Saturday, March 3, 2018

Mat Bashah kata kat Mukhriz kurang cerdik


ROSLINDA HASHIM Sinar Harian


ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah membidas Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kerana mendakwa kejayaan yang dipamerkan di Ekspo Muafakat Kedah sebagai hasil usaha beliau ketika menjawat jawatan menteri besar sebelum ini.

Katanya, kenyataan Mukhriz itu juga dianggap sebagai ‘kurang cerdik’.

“Dia kata idea dia? Jadi, yang kita pamerkan sebelum dia jadi menteri besar, siapa yang buat? Adakah dia juga buat,” katanya.

Menurutnya, kejayaan yang dipamerkan adalah hasil permuafakatan semua pihak dalam kerajaan.

Ahmad Bashah turut mendakwa Mukhriz sebagai pemimpin yang masih merangkak ketika memegang jawatan itu selepas PRU13.


Ahmad Bashah tegaskan beliau malu untuk mengakui semua kejayaan yang dipamerkan itu adalah hasil kejayaan beliau selepas memegang tampuk pemerintahan negeri sejak dua tahun lalu.

“Ini hasil permuafakatan semua pihak terutamanya kerajaan BN yang telah buktikan kejayaan ketika tadbir Kedah.

“Saya sendiri tidak berani mengaku ini kejayaan saya, semua orang buat kerja. Dia masa jadi MB masih merangkak sebab baru pegang jawatan,” katanya.

Menurutnya, biarlah Mukhriz dengan caranya untuk menyerang pentadbiran negeri.

“Saya kalau boleh tak mau layan sangat perkara macam ni. Dia pun bukan cerdik sangat,” katanya.

Menurutnya, hasil kejayaan yang dipamerkan adalah hasil usaha yang dirancang dan dilaksana bawah kerajaan BN terdahulu.

“Semua ini hasil usaha semua pihak termasuk pegawai, agensi kerajaan negeri dan persekutuan. Itulah yang kita pamerkan kepada orang ramai,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...