Thursday, February 15, 2018

Lang Merah : Pallares nie betoi ka dia lembek?


Pallares ni memang poacher. Lembik dan harap kena feed. Orang panggil musang di kotak penalti.

Beza dengan Ilso, mamat tu lebih fizikal. Dan dia memang power.

Aku jujur cakap kurang gemar dengan baka ni. Orang gelar mereka cool blooded finisher sebab sifat mereka lebih sejuk berbanding target man yang lebih panas.

Bezakan karakter Inzaghi dan Ibrahimovic (Ibra ni complete forward tau, so dia baka target man yang bukan klasik).

Sebab tu orang cakap poacher ni dah hampir mati.

Javier Hernandez antara poacher yang laju tapi tetap tak mampu jadi striker utama di MUFC.

Raul Gonzales dulu kena jual ke Schalke. Pippo Inzaghi antara poacher yang paling berjaya dan kekal bersama Milan.

Real Madrid pernah ada 2 poacher dalam 1 team ketika beli Ruud Van Nistlerooy.

Prinsip poacher ni senang. Nak mereka skor lebih 20 gol (negara kita liga pendek so letak at least 15 gol), satu team kena bekorban untuk mereka. Mereka akan bagi gol tapi kena feed banyak banyak.


Kau tanya la apa yang pemain Kedah lain rasa sesson lepas. Mereka gandakan usaha nak dapatkan yang terbaik daripada Ilso.

Dwight Yorke sorang lagi poacher power dulu.

Mereka hanya berlegar dalam dalam box dan offside tu mainan mereka. Revolusi Alex Ferguson selepas era modern football.

Dia pun tak pakai poacher ni walaupun dia sangat pandai uruskan taktik untuk hidupkan poacher seperti Yorke, Solskjaer, Hernandez dan ramai lagi.

Jangan lupa mereka ada Beckham nak sudukan poacher atau striker ni semua.

Dia sanggup jadikan Rooney sebagai false no.9 dan build up Rooney jadi deep lying striker.

Fergie juga dah ubah sistem dengan wing attacker/inverted winger, Ronaldo.

Gandingkan dengan shadow striker, Tevez. Lepas tu dia beli modern no.9 yang diconvert wenger daripada winger, RvP.

Dalam MSL, poacher import ni nampak macam target man sebab fizikal pemain kita.

Dalam negara kita ramai striker kategori poacher. Mereka hidup mekar di sini. Hasmawi Hassan antara yang aku suka dulu masa prime.

Hadi Yahya, Manaf Mamat, semua tu poacher tu. Mereka tak kompeten di udara. Tak ada dribbling abilities. Kerja menunggu je.

Kalau dribble mereka direct tak ada skil. Macam Javier Hernandez sebab dia laju.

Bola sepak moden orang nakkan lebih aktif gerakan termasuk striker. Oranv nak striker yang boleh 'hidup sendiri'. Poacher adalah striker yang sangat harapkan orang usaha lebih dan bagi mereka bola.

Guardiola, Klopp, Pochettino pastinya tak jadikan poacher ni sebagai pilihan. Begitu juga Mourinho.

So, idea nak build team dengan poacher ni rasanya Marcote akan banyak kerja nak buat. Nidzam Adzha musim lepas buat dengan baik selepas 5-6 games.

Kena banyakkan crosses. Kena utamakan mereka ketika build up. Jika sistem kena, mereka akan berikan gol.

Tapi tu la. Nak tak nak, nampak lebih direct football la.

Nampak tak masa gol dia piala sumbangsih tu, dia sodok macam tu je bola Sandro.

Klose tu ramai cakap dia poacher sebab fizkal dia lembik tapi sangat padu di udara sebab dia create space. Ada argument pasal dia, sama ada dia target man atau poacher.

Tapi ada beza dalam orang ulas pasal teknik dan baka tau. Misalnya ulasa cakap:

"Lukaku have a very good poaching quailty"

Tu bukan bermaksud dia baka poacher. Orang nak cakap teknik dia mencari ruang dan buat gol tu baik.

Ataupun,

"Mereka cuba mencari target man mereka, Hernandez"

Sebab setiap no.9 tu adalah target man dalam istilah pengulas. Tapi dari segi baka, Hernandez bukan target man.

Ada juga pengulas yang sangat teknikal macam Jim Beglin, mereka tak sesuka hati pakai target man tu. Mereka guna

"Cuba mencari no. 9 mereka."

So, kalau Ramon gagal cari sistem untuk Pallares dia akan jadi average player. Sistem!

Andik tu good crosser. Syazwan Zainon kena baiki crossing dia. Lepas tu fullback kenalah dibangunkan supaya lebih bagus dalam crossing.

Jangan harap pada winger je. Beza poacher ni dengan big target man. Target man ni bola tak cantik pun diorang still boleh menang di udara dan buat gol. Macam Giroud.

So taktik dengan poacher ni memang akan mengurangkan teamplay. Tetapi kalau mereka tahu cara bermain dengan poacher, ia ok. Cuma macam saya cakap, azab nak feed poacher ni hanya rakan dia yang tahu.

Nukilan
Axello Mane


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...