Wednesday, August 4, 2021

INDONESIA LAKUKAN SEMI LOCKDOWN DAN BERJAYA, MALAYSIA SIAP DARURAT TAPI GAGAL..!!

SEMI LOCKDOWN DI INDONESIA YANG BERJAYA TURUNKAN KES COVID-19..

1- Sebenarnya sejak awal,aku ikuti wawancara dan perbahasan di Indonesia, Biarpun ramai dari Pakar kesihatan menasihat laksanakan full Lockdown dari lonjakan kes Varian Delta, Pak Jokowi antara yang berdegil.. Dia kekal dengan pandangan, Ekonomi, dan hak rakyat bawahan harus dipertahankan..

2- Akhirnya Indonesia buat Semi Lockdown..Tidak juga menutup seluruh Ekonominya hatta menutup terus pintu Masjid seperti Malaysia.. Namun itu lah kebijaksanaan seorang Pemerintah, Tidak termakan dengan nasihat Pakar kesihatan hatta kelompok Menengah di kota Jakarta.. Aku sendiri sejak awal tidak termakan dengan desakan Full Lockdown..

3- Masyarakat di Indonesia lebih degil dari rakyat Malaysia.. Tetapi mereka bersatu.. Rakyat Indonesia hampir 10 kali ganda Malaysia iaitu melebihi 270 juta.. Penduduk Jakarta jauh lebih padat.. Jakarta saja ada lebih 10 Juta penduduk, 1/3 dari rakyat Negara kita..

4- Benar ! Minggu pertama mereka laksanakan semi Lockdown, Kes Melonjak, dari 17 Ribu kes Sehari melonjak kepada 50 Ribu kes sehari..dan di Kota Jakarta gambaran bandar KL kita hari ini kes menurun sebanyak 83%, Dan keseluruhan kepulauan jawa turun melebihi 50%.. di Malaysia ? 3 Bulan Lockdown PKP..Makin teruk..

5- Lihat Graf untuk bulan Julai, Lonjakan berlaku awal Julai di Indonesia..Indonesia sebelum umum Semi Lockdown, dia dah bersedia dengan saringan besar besaran, Mereka menganggap semua penduduk Jakarta telah dijangkiti Coivd-19, kalau ikutkan,sistem kesihatan mereka lebih teruk dari Malaysia, Bezanya mereka ada pemimpin yang berani keluar dari kebergantungan nasihat Pakar kesihatan dan WHO demi Rakyat..

6- Pak Jokowi lebih melihat realiti sosio Ekonomi Masyarakat.. Mereka sedar kalau ekonomi ditutup ramai yang tak makan, Bukan seperti Mahaiddin, dia rasakan Bantuan berlebihan sambil menghina orang hilang Pendapatan kononnya bantuan beras penuh didapur.. Mahaiddin tak pernah fikir nasib peniaga SME,PKS hatta nasib Pekerja dengan menutup Ekonomi..

7- Itulah Bezanya Pemimpin yg dilahirkan untuk gagal seperti maahiddin dan pemimpin yg ada kebijaksanaan seperti  Pak Jokowi.. Mahaiddin bukan saja Gagal..Lebih teruk dia membunuh Ekonomi dan Masa depan rakyat.. Lebih teruk ramai yang hilang Kerja.. terpaksa tutup perniagaan.. Inilah Bahana pemimpin yan datang dari kelompok Ruwaibidhah..!

Ipohmali

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...