Wednesday, May 18, 2022

BAWAH PEMERITAHAN BN+PN KEADAAN NEGARA MAKIN JAHANAM..!


 JAHANAM MALAYSIA

1. Kita telah lalui 4 Kerajaan dalam masa kurang 5 tahun: BN, PH, PN dan PN+/BN+ (nama belum ditentukan).

2. Propaganda politik yang kuat dicanang sekarang adalah negara jahanam dalam 22 bulan PH memerintah. Katanya ekonomi merudum, pelabur lari dan rakyat sengsara.

3. Jangan kita senang lenang termakan propaganda. Oleh itu, mari kita semak fakta dan data yang ada: 

Dalam 22 bulan PH memerintah dari bulan May 2018- Feb 2020, ini merupakan indikator ekonomi negara:


i. KDNK negara NAIK pada tahun 2019 pada kadar USD365b berbanding tahun 2017 bila BN memerintah iaitu pada USD319b.

ii. KDNK PER KAPITA juga turut MENINGKAT dengan signifikan pada tahun 2019 berbanding 2018 dan 2017. Tahun 2019: RM11,414 berbanding tahun 2017: RM10,259 per kapita.


iii. RIZAB TUNAI NEGARA turut BERTAMBAH iaitu pada RM104b (2019) berbanding RM102b (2017). Ini bermakna simpanan wang tunai negara oleh BNM lebih baik di bawah PH.


iv. NILAI EKSPORT NEGARA juga MENINGKAT dua tahun berturut-turut berbanding tahun 2017. Nilai eksport negara pada tahun 2018 ialah USD 246b dan tahun 2019: USD238b, berbanding 2017: USD223b.

Ini bermakna barang buatan Malaysia dieksport lebih banyak di bawah PH.


v. KADAR PELABURAN LANGSUNG ASING (FDI) y.o.y pada tahun 2018 ke 2019 juga MENINGKAT. Berbanding kadar FDI y.o.y 2016 ke 2017 (BN) yang menurun dengan banyak semasa tahun2 terakhir BN memerintah.


vi. KADAR INDEKS PENGGUNA (CPI) juga BERTAMBAH BAIK pada nilai 0.66 (2019) berbanding 3.39 (2017). Ini menunjukan harga barang stabil dan kuasa beli rakyat bertambah dengan signifikan ketika PH memerintah negara. 


4. Ini merupakan fakta dan data yang saya ambil dari laporan World Bank dan bukan dari blog cap ayam. Bagi yang rajin boleh semak sendiri dan sahkan atau betulkan data yang diberi.


5. Data dan fakta tidak menipu tuan puan. 6 indikator di atas jelas menunjukkan ekonomi negara berada atas landasan yang betul ketika PH memerintah negara. Rakyat terjaga dan pelabur asing makin meyakini pentadbiran negara pada ketika itu. 


6. Ini juga boleh dilihat dengan pelbagai pengiktirafan dalam indeks antarabangsa:


i. Indeks Persepsi Rasuah, kedudukan negara adalah yang terbaik dalam masa 10 tahun iaitu pada tangga ke-51 pada tahun 2019, berbanding tangga ke-67 (2017) dan tangga ke-57 (2020).


ii. Ease of Doing Business tangga ke-12 (2019) berbanding tangga ke-24 (2017).


iii. Indeks Kebebasan Media tangga ke-123 (2019) berbanding tangga ke-144 (2017).


iv. Indeks Kedamaian Antarabangsa tangga ke-25 (2019) daripada tangga 35 (2017).


v. Indeks Kesejahtera Antarabangsa: tangga ke- 41 (2019) berbanding tangga ke-42 (2017)


7. Kecuali Competitive Index yang turun pada tahun 2019, indeks2 antarabangsa yang lain meningkat dengan baik sepanjang 22 bulan di bawah PH.


8. Jadi saya tak paham mana datang negara jahanam ketika PH memerintah?


9. Kalau betul nak tahu jahanam ke tak negara, cuba tanyakan Kerajaan sebelumnya.


10. Kenapa 1MDB yang dikata fitnah, namun negara masih menanggung hutangnya sebanyak RM32b? Kenapa tanah rizab Melayu hanya tinggal 12% ketika tahun 2018? Kenapa ekuiti rakyat tempatan menurun dengan banyak pada tahun 2015 berbanding tahun 1990-an? Yang meningkat ekuiti asing pula.


11. Kenapa eksport barang buatan negara dan FDI makin menurun pada tahun2 terakhir BN memerintah 2014-2017? Yang lebih menyedihkan, kenapa sejak tahun 2015, Thailand dan Vietnam meninggalkan kita dalam banyak perkara? Dan Indonesia sekarang bila2 masa boleh potong kita. 


12. Yang paling afdal untuk ditanya, kenapa ketika BN memerintah Malaysia, dunia menggelarkan kita Kerajaan Kleptokrat terteruk dalam sejarah dunia?


13. Kalau semua ini tak menjahanamkan negara, saya tak tahu apa pula. Nampak sangat propaganda dibuat untuk menutup dosa mereka kepada negara.


Wallahu a’alam.


Salam hormat,

Liyana Marzuki

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...