Kepada pembenci DSAI tak digalakkan baca. Aku jamin 100% akan sakit hati.

GAME 1

Kenapa Najib bangkitkan isu duit KWSP? Tak lain tak bukan kerana Najib tahu kedudukan kewangan KWSP. Najib arif yang KWSP tak punya cukup tunai untuk diberikan kepada pencarum. Najib mahu ambil peluang di situ.

DS Anwar pada awalnya tidak bersetuju duit hari tua rakyat diusik. Tapi kemudian ubah pandangan apabila melihat ada keuntungan di situ.

Pertama, rakyat memang perlukan duit. Dan kedua, PN takkan mampu tunaikan. Ini akan buatkan rakyat marah kepada PN dan itu menguntungkan PH.

Saturday, November 28, 2020

MAMPUKAH PH BERKUASA SEMULA SEANDAINYA BELANJAWAN DITOLAK


 Penyokong PH ada yang nak marah sebab Belanjawan 2021 lulus? Biarkanlah. Apa boleh buat, mereka orang baik-baik didalam politik. Saya telah tulis akan sifat "orang baik-baik didalam politik". Soroti profil FB saya untuk bacaan lanjut.

.

Orang baik-baik didalam politik akan lihat ini kegagalan PH untuk menyahkan Kerajaan Khainat Muhyiddin Yassin.

.

Orang jahat seperti Ruzaihan Junit,  Mohd Sharif Mohd Mukhlis dan saya sendiri nampak jelas bagaimana Menteri Banker mengalih tiang gol saat akhir sewaktu penggulungan perbahasan peringkat pertama belanjawan 2021.

.

Nak tolak peringkat pertama belanjawan 2021 didalam keadaan Menteri Bankers secara tiba-tiba mengisytiharkan monotarium, bantuan itu, bantuan ini dan pelonggaran syarat pengeluaran akaun 1 KWSP?

.

Dulu berapa banyak kenyataan Menteri Bankers dahulu membayangkan Monotarium tidak akan dilanjutkan dan pengeluaran akaun 1 KWSP tidak akan didengar/diteliti atas alasan "nak jaga masa depan pencarum". Tak kan terlupa kot?

Friday, November 27, 2020

YANG MARAHKAN MP PH SOKONG BELANJAWAN TADI TU PENYOKONG PH ATAU ATOK?


 Di page-page pimpinan PH, penyokong marah kaw² sebab tak bantah Belanjawan 2021. Mereka tak puas hati.


Cerita dia macam neh. Siapa tengok perbahasan Belanjawan 2021 tadi?


Hari ini Zafrul telah membuat beberapa pindaan, penambahbaikan & tambahan peruntukan. Zafrul juga berkata bajet JASA akan dikurangkan & peruntukan khas #Covid19 bertambah. Naikkan elaun nelayan darat. Berikan pekebun getah Elaun Musim Tengkujuh bermula Dec 2020 & subsidi petani ditambahkan.


Oleh kerana Zafrul juga berubah tentang dasar KWSP & MORATORIUM yang baru diumumkan tadi, maka PH perlu masa untuk mengkaji samada unjuran Belanjawan 2021 relevan ke tak dengan pengumuman terbaru Zafrul; mengkaji samada angka² (peruntukan) yang disebutkan Zafrul tu sekadar angka atau boleh dilaksanakan atau tidak, pindaan dasar yang disebutkan tadi akan dilaksanakan (bila berbahas lanjut) atau sekadar percakapan retorik populis.

Saturday, November 21, 2020

Semalam TUNM mengarang salahkan ANWAR gagal ambil alih semula mandat rakyat, hari nie ada pula yang menjawab ia salah TUNM yang sebenarnya!


POLITIK | 


Terima kasih Tun M atas celoteh panjang di pagi Sabtu ini. Entah kenapa sejak kebelakangan ini Tun M begitu bersungguh memberikan gambaran bahawa Anwar adalah punca kenapa mandat rakyat tidak dapat diambil semula. 


Saya fikir fakta dan interpretasi terhadap fakta adalah berbeza. Manakala fakta kekal, interpretasi boleh berbeza. Maka, saya berbeza pandangan dengan Tun M. 


Kata Tun dalam Para 3-6 berkisar tentang peristiwa sebelum mesyuarat pada 21 Februari 2020 tentang bisikan Azmin dan Muhyiddin agar Tun M tidak tunduk kepada desakan peralihan kuasa. Umum sudah dapat mendengar kandungan mesyuarat pada malam itu yang tersebar kemudian. 

Perlukah PEJUANG SOSMED PKR & AMANAH serang menyerang sesama sendiri asalkan hati puas?


 Kembali seketika...

Dalam ketidakpuasan hati antara barisan para penyokong Amanah & Keadilan ini, perlu di nyatakan bahawa telah ada caitrooper yg menyamar melaga-lagakan kepanasan hati 2 pihak penyokong ini. Dan malangnya penulis hat di katakan senior pihak PH pun hancur luluh hati termakan hasutan.

Punca masalah ini ada 3:

1. Mahathir yg kecewa parti Keadilan tidak mahu mencalunkan dirinya buat kali ke 3 yg akhirnya ambil jalan bertentangan di mana dirinya adalah juga individu yg merancang mengeluarkan PPBM dari PH di tambah pengkhianat dr kem Azmin yg dapat sentuhan dari besannya Hishamuddin.

2. Salah andaian kunun nak selamatkan Anwar dr Najib, hat yg di katakan menyokong Anwar dan reformasi tapi tidak mahu dgn perompak & pengkhianat (umno baru & bn) & halatuju ini yg di pegang Amanah.

3. Hat masih lagi nak bawa Mahathir ke dalam PH, bukan musuh...bukan lawan pada harapan akan bersama.

(VIDEO) DIMANA SUARA PEJUANG MELAYU ISLAM BILA SYARIKAT MELAYU ISLAM BUMIPUTERA DIANIAYA OLEH MENTERI CINA MCA?


 Langsung tak kedengaran suara pejuang2 Melayu Islam bila orang Melayu Islam di aniaya oleh Cina MCA!

Cina Dap jugak yang bangkit mempertahankan kepentingan kontraktor2 Bumiputra yang di batalkan kontrak secara tidak berasas.

Orang Melayu Islam kena tengok video ni sampai habis dan fahami apa yang sedang berlaku sekarang.

Abah tak sedar ke apa menteri2 dalam kementeriannya sedang lakukan?? MCA ada 2 kerusi je kot.. takkan sampai mcm tu sekali dia boleh buli kita??

Opsss.. abah buat keja dalam senyap....

Inilah video pendedahan nya... 


Sumber Facebook 


Wednesday, November 18, 2020

JAWAPAN MANTAN SU KFA BERKAITAN ISU PENYELEWENGAN YANG DIBANGKITKAN DALAM SIDANG DUN KEDAH SEMALAM


 INI JAWAPAN MANTAN SU EKSEKUTIF KFA BERKAIT ISU YANG DIBANGKITKAN OLEH ADUN BUKIT LADA DI SIDANG DUN KEDAH KELMARIN. 


“Fitnah itu sedang tidur. Jangan kejutkan fitnah dari tidur..”


1. Kes Tabung CAS. Harus di fahami, masalah yang kita hadapi berhubung isu perpindahan Akhiyar Rashid ke JDT ialah telah melanggar kontrak. Kita telah menubuhkan tabung CAS untuk menanggung dana bagi tunjuan membayar kos guaman dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.


Kita mengharapkan sasaran jangkaan (expected) kutipan disekitar RM50K untuk membayar kos guaman melebihi RM100K. Malangnya jumlah kutipan yang berjaya di pungut di sekitar RM10K.


Kutipan tersebut di muat turun secara terus kedalam akaun KFA(Kedah Football Association) bukan kepada mana-mana individu atau pun lain-lain organisasi. Tidak timbul soal dana di salah gunakan oleh mana-mana pihak kerana penyumbang telah masukkan secara langsung  kedalam kantung(akuan) KFA.


i). Kes saman Akhiyar 

ii) Kes saman JDT


Merujuk kes (i). Kita telah menang kes  tuntutan pampasan ke atas Akhyar di Asian Arbitration Court yang akhirnya beliau terpaksa membayar RM330K.

KENAPA PNB YANG JAGA PELABURAN BUMIPUTERA JUAL ASET KEPADA BUKAN BUMIPUTERA?


Ingatkan bila PN yang kononnya kerajaan Melayu/Islam memerintah negara ini, keadaannya dalam menjaga aset negara tentulah jauh lebih baik berbanding BN atau PH sebelum ini.

Kalau dulu ketika PH memerintah, bila ada saja berita mengenai penjualan aset negara, riuh rendah mereka yang ketika itu menjadi pembangkang bersuara dan mengadu domba.

Tetapi, apa sudah jadi sekarang?

Kenapa PN pun menjual aset negara juga?

APA PUNYA IDEA TIMB MENTERI PN, ADA BOLEH DIA SURUH BNM CETAK DUIT BANYAK-BANYAK!!

Inflasi-Hiper : Kenapa ia berbahaya pada ekonomi.


Mula-mula saya ingat yang timbalan menteri senator Wan Ahmad Fayhsal yang kata Bank Negara sepatutnya kena cetak duit dan bagi terus pada rakyat adalah satu troll atau satira, rupa-rupanya ia adalah kenyataan dari beliau sendiri.


Saya sangat terkejut macam mana seorang timbalan menteri tidak faham tentang kesan ekonomi akibat dari Bank Pusat mencetak duit tanpa had di pasaran. Mungkin dia terlupa belajar bab ekonomi 101 di King's College waktu sambung belajar Sarjana dahulu.


Secara amnya Bank Negara akan kawal jumlah nota ringgit yang berada di pasaran untuk mengekalkan nilai ringgit tersebut. Bank Negara juga ada simpanan antarabangsa yang mana ia ada sangkut paut dengan rating credit, simpan tukaran wang asing tapi kita hendak cerita tentang Inflasi-Hiper akibat dari mencetak duit lebih dari permintaan.

Tuesday, November 17, 2020

EMIR RESEARCH - Sendiri buat research sendiri puji melambung..

Nampaknya macam dah terdesak PM kita nak tunjukkan kata beliau mendapat perhatian dan sokongan rakyat sampai sanggup suruh AJK PARTI sendiri keluarkan kajian puji dirinya mengatakan beliau masih mendapat sambutan dari rakyat. 

Sekarang mari kita lihat siapakah disebalik EMIR RESEARCH nie yang kuat sangat mengampu PM... 

HANGPA BACALAH KAT BAWAH NIE.. 

Monday, November 16, 2020

Jawapan ANWAR bilamana di tanya hubungan beliau dengan TUNM ketika ini..!


"Saya 2016, dia datang, saya oklah. Terus, lupakanlah, kita sambung, selamatkan negara, kerana rasakan sakit hati, tersingggung, tercuit ada sebagai manusia.

"Tapi kepentingan negara mengatasi. Tapi ulang, ulang, ulang konspirasi dan khianat tak bolehlah. Jadi saya sekarang tak apalah, biarlah, teruslah, jadi saya jalan ikut jalan sayalah," katanya dalam wawancara dengan Malaysia Gazette.

DSAI

Saturday, November 14, 2020

Menyanggah apa yang dikatakan TUNM bahawa ANWAR tak mampu jadi PM ketika krisis ekonomi!!

 
Benarkah DSAI tak mampu jd PM ketika krisis ekonomi? 🤔

NI "UBAT" DIA....
1. Kalau Anwar tak pandai EKONOMI dan KEWANGAN kenapa Euromoney Magazine mengiktiraf Anwar sebagai 4 Menteri Kewangan terbaik dunia pada tahun 1993?
2 .Kalau Anwar tak pandai EKONOMI dan KEWANGAN kenapa Asia Money Magazine mengiktiraf Anwar sebagai Menteri Kewangan terbaik di Asia pada tahun 1996?
3. Kalau Anwar Ibrahim tak pandai mengurus ' Ekonomi dan Kewangan ' Malaysia kenapa Anwar diiktiraf sebagai ' The Asian of the year ' oleh Asia Weeks Magazine pada tahun 1998?
4. Kalau Anwar tak pandai Ekonomi & Kewangan kenapa Anwar berjaya menjadikan Malaysia sebagai ' Harimau Asia ' bermula dari tahun 1993 hingga 1998 dari sudut ekonomi dikalangan negara - negara Asian?

Thursday, November 12, 2020

MB KEDAH aka SANUSI LANGGAR SOP?


 SANUSI LANGGAR SOP?

1. Status Sanusi di laman muka bukunya 7 jam yang lalu adalah dirujuk.

2. Status berkaitan kawasan bebas berniaga di mana-mana saja yang dirasakan sesuai dan tak menimbulkan kacau ganggu kepada orang lain.

3. Gambar-gambar yang dimuat-naik itu jelas menunjukkan Sanusi tak mematuhi SOP yang ditetapkan oleh MKN.

Wednesday, November 11, 2020

JASA DAN MEWA.. BAGAIMANA PH DULU KECILKAN SAIZ KAKITANGAN AWAM.. ?


Dulu Antara Fitnah PAS dan UMNO dalam group Whatsapp kalangan bani melayu.. Kerajaan PH akan buang Kakitangan Awam..Kecilkan size kakitangan Awam... Jadi Sekarang faham kan.. Sedangkan takda sorang Kakitangan awam Tetap yang dibuang..


Pi la hangpa tanya mana mana Guru, Askar , Polis dan Jururawat hat mana depa kakitangan tetap Kerajaan yang kena buang kerja zaman PH..Sorang pun takda... Tapi itulah fitnah PAS dan UMNO...Apa yang Kerajaan PH buat.. Iaitu Buang Agensi dan Institusi yang tak bawa Manfaat seperti JASA...


Dulu orang yang kena buang seperti Lookman Nor Adam, Pemimpin UMNO yang duduk dalam kementerian..Berjawatan Kontrak tapi dapat elaun lebih tinggi dari gaji Guru besar Sekolah... Hat ni memang patut dibuang..

Tuesday, November 10, 2020

GAJI ELAUN ADUN PAS KELANTAN...BILA USTAZ BERBOHONG..!!



Tak pasti tulisan ustaz atau YB mana dari Kelantan yang beredar di Whatsapp.. kononnya nak mempertahankan kenaikan elaun adun dan Exco di Kelantan... pandai dia bersilat fakta cuba mengelirukan atau berbohong..Kononnya Elaun Adun PAS sebelum 2015 hanya RM 4 ribu.. Lebih rendah dari pegawai Kerajaan..

Kenapa dia sebut sebelum tahun 2015 ?  Kenapa tak selepas 2015..Memang benar..Sebelum tahun 2015 tu tahun dimana MB nya adalah seorang Ulama yang zuhud iaitu Almarhum Tok guru Nik Aziz.. masa tu Husam masih Exco yg jaga Ekonomi.. masa zaman Tok guru Nik Aziz berpuluh tahun..memang Elaun adun tak lebih pun RM 4000.. Memang cukup rendah.. gaji cikgu hari ni lagi tinggi..

Tapi kita tahu tak..Selepas saja Tok Guru Nik Aziz Meninggal Dunia.. Bila Kelantan ditadbir kelompok Ruwaibidhah dan Ulama jahat.. Tok Guru Nik Aziz meninggal bulan febuari 2015..Bulan November depa dah naikkan elaun Adun dari RM 4600 kepada RM 8000.. Depa naik hampir sekali ganda... itu belum kenaikan Elaun MB dan Exco.. depa naik tu time tu tahun yang sama banjir besar melanda Kelantan.. kenaikan kali ini time wabak Melanda Negara..

Ucapan Perbahasan DS Anwar Ibrahim Belanjawan 2021


 

Sunday, November 8, 2020

Gempar - Rupa-rupanya PN ambil duit hasil dari menaikkan hutang negara..!!

Mohd Mukhlis Mohd Sharif

Tiada benda yang ajaib dengan ekonomi; duit itu mesti datang dari sumber yang sahih.

Akhirnya lepas berbulan bagi dana ikut perutusan TV baru kita tahu yang sumber dana yang mereka boros belanja dahulu rupanya dari kenaikan hutang negara.

Benda ini ini simple enonomics. Dulu Zafrul kata kita tak payah meminjam etc, semuanya masih kukuh. Zaman PH bila kita pinjam Bon Samurai dari Jepun, bukan main bising pewala kata PH tipu kewangan. Zaman PN, negara mana yang berani nak bagi pinjaman pada Yidin?

Lepas keluar laporan audit negara yang kata PH terpaksa bayar balik hutang yang Najib buat zaman BN dulu, semua mereka masuk gua.

Baik, bila PN kata siling hutang naik sementara dari 55% ke 60% itu bermakna PN sudah tiada cara lain lagi hendak tambah hutang. Kalau nak pinjam dengan negara luar, siapa yang kena Yidin? Yang ucap tahniah waktu jadi PM tebok atap tu pun hanya Singapore seorang itu pun sebab jiran sebelah.

Hebat Belanjawan PN.. JASA dapat RM85.5 juta Program Perubatan Kanak-kanak KKM dipotong RM81.3 juta..

 
Kerajaan Persekutuan perlu memberi penjelasan lanjut mengapa Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di bawah Kementerian Komunikasi dan Multi Media diberi peruntukan besar sebanyak RM85.5 juta.


Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berkata, beliau tidak nampak mengapa JASA memerlukan peruntukan sebegitu banyak.

“Saya juga tertanya-tanya mengenai peruntukan ini. Oleh itu, kerajaan dan kementerian terbabit perlu jelaskan,” katanya.

Namun, sekiranya ia untuk kegunaan luar bandar seperti Jabatan Penerangan, tidak mengapa,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil turut mempertikaikan peruntukan yang diperoleh JASA.

”JASA dapat RM85.5 juta Program Pediatrik (perubatan kanak-kanak) KKM dipotong RM81.3 juta.

”JASA dapat RM85.5 juta. Frontliners KKM (sahaja) dapat one-off RM500, berjumlah RM50 juta,” ujarnya. – MalaysiaGazette

ZAMAN PH MACAM-MACAM BELANJAWAN UNTUK ISLAM DI BERI TAPI MAI PN SEMUA DISATUKAN..!!

 


ZAMAN PH MASA BENTANG BELANJAWAN 2020 MACAM² PERUNTUKAN DI BERI UNTUK ISLAM...
NIE ANTARA YG PH BAGI.. DAN HGPA BANDINGKANLAH DENGAN PN BAGI SEBANYAK RM1.4BILION UNTUK JAB AGAMA ISLAM PADA BELANJAWAN 2021 NIE..
-Kerajaan akan memperuntukkan RM10 juta kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
-Bantuan khas secara one-off sebanyak RM500 kepada setiap Imam, Bilal (Muazzin), Tok Siak/Noja/Merbot (penjaga masjid) dan Guru Takmir.
-Elaun ditingkatkan Guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) kepada RM100 sebulan untuk 33,200 guru KAFA.
-Peruntukan bagi hal ehwal Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri ditingkatkan kepada RM1.3 bilion.
- Sekolah agama bantuan kerajaan RM50 JUTA
- Intitusi TAHFIZ sebanyak RM50 JUTA
- Sekolah pondok sebanyak RM25 JUTA
- Sekolah Agama Rakyat sebanyak RM25 JUTA
Tuuuu pon jangan dok pertahankan situlah kata depa lah pejuang AGAMA & BANGSA...
 

Saturday, November 7, 2020

Belanjawan PN nampak gah tapi hakikatnya hamPAS sahaja..ini buktinya..!!!

 

 

Belanjawan 2020:

RM 297 billion
Belanjawan 2021:
RM 323 billion
Kenaikan antara 2020 & 2021:
RM 26 billion
Nampak gah. Tapi ada beberapa fakta yang sangat disturbing.
Of course kita tahu kenaikan mendadak ni sebab Covid.
Tapi berapa peruntukan untuk Covid?
Peruntukan langsung:
4 billion
Peruntukan tak langsung:
13 billion
Maknanya, kalau kita tolak peruntukan Covid, kenaikan antara 2020 & 2021 bukan lagi RM 26 billion, tapi RM 9 billion.
Walaupun ada kenaikan RM 9 billion berbanding tahun lepas, ada beberapa peruntukan penting telah dikurangkan.
Antaranya,
1) Peruntukan bekalan perubatan - turun RM 2.91 billion
2) Peruntukan bekalan kesihatan awam - turun RM 662 juta
3) Peruntukan bekalan farmasi - turun RM 2.76 juta
4) Peruntukan R&D bidang kesihatan - turun RM 15.1 juta
5) Tajaan pendidikan - turun RM 11.26 juta
6) Bantuan awal persekolahan - turun RM 30 juta
Dalam masa yang sama, macam yang korang tahu tengah viral ni, kerajaan tubuhkan semula badan propaganda JASA.
Berapa peruntukan untuk JASA? RM 85 juta.
Sekarang, kita tengok pula golongan yang dinafikan hak dalam belanjawan 2021 ni.

Friday, November 6, 2020

NAK CARI DUIT UNTUK NEGERI HANGPA TAK PANDAI, NAK PENAIK GAJI UNTUK HANGPA PANDAI..!!!!

 Di bawah ini di senaraikan pelaburan asing yang masuk kepada setiap negeri di Malaysia pada 2019.. dan disini bolehlah kita lihat 3 negeri terbaik diatas adalah dibawah pemerintahan Kerajaan PH.. 

 Image may contain: text that says 'Jumlah pelaburan langsung asing (FDI) dalam sektor pembuatan bagi setiap negeri (2019) Pulau Pinang RM 15 bilion Selangor RM 10.4 bilion Kedah RM 8.086 bilion Johor RM 6.538 bilion Sabah RM 4.853 bilion RM 3.938 bilion RM 1.745 bilion RM 1.624 bilion RM 1.306 bilion RM 269.9 juta RM 53.3 juta RM 50 juta RM 6.4 juta RM 4.7 juta Pahang Sarawak Perak Negeri Sembilan Melaka Perlis Terengganu Kelantan W.P. Kuala Lumpur'

dari situ pula cuba anda semua lihat 3 negeri dibawah dimana ia ada negeri KELANTAN & TERENGGANU.. 

Dari sini apa yang dapat anda katakan dan fikirkan...

TAN SRI MUHYIDIN YASIN MESTI DIKEKALKAN SEBULAT SUARA KERANA ‘JASA’ BELIAU YANG TERBAIK INI..

 

Oleh : Armin Baniaz Pahamin
1. Dalam sejarah Malaysia, hanya kerajaan Perikatan Nasional yang duduk meraut ranjau, tegak meninjau jarak. Semenjak Tan Sri Muhyiddin Yasin menjawat jawatan Perdana Menteri (PM-8), beliau tidak pernah kelihatan berehat, sentiasa bekerja keras di padang golf mengambil risiko jangkitan Covid-19 untuk berbincang, merancang dan mengatur strategi demi kesejahteraan rakyat.
2. Beliau berhempas pulas sehingga sanggup mengambil alih dan menggalas tanggungjawab menyelesaikan masalah terbesar negara sebagai Perdana Menteri sehingga sanggup memanipulasi sokongan majoriti yang dipersembahkan kehadapan KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong.
3. PM-8 telah berjaya meningkatkan integriti kerajaan yang dipimpinnya dan memastikan kebebasan kehakiman sehingga Dato’ Sri Najib Razak didapati bersalah dalam mahkamah untuk semua tujuh pertuduhan. Akibatnya, Dato Sri Najib dihukum dengan kehidupan selesa di kediamannya, terus bebas bersuara dan bebas untuk kemana-mana. Beliau juga diberi kemewahan perlindungan polis (police escort) untuk berkempen di PRK Slim dan PRN Sabah. Tidak ada rekod yang seorang penjenayah pernah menderita disiksa sebegitu rupa.
4. PM-8 tidak gentar bersemuka dengan ahli-ahli parlimen dalam sesi Dewan Rakyat yang lepas khususnya pada Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga yang ditunda selama 2 bulan. Beliau tidak takut berbahas dalam persidangan Dewan Rakyat bulan Jun itu namun semua ahli parlimen dipaksa membisu tidak boleh berkata-kata. Barangkali terlampau teruja dengan kebijaksanaan PM-8. Hanya KDYMM SPB Yang Di-Pertuan Agong yang bersuara bertitah.

UNTUK PIMPINAN DIATAS GAJI DINAIKKAN, UNTUK RAKYAT DIBAWAH APA PUN TAK ADA..!!??

 

PANAS!! NAMPAKNYA KERAJAAN PAS KELANTAN MEMBUAT SATU LAGI KEPUTUSAN KONTROVERSI DIMANA MEREKA MEMBUAT PENGUMUMAN TERBARU DIMANA MEMAKLUMKAN BAHAWA EXCO DAN ADUN KELANTAN BAKAN NAIK GAJI...

PENGUMAMAN INI MENJADI PERSOALAN KEPADA RAKYAT DIKALA MB TELAH MEMBERITAHU AKAN MEMBENTANGKAN BELANJAWAN DEFISIT 2021 BARU-BARU INI DALAM SIDANG DUN..

MEMANG TERBAIKLAH PIMPINAN PAS KELANTAN .. DIKALA RAKYAT SEMAKIN HARI DIHIMPIT KESUSAHAN DALAM SUASANA MENGHADAPI PENDAMIC COVID 19 NIE MEREKA MASIH MENGUMUMKAN BERBELANJA MEWAH SESAMA ADUN MEREKA....

Sunday, November 1, 2020

PENENTANG TULISAN JAWI DAPAT GELARAN DATUK BAWAH KERAJAAN PN..!!


 
Ketua Pemuda MCA yg bantah tulisan Jawi dimasukkan dlm silibus sekolah diberi anugerah Datuk.
Maksudnya perjuangannya menentang tulisan Jawi ini diiktiraf kerajaan hari ini.

Taliwork Langkawi diambil alih oleh SADA selepas tamat kontrak..


 Konsesi air Taliwork Langkawi tu sejak zaman arwah Ust Azizan lagi dah suruh terminate tapi sebab terikat dengan kontrak tak dak upaya la.. kebetulan memang dah kontrak tu tamat 31 Oktober 2020, jadi boleh la SADA ambik alih tanpa bimbang nak kena saman bagai..

Jangan kelirukan dewan yang berhormat..

sumber - klik

 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...