Saturday, February 17, 2018

Misteri batu bersusun disungai

Misteri batu bersusun
SUKABUMI -INDONESIA. Fenomena batu bersusun di Sungai Cidahu di Sukabumi mencetuskan persoalan penduduk setempat pada minggu lalu.

90 batu berdiri disusun teratur di aliran sungai kampung Cibojong, Desa Jayabakti, Kecamatan Cidahu, Kabupaten Sukabumi, Jawa Barat itu pada asalnya dikaitkan dengan perkara mistik.

Namun, ada segelintir pihak percaya fenomena batu bersusun yang tular di media sosial adalah perbuatan manusia.

"Saya mendapat maklumat, susunan itu dibuat dengan sengaja sekumpulan pemuda dengan tujuan untuk mengajak masyarakat menjaga alam sekitar. Tetapi, ia disalah anggap sesetengah pihak yang mengaitkannya dengan perkara mistik," kata Setiausaha Desa (Sekdes) Jayabakti, Agus Muzamil.

Menurutnya, dia terlebih dahulu mencari maklumat tentang kejadian pelik itu yang pernah berlaku di tempat lain.

"Ia dilakukan oleh banyak komuniti. Jadi, fenomena pelik itu jelas perbuatan sekumpulan pemuda kreatif yang tidak diketahui identitinya," katanya.

Berita itu turut menarik perhatian beberapa pemimpin termasuk Camat Cidahu, Ading Ismail yang melawat ke kawasan itu bersama pegawai kecamatan dan wakil Majlis Ulama Indonesia (MUI). - detik.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...