Thursday, May 20, 2021

AYUH SELANGOR, BIARKAN MEREKA NAK MANIPULASI DAN SPIN APA YANG DIKATAKAN.. BUKTIKAN ANDA MAMPU LAWAN COVID19




 SELANGOR WAJAR MEMANDU MALAYSIA


Petang tadi 19 Mei 2021, Selangor Task Force COVID- 19 (STFC) mengadakan sidang media yang menjadi polemik akibat salah lapor dan salah petik dalam pemberitaan.


Ada media melaporkan dengan tajuk menampakkan negatif hinggakan golongan pembaca tajuk dengan laju melebihi lajunya peluru Israel mengebom Palestin telah menyerang Kerajaan Selangor.


Kecoh di media sosial kononnya STFC kata Selangor tak mahu total lockdown seperti yang mahu dicadangkan oleh Menteri Kesihatan. Sedangkan kes harian kekal tertinggi di negeri Selangor.


Apa yang sebenarnya disebutkan oleh STFC selari dengan apa yang disebut oleh MB Selangor iaitu Selangor akan patuh arahan kerajaan pusat untuk laksana total lockdown di Selangor.


Selangor perlu patuh arahan Kerajaan Pusat selari dengan Akta Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau disebut Akta 342. Ini kerana Akta 342 adalah di bawah kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan semua negeri dalam Malaysia adalah tertakluk di bawahnya. Tambahan pula sekarang seluruh negara dalam keadaan DARURAT.


Dalam sidang media STFC oleh Dr Dzulkefly dan Dr Mariah, apa yang disebutkan adalah jelas iaitu Selangor mahu pendekatan yang lebih efektif jika total lockdown mahu dilaksanakan.


Kerajaan persekutuan tidak boleh jadikan total lockdown sebagai jalan pintas ke atas kegagalan menguruskan pendemik ini. 


Kerajaan Selangor mahu Kerajaan Pusat memberi jaminan untuk memastikan keseimbangan antara kesihatan dan ekonomi rakyat (life and livelihood balances) berlangsung sebaiknya walaupun total lockdown.


Ini kerana model PKP yang diperkenalkan oleh Kerajaan Pusat malah DARURAT yang dimasyhurkan Kerajaan Pusat terbukti gagal. Malah menimbulkan kesan sampingan lain khususnya ekonomi rakyat.


STFC kemudiannya mencadangkan 4 perkara jika total lockdown mahu dilaksanakan di Selangor iaitu 


i - lakukan saringan secara besar-besaran


ii - Percepatkan proses vaksin kepada lebih ramai rakyat


iii - Percepatkan proses pengesanan dan isolasi


iv - Lindungi ekonomi golongan peniaga kecil dan rakyat terbanyak yang bakal terjejas


Sebenarnya dalam 4 cadangan yang disebutkan, ada antaranya telah dilakukan oleh Selangor iaitu cadangan (i). 


Selangor melakukan saringan awam besar-besaran justeru angka positif yang dikesan meningkat. Tindakan ini dibuat untuk tujuan di cadangan (iii) iaitu untuk percepatkan proses pengesanan dan isolasi.


Walau pun begitu, jika angka meningkat mendadak sehingga perlukan total lockdown, Selangor boleh mohon agar ianya dilaksanakan di Selangor.


Kemudian cadangan (iv) boleh dilaksanakan oleh Selangor untuk rakyat Selangor. Kita percaya dengan rizab kewangan Selangor, bantuan sara hidup kepada rakyat Selangor boleh diurus dengan baik oleh Kerajaan Negeri. Tidak perlu bergantung kepada Pusat walau pun ianya juga tanggungjawab Pusat.


Selain itu, cadangan (ii) perlu diberi perhatian oleh Pusat. Percepatkan vaksin kepada Selangor. Jika perlu Selangor peroleh sendiri, Pusat wajar izinkan.


Selangor boleh memandu Malaysia melawan pandemik.


Selangor Melawan Covid19 bukan Darurat Melawan Covid19.


Sekarang STFC hanya beri cadangan tetapi Pusat dengan ego mereka tidak akan ikut.


Buktikan strategi Selangor ini mampu barulah seluruh negara percaya inilah strategi yang berkesan untuk jaga negara.


Sekarang juga majoriti sudah tidak percaya Pusat melawan covid tetapi tiada contoh untuk mereka lihat alternatifnya.


Buktikan Selangor.


Zulhazmi Syariff

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...