Tuesday, December 1, 2020

MP PAS BAGAI TIKUS JATUH KE BERAS, TERGADAI SUARA YANG DULUNYA LANTANG ATAS NAMA MELAYU ISLAM


Apabila YB Anthony Loke bertanya di dalam Parlimen, "...mana suara pejuang2 Melayu...?" MP Pas diam seribu bahasa. Bagaikan tikus jatuh ke beras. Senyap tanpa suara. Dahulu  kononnya dialah satu2nya pejuang Melayu. Isu Adib, isu sekolah vernakular, isu RUU 355 dijulang untuk membakar semangat Melayu. Semangat ketuanan Melayu dicanang tak cukup tanah.


YB Anthony Loke telah membangkitkan dalam Parlimen bahawa YB Menteri MOT Wee Ka Siong telah membatalkan kontrak Syarikat Bumiputera LTAT untuk diberi kontrak pada syarikat China. 


Mengikut rekod, pada tahun 2017 kerajaan BN telah memberikan direct nego contract kepada DM LTAT Sdn Bhd pada harga RM5B.


Apabila kerajaan PH telah mengambilalih kerajaan pada tahun 2018, mereka telah berjaya mengurangkan kontrak ke RM4B atas tujuan penjimatan kerajaan.


Apabila kerajaan pintu belakang PN merampas kuasa pada awal tahun 2020, YB Menteri MOT telah membuat tekanan ke atas  DM LTAT supaya memberikan subcon contract pada syarikat China. Sudah tentu DM LTAT tidak bersetuju dan telah menolak tuntutan tersebut kerana terdapat 266 syarikat bumiputera yang bernaung dibawah mereka. 


Akibatnya, MOT telah membatalkan kontrak DM LTAT dan telah buat tender baru. Mereka meletakkan kesalahan di atas tengkuk kerajaan PH pula. Kononnya buat direct nego yang dibuat adalah bersalahan dengan kehendak kerajaan. Padahal mereka pun tahu kelulusan direct nego adalah dari tahun 2017 di zaman kerajaan BN lagi semasa Dato Seri Tiong Lai menjadi Menteri MOT.


Pembatalan ini akan akibatkan 8,000 orang hilang pekerjaan dan 266 syarikat yang kebanyakannya berstatus Bumiputera telah hilang pendapatannya. 


Apa yang menghairankan, apabila isu ini dibangkitkan oleh seorang MP China dari DAP dan telah dicelah oleh YB Presiden AMANAH, tidak kedengaran langsung bunyi suara pejuang Melayu Islam khususnya MP Pas.


Dah takdir duduk dalam geduk beras TOK ABAH, izinkan ambo berpantun. "Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati."


Hj Rushdan Mustafa

Naib Pengerusi AMANAH Kelantan

Ketua AMANAH Kws Pasir Mas

23 November 2020

5 comments:

  1. Untuk depa yang senyap ni aku ubah sikit pantun tu gendang gendut tali kecapi kenyang perut semua da macam babi.yang senyap tu semua betul punya haram jadah.

    ReplyDelete
  2. Sah pas penunggang agama yg gadai agsma demi kuasa dn jwatan mnteri

    ReplyDelete
  3. Buka la minda. Fikir jauh sikit wahai Melayu. Demi anak & cucu. Habis gadai hak2 meraka oleh yg fasik ini. Laksana keAdilan. Walau pahit kadang2 hendak di telan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata seorang pemimpin Pemuda PAS (Bila tikus bersuara)

      Memberikan reaksi segera kepada perkembangan mengejutkan di DUN Perak tengah hari ini, Ahmad Fadhli Shaari berkata kerajaan Perak sekali lagi bertukar teraju.

      Ahli Parlimen Pasir Mas itu kemudian mengucapkan 'tahniah' kepada DAP Perak dan parti lain yang membolehkan Ahmad Faizal Azumu diketepikan daripada jawatan menteri besar.

      #bakal memteri kabinet TSM nanti. �� bila buka mulut ratib DAP.

      Delete
  4. Aku bukan nak bela DAP tapi bukan ker umnoo yg bawa usul "percaya" terhadap MB kaki b*t*l. Yg lebih syok tengok ialah bila yg kemukakan usul wakil pengkalan baru apa ker namanya? Manap? Kemudian disokong oleh sorang lagi wakil umnoo, spekar mmg umnoo jadi dia terima usul tu. Bila undi dua2 yg bawa Dan sokong usul tu, mengundi Tak setuju dgn usul tu. Apa ker bangangnya tu?
    Alih-alih DAP jugak yg Salah. Apa dema ni udah bingai ker apa? Mentaliti rendah nak berpolitik. Makan nasi ker atau makan TAHIK Kat umah?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...