Wednesday, February 21, 2018

Apabila YB PAS kata PH tidak mahu laksanakan Islam..!

Ust zola

HALALUNA HARAMUKUM VERSI TERKINI PAS - ISU TAFSIRAN KALIMAH PARENT SEBAGAI IBU DAN BAPA

1. Kata seorang ulama Pas, "Kenapa Pas tak nak bergabung dgn PH? Sebab PH tak nak laksana Islam. Betul ke dak? Ke PH nak laksana Islam? Nak tanya tuan-tuan, PH nak laksana Islam ke?"

2. Katanya lagi, "Keputusan Mahkamah Persekutuan yg mentafsirkan kalimah parent dgn maksud IBU DAN BAPA disokong oleh mereka, sedangkan itu BERCANGGAH DGN ISLAM."

3. Katanya lagi, "PH bukan kereta yg boleh bawa kita laksana Islam bagi negara. Bahkan dia kereta yg akan LANGGAR HUKUM HAKAM ISLAM, maka tak boleh bergabung dgn Pakatan Harapan."


4. Itulah transkrip ucapan seorang MP dan pemimpin utama berstatus ulama Pas dlm satu klip video. Antara perkara yg disinggung dlm ucapannya ialah, PH yg dia ibaratkan kereta bukan nak laksana Islam, bahkan akan langgar hukum-hakam Islam.

5. Buktinya menurut MP itu ialah, PH menyokong keputusan Mahkamah Persekutuan yg mentafsirkan kalimah "parent" dgn maksud ibu dan bapa. Baginya, tafsiran itu bercanggah dgn Islam.

6. Jika dia ingin menyifatkan keputusan mahkamah itu bercanggah dgn Islam, itu haknya. Begiti juga menolak atau menerima keputusan itu dari sudut demokrasi menjadi hak semua orang. Itu bukan isunya.

7. Isunya ialah kesimpulan berat sebelah yg dibuat oleh MP itu ke atas PH, sedangkan perkara yg sama dibuat oleh Pas semasa Pas berkuasa di Terengganu. Ironiknya, MP yg pertikaikan keputusan ini adalah orang Terengganu, adakah dia tak tahu perkara yg berlaku di negerinya?

8. Dalam Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Islam (Terengganu) (Enakmen 2 Tahun 2001), Bahagian VIII Seksyen 101 tertulis jelas perkataan IBU DAN BAPA perlu memberi keizinan kpd anak di bawah umur 18 tahun utk memeluk Islam. Saya ulang, IBU DAN BAPA.

9. Sementara keputusan mahkamah yg dia sifatkan bercanggah dgn Islam itu selari dgn kandungan enakmen yg dilulus pada zaman Pas berkuasa di Terengganu. Jika keputusan mahkamah itu bercanggah dgn Islam, adakah Pas meluluskan suatu enakmen yg bercanggah dgn Islam?

10. Atau, keputusan mahkamah itu salah tapi tindakan Pas pula betul kerana apa saja yg Pas buat adalah betul, dan apa saja yg orang lain buat adalah salah? Mereka yg sokong keputusan mahkamah dianggap tak mahu laksana Islam, tapi perkara yg sama yg dibuat oleh Pas dikira nak laksana Islam?

11. Mengapa boleh berlaku, perkara yg sama, apabila Pas buat dianggap mahu Islam, tetapi orang lain buat dianggap tak mahu Islam? Sokong keputusan mahkamah lawan Islam, Pas lulus enakmen pula tak bercanggah dgn Islam, padahal dalam perkara yg sama?

12. Begitulah jadinya apabila obses dgn pihak sendiri atau terasa pihak sendiri lebih Islam berbanding orang lain. Jika Pas rasa mereka sedang buat kerja utk daulatkan Islam dgn cara mereka, silalah teruskan.

13. Tapi janganlah rasa Pas saja yg mahukan Islam sementara orang lain yg tak bersama Pas tak mahu Islam. Pas tidak boleh memaksa tafsiran Islam mengikut gayanya sendiri ke atas orang lain.

14. Islam bukan milik Pas atau mana-mana pihak sebab ia adalah rahmat utk semua. Usahlah ulama Pas rasa Pas lebih Islam daripada orang lain, juga jangan rasa Pas lebih suci murni mengatasi orang lain. Ahli Pas bukan malaikat pun...!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...