Sunday, April 1, 2018

Sejak dua menjak nie Najib sungguh sayangkan Kedah..!!

Kerajaan tak lupa pada Kedah: Najib

Najib Tun Razak
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, selain kemajuan yang dibawa ke Kelantan dan Johor dalam bentuk projek Laluan Rel Pantai Timur dan Bandar Iskandar, Kerajaan Persekutuan juga tidak melupakan Kedah dengan rancangan mewujudkan sebuah zon ekonomi khas di Bukit Kayu Hitam.

"Kawasan seluas 4,856.22 hektar tersebut akan diberi insentif khas dan akan ada hubungan dengan selatan Thailand supaya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kita boleh mengeksport ke Thailand dan produk Thailand boleh dibawa masuk ke Malaysia," kata Perdana Menteri di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap kepada 14,000 usahawan Bumiputera di Sesi Sembang Petang sempena Himpunan Usahawan Bumiputera, yang turut disertai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"Kita juga akan mewujudkan Bandar Raya Getah seluas 6.070.28 hektar di Padang Terap yang akan mewujudkan peluang pekerjaan dan sektor hiliran," kata Najib.

Menurutnya, terdapat dana kerajaan negeri untuk PKS dalam bentuk pinjaman yang berjumlah RM8 juta, tetapi beliau mencadangkan pinjaman tersebut ditukar menjadi geran.

Dalam memacu agenda usahawan Bumiputera, katanya, antara inisiatif yang telah membantu mereka ialah program 1Azam yang memberi manfaat kepada 200,000 peserta.

Selain itu program e-rezeki serta e-usahawan di mana 49,000 usahawan mendapat manfaat dan program Tekun telah memberi pembiayaan kepada 385,000 usahawan berjumlah RM4.67 bilion.

Najib berkata, Amanah Ikhtiar Malaysia yang ditubuhkan pada 1987 turut membantu usahawan wanita Bumiputera.

Pada majjlis yang sama, Najib menyaksikan pertukaran dokumen memorandum persefahaman antara SME Corp dengan Perbadanan Johor, Majlis Amanah Rakyat, Malaysia Airlines, Petronas, Perbadanan Usahawan Nasional Bhd dan Tabung Haji bagi menggalakkan pembangunan PKS Bumiputera. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...