Tuesday, June 5, 2018

Awas!! Ada pihak sedang jaja cerita Anwar sedang berunding dengan PAS & BN

AWAS!! MUSUH2 ANWAR DARI LUAR DAN DALAM SEDANG GIAT JALANKAN FITNAH

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa beliau dan PKR sedang berunding untuk bekerjasama dengan Umno dan PAS bagi menubuhkan kerajaan Islam.

"Orang yang fikir idea ini adalah kerja gila dan memang mereka yang otak jahat saja yang boleh fikir macam ini.

"Kita bertungkus lumus, dipukul setengah mati, apa guna saya nak berpakat begitu rupa," kata Anwar dalam temubual khas dengan The Malaysian Insight.

Beliau berkata demikian susulan khabar angin disebarkan yang mendakwa PKR yang mempunyai 49 anggota parlimen sedang berunding untuk bekerjasama dengan 79 anggota Parlimen BN dan 18 anggota parlimen PAS.


Mereka mendakwa, jika ketiga-tiga parti itu bergabung mereka boleh membentuk kerajaan berteraskan Islam berbanding dengan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang sekarang didominasi oleh anggota parlimen bukan Melayu.

Anwar berkata beliau tidak kisah sekiranya berita itu disebarkan oleh Umno, namun idea tersebut turut disebarkan oleh segelintir pendukung HARAPAN sendiri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...