Tuesday, June 5, 2018

Rosmah beri keterangan selama lima jam di SPRM

Rosmah beri keterangan selama lima jam di SPRM
Datin Seri Rosmah Mansor selesai memberikan keterangan selama 5 jam ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini.

Beliau dilihat tenang keluar dari SPRM sambil memberikan senyuman kepada wartawan yang menunggu beliau sejak awal pagi hari ini.

Rosmah keluar daripada pejabat SPRM tepat jam 3.40 petang ini.

Rosmah yang datang menaiki kenderaan Mercedez tiba pada kira-kira 10.43 pagi tanpa polis pengiring. Polis dilihat mengawal ketat perkarangan bangunan SPRM.

Puluhan wartawan tempatan dan antarabangsa telah berkumpul di premis SPRM seawal jam 6.30 pagi.


Pada hari Jumaat, SPRM mengeluarkan notis kepada Rosmah menghendaki beliau hadir di pejabatnya untuk memberi kenyataan berkaitan dengan siasatan SRC Antarabangsa.

Notis itu dihantar ke kediaman Rosmah di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini oleh pegawai SPRM.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan sebelum ini mengumumkan penubuhan pasukan petugas khas untuk menyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

SRC International adalah anak syarikat 1MDB sebelum diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada tahun 2012.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...