Monday, July 5, 2021

YANG DI KEPUNG IALAH KILANG, PARA PEKERJA DAH BALIK RUMAH DEPA MASING² DAH..!


 PKPD kawasan perindustrian ini sesuatu yg baru, saya harap pihak kerajaan boleh jelaskan tindakan yg diambil untuk membendung kes penularan yg tinggi.

PKPD kawasan perindustrian bakar arang hanya ada sebuah taman perumahan iaitu Taman Cahaya PKNK yang hanya ada 99 rumah dan satu kampung sireh 42buah rumah. Selainnya ialah kilang-kilang besar, jumlah pekerja melebihi puluh ribu orang.

Tujuan PKPD adalah untuk membendung jangkitan covid drpd menular keluar drpd kawasan tersebut. Saya setuju untuk tutup kilang sebagai salah satu langkah utk bendung penularan. Akan tetapi, kerajaan perlu ada strategi lain juga supaya berkesan dlm selesai kes yg tinggi ini.
Puluhan ribu pekerja ini bukan tinggal di dalam kilang, dalam kawasan pkpd itu hanya kilang yg kosong. Pekerja-pekerja semua tinggal di rumah dan asrama masing-masing. Saya menyarankan kerajaan perlu melakukan ujian saringan covid besar-besaran terhadap semua pekerja kilang dan komuniti yg ada banyak kes. Kuarantin yg ketat terhadap yg kes positif dan kontak rapat. Hanya langkah ini dilakukan baru berguna buat PKPD.

Simon Ooi Tze Min
ADUN Bakar Arang
5/7/2021

Majlis Keselamatan Negara Negeri Kedah KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA Majlis Keselamatan Negara Jabatan Kesihatan Negeri Kedah - #maipakatsihat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...