Monday, January 3, 2022

Tauliah Ditarik Balik - Nak perli Tuanku Sultan kah?


 [ 'ibrah & perjuangan ]

Politik vs Politik Kepartian

Semalam 1 January 2022.

1. Hari pertama JAIS tarik balik Tauliah mengajar di masjid surau Selangor apabila beberapa penceramah terkenal dikaitkan politik, atau diterima banyak aduan mereka jadikan medan kuliah masjid surau sebagai medan kempen politik kepartian yg begitu ketara dan melampau. Ramai ustaz tertentu dan juak politik kepanasan. Marah, tak puashati.




2. Umum rakyat / jamaah yg meng'imarahkan masjid surau menyambut gembira keputusan JAIS ini, walaupun ada pro & con nya. Yg baik bagi mereka adalah kuliah ilmu di masjid surau akan bebas dari ceramah politik kepartian yg membangkitkan perpecahan. Ahli Kariah akan lebih selesa dan bersepakat meng'imarahkan rumah Allah tanpa dipaksa mendengar ceramah kebencian.

3. At least beberapa asatizah party yg langsung tak serik apabila kerap ditegur untuk tak ceramah politik di mimbar kuliah masjid surau, diberikan pelbagai amaran dan engkar, dengan penarikan ini mereka tiada lagi ruang salahgunakan platfom yg mulia itu. Biarlah mereka menjadi aktivist politik sepenuh masa dan carilah makan dlm party mereka itu.

4. JAIS penah nyatakan sebelum itu, sekurangnya 7 masjid di Selangor yg seolah dikawal ketat oleh penganut hardcore politik yg engkar arahan untuk tidak benarkan "berpolitik kepartian" dalam setiap aktiviti dan kuliah. Bagi sesetengah mereka, jawatan dalam AJK masjid surau dijadikan lesen berbuat apa sahaja aktiviti party. Bebas dan mereka berkuasa apa sahaja. Kehendak penduduk tak dikesahkan demi kepuasan party semata.

5. Termasuklah salah satu contoh yg dianggap keras itu adalah Nazir masjid di tempat saya sendiri. Tak terkejut jika inilah mentaliti mereka anuti, yg ramai adalah hardcore Pas jadikan group kariah/masjid sebagai medan politik saban waktu.

Contoh ini, Haji Khamis ini ketua dilantik JAIS di masjid itu. Tapi bawah pengurusan dia jugalah betapa banyak kes libatkan penceramah politik di masjid berlaku dan dilaporkan ke JAIS. Sampai dalam group penduduk / Masjid yg beliau kuasai, begitulah bahasa, seolah hasut penduduk mengatakan tindakan Sultan dan JAIS itu sebagai merugikan Negara. Seolah bila ditarik tauliah penceramah politik itu, dah tak ada asatizah lain yg boleh mengajar secara adil tanpa politik seperti yg dimahukan puak itu.

6. Mereka gagal bezakan antara politik Islam vs "politik kepartian"yg dijadikan perjuangan hidup mereka 24 jam. Seolah segalanya bagi mereka wajib dipolitikkan secara party yg mereka anuti. Termasuk dalam whatsapp group penduduk dan masjid suaru, yg tak sah jika tak cakap isu politik kepartian.

7. Politik merujuk sistem siyasah Islam yg amat mulia, yg bercakap tentang pengurusan manusia dan kepimpinannya. Manakala "politik kepartian" merujuk pada kempen hizbiyyah atau kepuakan demi mencari pengaruh party dan mengumpul pengikut masuk party lebai itu, makan dijadikan mimbar dan kuliah di masjid surau itu sebagai platfrom nya.

8. Inilah kecelaruan aqidah perjuangan pimpinan dan puak party lebai ini. Semuanya dipolitikkan secara party demi kepuasan perjuangan dangkal mereka.

9. Sebab itulah ramai pemegang tauliah yg dijemput, mereka jugalah adalah AJK atau pemimpin utama party-party itu yg langsung tak bezakan kuliah maghrib vs ceramah politik. Mentaliti sesetengah mereka, "kalau tak sebut Pas" atau (dahulu) "kalau tak maki umno" di kuliah masjid surau, seolah tak sah dan tak puas kuliah yg dismpaikan. 

10. Fenomena ghurur dan ghulluw inilah berkekalan dan memecahkan masyarakat di Selangor dengan dahsyat sekali. 

11. Seolahnya beberapa masjid surau mahu dijadikan Markaz Rusila yg cuba disuburkan budaya fitnah dan perpecahan dalam masyarakat.

Saya yakin arahan Sultan melalui JAIS ini sepatutnya memberikan pengajaran pada ramai, walau saya juga faham ia punyai mudharat tersendiri. Sebab ramai juga ahli politik yg amat ikhlas dan jujur yg jadikan mimbar kuliah masjid surau sebagai medan dakwah dan tsaqafah yg mendidik rakyat, pun turut terkesan.

Wallahu'alam

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...