Monday, February 19, 2018

Pimpinan mana yang khianat pada perjuangan menentang kezaliman Umno BN?


Kenangan silam bersama PAS

Membaca penulisan dibawah teringat masa silam sering mengikuti ceramah-ceramah Ustaz Hadi di Masjid Mujahidin Damansara Utama di tahun 1980'an...

PIMPINAN MANA YANG KIANAT KEPADA PERJUANGAN

1. Dulu-dulu, dalam usrah, kuliah, tamrin, mukhayyam @ (makan ayam) kami anak muda dibakar semangat oleh ulama Pas supaya lawan Umno. Kalau mati kerana lawan Umno, mati syahid. Kalau menang, hidup mulia.

2. Kenapa kena lawan Umno? Sebab pemimpin Umno zalim. Mereka nasionalis, sekularis, pragmatis, tolak Islam. Mereka zalim kpd ulama dan rakyat. Lawan mereka adalah tuntutan Agama.

3. Lalu ayat Al-Quran tentang tegahan cenderung kpd orang yg melakukan kezaliman pun dibaca, dihurai, disyarah dgn panjang lebar. Sokong Umno, sokong orang zalim. Sokong orang zalim kena sambar dgn api neraka. Nak selamat drpd neraka mesti berjuang bersama Pas.

4. Ada pemuda yg letak jawatan dlm kerajaan utk berjuang bersama Pas. Ditukar, kena tindakan disiplin, tak naik pangkat perkara biasa. Pukul 4 ptg balik kerja, terus ke markas Pas buat kerja utk lawan Umno. Ada duit bagi duit, ada tenaga bagi tenaga.


5. Itu dulu-dulu. Semasa Yusof Rawa dan Fadhil Nor pimpin Pas. Semasa Abdul Hadi belum jadi presiden dan bermenantukan Din. Semasa Nik Abduh, Nasrudin belum jadi MP. Semasa Mat Sabu, Mahfuz, Salahudin memimpin kami para pemuda. Semasa Taib Azamudin masih jadi imam Masjid Negara dan Ust Hashim Jasin masih bertugas sebagai Pegawai Agama di Pejabat Felda Negeri Perak, Ipoh.

6. Kini, segala-galanya berputar. Umno bukan lagi zalim. Najib tak perlu dijatuhkan. Lawan Umno dikira khianat. Berkawan dgn DAP dikira musuh Islam.

Ayat Al-Quran tadi bukan dihala kpd Umno lagi tapi dihala kpd musuh politiknya dan musuh politik Umno (Amanah dan DAP ?)

7. Padahal, Umno yg dahulu dan kini adalah Umno yang sama dan tak berubah sedikit habuk pun. Bahkan makin teruk. Maknanya, pihak yg berubah adalah Pas.

Berubah drpd lawan Umno kpd mesra Umno. Kononnya politik matang padahal politik gostan ke belakang.

8. Siapa khianat perjuangan jika ini yg berlaku?

Jawabnya ialah Pas.

Patutkah Pas yg khianat perjuangan rakyat itu menerima undi rakyat?

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...