Saturday, September 25, 2021

JUDI, KERETA TERBANG , E-WALLET DAN TABUNG HAJI ANTARA KEJAYAAN PH YANG DIKALAHKAN DGN PERSEPSI JAHAT PAS DAN UMNO..


1- Mungkin ramai yang tak perasan.. Selain dari kisah Tabung Haji dan Judi..Hari ini dilaporkan dari portal Tech di Malaysia Amanz dengan tajuk, Syarikat ‘Kereta Terbang Malaysia’ Kini Ialah Syarikat Perkhidmatan Dron Nombor Satu Dunia iaitu syarikat Aerodyne Group yg dikaitkan dengan projek "Kereta terbang".. 

2- Syarikat yang sama kini telah dinobatkan sebagai syarikat perkhidmatan dron (Drone as a Service) nombor satu dunia dalam senarai yang diterbitkan oleh Drone Industry Insights mengalahkan dan memintas Syarikat Jepun..

3-Aku masih ingat.. Tun Mahathir masa itu pernah cuba melawan persepsi jahat PAS dan UMNO dalam laporan Awani, kata Tun Mahathir, " Betulkan persepsi, itu dron bukan kereta terbang.." Ya.. Memang benar kata Tun, hari ini Malaysia berjaya jadi peneraju industri Drone.. 

4- Disebabkan kelemahan Menteri memahami projek yg dilaksanakan dengan menyebut istilah " kereta Terbang".. dari Kejahatan PAS dan UMNO..Ia menyebabkan ia nya menjadi ejekan..dan mainan Politik PAS dan UMNO..  

5- Begitu juga ejekan mereka tentang dasar galakan transaksi tanpa tunai iaitu E-Wallet..Konsep Nir Tunai.. hatta sampai hari ini mereka mengejek E wallet RM 30 sedangkan itu bukan wang bantuan.. Akhirnya dasar kerajaan PH ini sekali lagi mendepani masa.. bukan soal RM 30 tu..tetapi bukan kah hari ini banyak Syarikat kecil hatta milik peniaga roti canai..Peniaga ayam..Peniaga runcit milik ahli PAS dan UMNO sendiri dapat manfaat dari penggunaan transaksi menggunakan E-wallet ?

6- Masih Ingat apa kempen PAS dan UMNO..Hatta ketua Pemuda UMNO si Asyraf Dusuki dulu tentang E-wallet.. sampaikan Ustaz, Tok Imam sebarkan yang E-wallet ini agenda Komunis, Kafir hatta mengatakan Lim Guan Eng mahu membunuh Peniaga kecil Melayu.. Inilah kempen jahat geng Baju Hijau PP1M..geng BMF dulu hatta geng Mufti Utara membodohkan Ummat Islam.. 

7- Selain Kereta Terbang dan E-wallet.. Isu Tabung Haji lah yang kerap dimainakan PAS... Hari ini terbuktipun.. Laporan Ketua Audit Negara mengesahkan Tabung Haji berjaya diselamatkan oleh PH dan berjaya mengstruktur kembali semua aset dan kewangan Tabung Haji.. 

8- Dan terakhir Judi.. Ya.. Ianya sukar dinafikan..Sehinggakan baru baru ini Nik Abduh dalam tulisan terpaksa mengakui, Antara kejayaan Kerajaan PH berjaya Mengurangkan cabutan Judi dan Loteri dari zaman BN dari 22 cabutan kepada 8, Dan dinaikan semula oleh Kerajaan 95% Kerajaan bani Melayu Islam PAS dan UMNO kepada 22 cabutan.. lebih teruk berlaku zaman Ekonomi ditutup..diwatu wabak melanda negara.. 

9- Kerajaan PH telah membuktikan..hanya dalam tempoh 22 Bulan..Semua kejayaaan ini dicapai.. Andai PH masih memerintah Negara.. Sudah pasti kita antara negara terbaik bangkit diwaktu pandemik menjadi kuasa baru Ekonomi... :) 

Ipohmali



1 comment:

  1. Point lain ok. Point no 7 tu lawaklah. Ada benda nak sorokpun pasti terdedah. Audit KAN boleh diakses sebab bukan rahsia. Nak tanya, hutang 27 bilion nak bayar pakai apa? Berapa pendapatan TH untuk bayar hutang tersebut dan adakah hutang itu dijamin? Nak temberangpun agak-agak la. Laporan audit KAN boleh diperolehi oleh golongan marhein, bukan golongan kayangan je.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...