Monday, January 3, 2022

TAHUN 2022 : BENCANA PALING BESAR.. KEKALNYA KERAJAAN KORUP..


 TAHUN 2022 : MASUK FASA AWAL 40'AN.. BENCANA PALING BESAR.. KEKALNYA KERAJAAN KORUP..

Tahun 2022, Aku dah masuk fasa awal 40'an..Dulu aku pernah kata, Sebelum umur aku 40.. Aku nak tengok perubahan dalam Negara Malaysia ni.. Alhamdulillah, Pada 2018..Sebelum capai umur 38.. Regim UMNO dan BN berjaya ditumbangkan.. 

Harapan aku satu.. Nak tengok satu perubahan dan Islah dalam Negara ini.. Paling penting satu kepimpinan yang baik bebas dari Rasuah.. Tak kisah siapa pun yang memerintah dan Siapa pun PM.. Prubahan penting bukan sebab aku..Tetapi generasi anak hatta cucu kita esok..

Sebelum PRU 14 aku tak pernah jangka Pakatan Harapan akan menang di Putrajaya.. Tapi itu yang Berlaku.. Dan tidak juga pernah jangkakan akan tumbang tidak sampai 2 Tahun.. Malangnya, Kerajaan PH tumbang atas kejahatan sentimen Kaum Dan Agama dan digerakan kelompok Ashabiyah.. Lebih malang Ulama Jahat juga memainkan peranan..

Lebih malang ianya disokong dari kalangan Kayangan dan Bangsawan UMNO.. Sehinggala Alim Ulama'.. Alasan mereka satu, Kerajaan mesti Melayu Islam biarpun Korup dan hancur binasa Negara ini..

Bencana paling besar menimpa Rakyat Malaysia, Bukan Gempa bumi..Bukan ribut taufan..Bukan Wabak Covid-19..Bukan Banjir besar.. Bencana Paling Besar melanda Negara kita Malaysia.. kekalnya Kerajaan yang Khianat, Korup atas Nama Melayu dan Islam..  

Melihatkan Perubahan dan kemajuan di Indonesia dibawah Jokowi.. Buat aku tertanya..Kenapalah Orang Melayu di Malaysia begitu teruk lebih sanggup mengekalkan Kerajaan yang terbukti lemah dan Korup.. yang Akhirnya Menghancurkan Negara.. Bukan hanya Ekonomi Negara tenat dirompak.. hatta Hasil mahsul Bumi seperti Pasir dan balak.. 

Sekarang kita sudah jauh tertinggal dengan Indonesia.. Aku akan kenang atas Kejahatan Ulama yang menyokong Pengkhianatan dan Kehancuran negara..Berapa lama lagi harus kita tunggu sebelum Negara ini hancur hanya kerana sebab melayu dan Islam ? Maka benarlah kata Nabi SAW.. 

إِذَا ضُيِّعَتِ الأَمَانَةُ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ " , قَالَ : كَيْفَ إِضَاعَتُهَا يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : " 
“Apabila diabaikan amanah maka tunggulah saat kebinasaan. Lalu sabahat bertanya: “Bagaimana bentuk pengabaiannya wahai Rasulullah?... Jawab Baginda: 

إِذَا أُسْنِدَ الأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ..

“Apabila diserahkan urusan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah saat kebinasaan.”

Maka Benar kata Nabi SAW.. Apapun harapan aku tahun 2022..Atas apa pun Asbab.. Aku nak lihat perubahan segera di dalam Negara kita.. sesungguhnya Allah sebaik perancang..! Aku Doakan Kezaliman dan Pengkhianatan itu akan musnah menyembah bumi.. :)

Ipohmali

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...