Muhammad Azizul Osman
SHAH ALAM – Masyarakat di negara ini tidak seharusnya menilai kesalahan dalam pengurusan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semata-mata, demikian menurut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Hadi berkata, *biarpun terdapat kesalahan dalam pengurusan badan itu, rakyat juga harus tidak lupa akan jasa-jasa yang telah diberikan badan pelaburan kerajaan itu kepada rakyat selama ini.*
“Apa yang berlaku ini kita bawa kepada budaya Melayu mudah lupa, (kes) 1MDB yang dulu-dulu kita tidak lupa semua. Mereka yang salah mesti dihukum tetapi kita mesti lihat bukan sahaja kesalahan dia tetapi juga jasa.
“Islam ini kalau menghukum orang bukan menilai salah dia sahaja, tetapi mesti lihat kepada jasa-jasa dia, bila dia buat baik mesti diambil kira jasa dia.
“Kemudian ditolak campur kepada jasa dan kejahatan dia. Ini pendekatan yang diambil oleh Pas,” katanya dalam program Dialog Anak Muda Gagasan Sejahtera di Shah Alam hari ini.
Awal bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pembangkang boleh mengkritik pelaksanaan 1MDB namun mereka tidak boleh menafikan segala kebaikan yang telah dikecapi oleh rakyat.
Menurut Najib, 1MDB telah membantu kerajaan dalam proses pelaksanaan program pemindahan dan pembinaan lapan kem baharu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjumlah RM2.7 bilion.
Mengulas lanjut, Hadi berkata Pas mengambil pendekatan untuk tidak terus menghukum seseorang individu yang menguruskan badan itu.
Malah katanya, Pas konsisten dengan tidak menerima budaya terus menghukum ini, dan mengambil pendirian berkecuali.
“Bukan kita membela orang yang jahat, tetapi kita mahu dikendalikan seadilnya. Kita hendak orang yang dituduh dianggap tidak bersalah.
“Dia (Datuk Seri Najib) baru dituduh, tapi apa yang berlaku pada hari ini, bila tuduh sahaja terus diadil salah.
Hadi dipercayai merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung isu 1MDB.
Sebelum ini, Pas didakwa berdiam diri berhubung isu 1MDB namun Hadi berkeras mengatakan beliau ada menegur Najib secara tertutup.
“Ini pendekatan yang tidak betul. Kita tidak melampaui batas dalam menyebarkan fitnah dan mengikut ajaran Islam, kalau betul berlaku kita mesti cari jalan untuk murni kan keadaan supaya tidak berlaku tindakan yang bersifat keterlanjuran,” katanya lagi. -MalaysiaGazette.
The post Jangan tengok salah saja, nilai jasa 1MDB juga. appeared first on MalaysiaGazette.
http://malaysiagazette.com/v2/blog/2018/03/25/jangan-tengok-salah-saja-nilai-jasa-1mdb-juga-hadi/
Barua dan broka berpisah tiada..
ReplyDeleteKahkahkah
Tlg baca transkrip penuh kenyataan TGHH dulu sebelum komen.. Berita diatas diolah supaya pentaksub PH ditipu dgn cerita fitnah..
DeleteYala tu tok guru oii... Org ln mu X Lyn camtu pun....
ReplyDeleteDiharap saudara saudari yg membacs berita di atas membaca transkrip penuh TGHH dlm isu ni bg mendapatkan berita yg sahih.. Berita diatas diolah utk menyebarkan fitnah semata-mata...
ReplyDeletefitnah apa lagi,ini kenyataan membela perompak dan pelingkup negara,makin meraban haj hadi ni,tak ingat nak mati ke? dalam quran Allah berfirman tentang arak kesannya lebih besar drpd manfaatnya,bila kita kiaskan dengan hutang negara dari 1 mdb ni memang ada manfaatnya tetapi kesan mudarat dan kerosakan kepada negara lebih besar lagi drpd manfaat yg sikit,merana anak cucu bangsa m'sia ,harap dapat faham 1mdb suatu kemungkaran yang besar yang wajib ditentang dari sudut agama,kemasyarakatan dan peradaban manusia,ini kes satu dunia tahu kleptokrasi,hj hadi nak bela buat apa?
ReplyDeleteMy name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036
ReplyDelete