Monday, February 19, 2018

AKHIRNYA ABDUL HADI AKUR KEWUJUDAN AMANAH ADALAH IJTIHAD

1. Kata Abdul Hadi, “Amanah adalah ijtihad yang salah hasil daripada campur tangan pihak luar terhadap politik Malaysia dan mendapat sokongan DAP yang mulanya untuk menggantikan PAS tapi sekarang laksana melukut di tepi gantang sahaja."

2. Kalaulah semenjak awal Abdul Hadi mengakui kewujudan Amanah adalah ijtihad yakni ijtihad politik, bukankah bagus? Ini tidak. Sebaik sahaja tertubuh Amanah, semua binatang dalam zoo dan kalimat buruk dikumpul utk dilonggok ke atas Amanah.

3. Kini, Abdul Hadi mengiktiraf penubuhan Amanah adalah ijtihad, tetapi soalnya mengapa ijtihad itu dihina? Dlm sejarah, tidak ada sesuatu ijtihad mana-mana pihak dihina oleh pihak lain. Semua ijtihad dihormati. Mengapa Abdul Hadi tak pandai hormat ijtihad orang lain?

4. Sama ada ijtihad penubuhan Amanah betul atau salah, bukan Abdul Hadi penentu dan pemutusnya. Kata-kata Abdul Hadi bukan sabda atau firman. Jika Abdul Hadi kata ijtihad penubuhan Amanah adalah salah, orang lain juga boleh berkata ijtihad Abdul Hadi dan Pas utk bersekongkol dgn Umno juga adalah salah.


5. Adakah Abdul Hadi ingin mentaqdiskan ijtihadnya saja dan mentajrihkan ijtihad orang lain? Atau Abdul Hadi hanya anggap ijtihad dia saja yg betul dan ijtihad orang lain semuanya salah? Apa kriteria pegangan Abdul Hadi utk menyalahkan ijtihad orang lain yg berlainan dgn ijtihadnya?

5. Apabila penubuhan Amanah diakui ijtihad, dlm keadaan Amanah adalah parti politik sama seperti Pas, maka jelaslah Pas bukan agama. Keluar Pas dan lawan Pas bukan keluar agama dan lawan agama. Sebagaimana penubuhan Amanah adalah ijtihad, penubuhan Pas juga ijtihad.

6. Jadi, biarlah kami dgn ijtihad kami, dan Abdul Hadi boleh berpegang dgn ijtihadnya. Ijtihad tidak membatalkan ijtihad yg lain. Justeru, mengapa kami yg berijtihad menubuhkan Amanah dilabel munafik haraki dan sebagainya?

7. Biarlah orang ramai tentukan pendekatan politik pihak mana yg betul, Amanah atau Pas. Tapi dari sudut realiti, umum melihat pendekatan politik Pas atau ijtihad politik Abdul Hadi kini nampaknya lebih menguntungkan Umno tetapi merugikan rakyat.

8. Abdul Hadi perlu buktikan, pihak luar mana yg campurtangan penubuhan Amanah. Dakwaan perlu bersandarkan bukti, kecuali Abdul Hadi rasa dirinya orang suci dan berhak mendakwa sesuka hati seperti dia mendakwa seseorang dlm kes pil kuda dulu.

9. Abdul Hadi memang pandai menutup kelemahan dirinya. Dia lupa, penubuhan Amanah berpunca drpd kegagalannya sebagai Presiden Pas. Dia gagal membahterai Pas seperti Yusof Rawa dan Fadhil Noor bahterai Pas sebelumnya.

10. Abdul Hadi gagal meneruskan legasi kepimpinan presiden sebelumnya yg mesra dgn semua pihak yg mahu tumbangkan Umno. Pada era Fadhil Noor, Pas menjalin kerjasama dgn pelbagai pihak dgn erat dan ikhlas. Itulah pendekatan politik yg sangat menakutkan Umno.

11. Apabila Abdul Hadi gagal dan Amanah tertubuh kerana kegagalannya, dia mencari kambing hitam utk ditunggang. Kambing hitam paling baik adalah DAP. Perangai Abdul Hadi itu sebiji macam perangai pemimpin Umno yg semenjak dulu menjadikan DAP sebagai punca segala-galanya.

12. Bukankah lebih baik Abdul Hadi mengaku kesilapannya dlm memimpin Pas drpd menyalahkan pihak lain terutamanya DAP? Terengganu tewas selepas sepenggal dia pimpin salah DAP juga? Nasib baik ada DAP, kalau tiada DAP dia nak salahkan siapa pula?

13. Ini satu lagi kesombongan Abdul Hadi, iaitu sentiasa menganggap orang lain kecil dan tidak bernilai. Inilah sikap yg menyebabkan PR terbubar. Orang lain dia anggap melukut, pada hal partinya sendiri yg semakin mengecil tidak diakui.

14. Ceramahnya sendiri yg semakin kurang sambutan tidak dianggap merosot. Dlm pilihanraya kecil di Perak, Pas dapat kosong undi dalam saluran yg ada ratusan pengundi tidak dianggap penyusutan undi. Partinya yg sering kalah tetap dianggap kuat.

15. Abdul Hadi nak anggap Amanah melukut itu haknya. Tapi nampaknya, parti melukut inilah yg semakin diminati. Parti melukut inilah yg disertai oleh seorang demi seorang bekas pemimpin Pas. Parti melukut inilah yg dikutuk, membuktikan Abdul Hadi risau kpd perkembangan parti melukut ini.


AAAB

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...