SKUAD KEDAH 2022 - SELEPAS 9 PERLAWANAN
Aduh, aku rasa macam dah lama sangat tak menulis ni. Bila lama tak asah, idea pun dah semakim kering, skills pun makin lama makin berkarat.
Tapi entah lah, lepas 9 games ni aku rasa macam nak menulis jugak pasal team Kedah kali ni.
Aku perati, rata-rata fans komplen tentang kualiti import dan pemain baru yang Kedah sign musim ni.
Kononnya pemain kali ini tidak ada kualiti dan tak mencapai tahap import yang kita harapkan.
Tapi kalau tanya pandangan aku, susah nak blame 100% kepada pemain. Aku lebih cenderung untuk salahkan coach dan pengurusan.
Kenapa?
Pertama sekali, pemain yang kita sign musim ini adalah berdasarkan merit. Kita sign disebabkan performance mereka bersama pasukan lama mereka agak baik musim lepas.
Ngah? Status selaku penjaring terbanyak Liga Jordan tu bukan biasa-biasa. Kita sign player yang ada rekod dan statistik yang bagus untuk musim lepas.
Marc Vales? Dia ada debut 78 match dengan skuad kebangsaan Andorra. Malah ada pengalaman yang luas di Eropah.
Dechi dan Jang, performance mereka dengan Terengganu musim lepas kita boleh kata agak bagus. Depa dua ni pun dah berpengalaman dan masak dengan style bola sepak Liga Malaysia ni.
Dennis? Tak banyak nak kata, sebab dia tengah injured. Berapa game ja dia main, tapi signing dia ni timbulkan persoalan jugak la. Tapi aku tak nak sentuh banyak la.
Kirannya, 4 dari 5 import yang kita sign sebenarnya pemain yang kita amik berdasarkan merit. Kalau ikut performance lama, kira boleh kagum la.
Signing pemain local pun tak kurang hebat jugak, Syafiq Ahmad, Rodney Calvin, Azmeer, Al Hafiz, Khairu Azrin dan Amer Azahar. Semua nama ni menjadi tunjang penting untuk skuad mereka. Aku rasa dah complete set pemain yang kita sign musim ni.
Untuk kali ni, aku tak nak salahkan player. Aku salahkan coach dan management.
Even coach sampai hari ini pun masih bereksperimen dengan skuad dia. 4 tahun dah dengan team Kedah, masih lagi tak ada core ataupun marquee player dalam skuad dia.
Apa yang aku nampak, coach & Management sign player tidak ikut keperluan taktikal.
Musim sebelum ini kita guna 2 striker yang mempunyai keupayaan individu yang tinggi. Tetapi musim ini kita guna targetman sebagai penyerang.
Namun apa persediaan pasukan untuk bermain sistem targetman? Adakah pemain yang berada dibelakang pemain penyerang tu sesuai dengan sistem targetman tu?
Di Pertahanan sampai hari ini, lepas 9 perlawanan, kita tak ada lagi barisan back 4 yang tetap.
Kita kerap bertukar sistem di back 4, sekejap kita main back 3 dan sekejap back 4. Sistem macam mana yang kita nak main sekarang?
Sekejap kita guna sistem wingback dan sekejap kita guna sistem fullback. Jadi tak terkejutlah kalau kita dah bolos 17 gol sekarang.
Formasi kita pun kerap bertukar, kita pernah main 3-5-2, 4-4-2, 4-2-3-1 dan hari ini kita main 4-1-4-1. Masih lagi eksperimen?
Bagi aku, pemain bukan struggle dengan performance. Tapi mereka struggle dengan sistem pasukan tu sendiri.
Ingat tak macam mana kita kena rogol dengan Selangor dan Sabah. Bagaimana pemain keliru dengan peranan mereka diatas padang.
Kita dah hilang identiti dan cara bermain bola sebagai satu pasukan. Kita sendiri pun tak tau bagaimana kita bermain as a team.
Kalau 2 musim sebelum ini kita ada Kpah dan Kipre sebagai core pasukan. Walaupun style kita lebih direct, tapi identiti kita bermain dalam sistem Kipre dan Kpah.
Tapi sekarang? Kita main untuk apa? Aku sendiri pun tak faham.
Ini masalah besar bila kita setiap tahun reset team. Coach yang berada di tahun keempat pun masih reset team.
Aku bagi contoh paling mudah, kita tengok JDT. Mereka dah ada pasukan yang establish. Setiap tahun mereka akan topup pemain yang perlu sahaja dalam pasukan.
Mereka tidak akan sekali-kali tukar core atau marquee player mereka dalam pasukan.
Kalau mereka ganti, mereka akan ambil pemain yang setara atau lebih baik dari pemain lama.
Ini disebabkan pasukan tak nak ubah banyak dalam team, seperti keserasian dan yang penting mereka nak kekalkan DNA dan sistem mereka sebagai satu team.
Tapi kita? Fikir lah.
Penat la kalau kita asyik kambing hitamkan pemain. Tapi kita sendiri tahu mistake tu punca dari mana. Setiap tahun kita akan ulang skrip yang sama.
Pemain yang ada dalam team sekarang ni dah bagus. Statistik mereka musim lepas dah bagus. Tapi adakah mereka cukup bagus untuk bermain dengan sistem atau cara Kedah? Tak cukup bagus dalam sistem Kedah ataupun coach sendiri tak tau apa nak buat dengan team sekarang?
Atau main sekarang sekadar tendang bola masuk gol sahaja?
Nanti transfer window dah buka, kita salin lagi pemain. Mai musim depan kita salin lagi pemain. Bila nak selesai?
Bila orang kata depa eksperimen depa marah, tapi tengok la, malam ni eksperimen lagi. Mana ada orang kentut dalam lift nak mengaku tak?
Kesimpulannya, Aidil Out!
No comments:
Post a Comment