Monday, July 5, 2021

Kerajaan PN lawan covid19 tanpa merawat puncanya..!


 Sekali lagi aku nak sebut, kita lawan Pandemik Covid19 tanpa merawat puncanya! 

Ibarat Demam Kepialu, kita cuma bagi ubat demam (merawat symptoms) tapi kita tak bagi antibiotic (merawat kepialu).  

KP-KKM, MB Selangor sebut (secara berasingan), 80% kes positif berpunca dari 'Tempat Kerja'. Tempat kerja itu adalah kilang-kilang dan tapak binaan. 

TAPI, apa yg Kerajaan buat untuk Kilang-kilang dan Tapak Binaan? 

Kilang2 ini ramai anak2 muda dan belia2 tempatan. Mereka ini nadi keluarga masing2. Tidak dinafikan ramai juga warga asing sbg pekerja kilang2. 

Tapak Binaan di Selangor & Wilayah Persekutuan ini majoritinya pembinaan apartment, condominium, atau kawasan perumahan yg baru. Majority nya adalah warga asing. Siapa pemilik projek2 ini kalau bukan Syarikat2 Hartanah yg SuperKaya?  

Syarikat2 Kilang2 dan Syarikat2 Hartanah ini SuperKaya. Mereka MAMPU membeli VAKSIN untuk pekerja2 mereka. 

Sepatutnya, Kerajaan wajib mewajibkan Syarikat2 Kilang & Hartanah ini memvaksinkan semua pekerja2 mereka. 

TAK PERLU, mungkin TIDAK WAJAR untuk Kerajaan menanggung kos 100% memvaksinkan pekerja2 Kilang dan syarikat hartanah. 

Mereka boleh beli segera vaksin2 yg mcm mcm jenama yg diluluskan/diiktiraf oleh WHO. 

BILA WHO dah lulus, dah iktiraf, TAK PERLULAH KKM/Malaysia yg buat kajian sebelum lulus/iktiraf vaksin2 tersebut. Pakai sajalah 'sijil kelulusan' WHO. 

Itu bab vaksin. 

Bagaimana Ujian Saringan Besar2an @ Mass Testing KHUSUS untuk pekerja2 kilang dan tapak binaan? 

Khusus untuk pekerja2 Kilang ini bukan bermaksud HANYA pekerja2 Kilang, tetapi bermaksud juga kontak rapatnya serta kediaman mereka. 

Berpuluh2 ribu pekerja2 dari kilang2 dan tapak2 binaan ditempatkan di apartment, atau rumah2 kawasan/taman perumahan. Apartments dan kawasan/taman2 perumahan ini wajib dilakukan Mass Testing, Kuarantin, dan Vaksin. 

Ini kaedah merawat punca. 

TAPI Kerajaan tidak merawat punca. 

Program Vaksin, kita ikut fasa2 mcm British, Fasa 1 Frontliner, Fasa 2 Komorbiditi dan Warga Emas. 

Kenapa British buat fasa2 begitu? Kita tidak tahu, mungkin itu sesuai untuk Negara Maju seperti mereka.

Kita Negara Membangun yg Ekonomi banyak bergantung kpd industri2 yg dijalankan oleh anak2 muda dan belia, @ golongan produktif. Manakala waktu bekerja/tempoh bekerja kita di Malaysia jauh berbeza dgn waktu bekerja/tempoh bekerja di England. 

Bank2 kita, kerja 8 pagi sampai 8 mlm contohnya. Itu bank, kilang2 pun sama, juga tapak2 binaan. 

JADI, Program Vaksin Fasa 2; Komorboditi dan Warga Emas ini tidak kena, tidak tepat, tidak menepati sasaran. 

Bukan bermaksud tidak wajar bagi vaksin kpd warga emas dan komorbiditi. Yg dimaksudkan, AMAT TIDAK WAJAR Program Vaksin Fasa 3 kpd semua Rakyat, TIDAK BOLEH dimulakan hingga Fasa 2 ini tamat. Ini tidak betul, tidak tepat. 

Fasa2 & Fasa3 ini WAJIB berjalan serentak, bahkan jika ikut keutamaan, golongan produktif yg bergerak ke sana ke sini ini lebih wajar diberi keutamaan, berbanding warga emas dan komorbiditi ini yg majority duduk di rumah. 

Apabila kita merawat symptoms, bukan merawat punca penyakit, mcm mana kita nak baik??? 

Penatlah.....! 

Yg jadi mangsa......segala pekerjaan/perniagaan ditutup, yg AMAT MEMBERI IMPAK kpd Duit Poket/Mata Pencarian Rakyat. Punca berlakunya bunuh diri. (hingga kini , sejak Jan 2019, dah 18xx dah bunuh diri). 

MKN terus guna cara/strategi yg sama, semakin ramai yg mati akibat Covid19 dan bunuh diri!

Dr Zaidi Zakaria


1 comment:

  1. Semua pakar virology amat bimbang akan varian Delta yang mampu mendatankan kesan yang begitu parah seperti di India dan INdonesia sekarang. British menunjukan peningkatan lebih 25000 kes sehari walaupun ramai rakyatnya sudah divaksin dan adakah British juga gagal?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...