Saturday, July 7, 2018

Isu Menteri & LGBT - Adakah Idris dan Dasuki hanya baca tajuk terus kondem?


Mula mula aku malas nak layan komen penyokong dan pedokong PAS tentang respon Dr Mujahid terhadap LGBT, Penyokong PAS mana pernah depa puas hati dengan pemimpn Amanah, melainkan hanya puas hati terhadap Arul Kanda dan kes 1MDB.. bagi aku takda apa yang salahnya komen Dr Mujahid....

Tapi bila pagi ni, membaca sebaran respon Ostad Deris dan Ostad Dusuki penjaga alam kubur alam Melayu.. apakah mereka ini mereka sedan melakukan fitnah atau tidak bertabayyun ? , tak sepatutnya bagi pimpinan, apa lagi agamawan tidak faham maksud Dr Mujahid.. Respon Dr Mujahid itu menepati kehendak Syariah..


Disiplin perlaksanaan Syariat Islam membezakan Maksiat Peribadi, Dosa yang dibuat secara tersembunyi dan terang terangan.. Malah dari sudut Undang undang, segala kesalahan dan hukuman telah jelas ada dalam enakmen Jenayah Syariah sejak sekian lama, ia soal penguatkuasaan..

Jadi benarlah kata Dr Mujahid, mereka dikenakan tindakan jika ia nya dilakukan secara terang terangan dan terbuka, manakala jika ia dilakukan secara tersembunyi, ia tetap berdosa, itu antara mereka dan Allah..sama la kesnya tentang komen Exco dan Ulama Terengganu tentang isu "Berbikini".. Tidak ada salahnya komen Dr Mujahid..

Bagaimana agamawan seperti Deris dan Dusuki tidak mampu memahaminya ? apalagi Ostad Deris menyamakan dosa mencuri, dosa rasuah dengan dosa peribadi seperti Zina dan meminum arak.. ada beza Dosa peribadi dengan dosa yang melibatkan sifat zalim, dan melibatkan kepentingan dan maslahat awam sepertti kes mencuri dan rasuah...

Maksiat yang tersembunyi tidak boleh dintai intai dan dicari kesalahannya..Allah melarang Tajassus.. sebelum ini aku pernah menegur tindakan peguatkuasa agama mengetuk ketuk pintu hotel dan mengintai intai Maksiat yang tersembunyi.. ia sebenarnya tidak menepati kehendak Islam..

Apakah Ustaz Deris dan Dusuki tidak pernah membaca Riwayat dan Sejarah pemerintahan Khalifah Umar ? Pernahkah mereka membaca riwayat Rabiah Bin Umayyah Bin Khalaf dan Abu Mihjan Ats Tsaqafi..ini bukan riwayat palsu..Ini Riwayat Abdul Rahman Bin Auf..

Pernah suatu Ketika Khalifah Umar melakukan rondaan diwaktu malam di Kota Madinah, ia terlihat cahaya unggun Api... bila terdengar bunyi bising, lalu Khalifah Umar mendekati disatu pintu disebuah rumah.. Telah berkata Khalifa Umar..

هَذَا بَيت رَبِيعَة بنُ أُمَيَّة بنُ خَلَف وَهُم الآَن شَرَب فَمَا تَرَى..
“Ini rumah Rabiah Bin Umayyah Bin Khalaf, mereka sekarang minum arak, apa pandangan kamu ?..

Telah menjawab Abdul Rahman..

أَرَى أَنَّا قَدْ أَتَينَا مَا نَهَى اللهُ عَنهُ وَلَا تَجَسَّسُوا وَقَد تَجَسَّسْنَا،..
Aku berpandangan sebenarnya kita telah melakukan apa yang Allah larang tentangnya, iaitu jangan mengintip sedangkan kita mengintip..

Selepas mendengar pandangan Abdul Rahman, Umar berpaling dan meninggalkan mereka.. Selain kisah Rabiah Bin Umayyah Bin Khalaf, dalam satu riwayat lagi melibatkan kisah Abu Mihjan Ats Tsaqafi, Keberanian dan kepahlawanannya di medan tempur diceritakan dalam sesetengah riwayat melibatkan perang Qadisiyah.. Abu Mihjan antara sahabat yang sering mengulangi Dosanya meminum Khamar..

Apakah tindakan Khalifah Umar meninggalkan mereka meminum arak sebagai membenarkan Dosa mereka ? tidak sama sekali.. ia menceritakan kepada kita larangan untuk Tajassus, mengintai intai dosa peribadi, apa lagi ia berlaku ditempat yang tersembunyi.. Apakah tidak ada sifat amal ma'ruf nahyi munkar dilakukan Khalifah Umar ?

Begitu juga bila ia berlaku dalam kes Zina di zaman Nabi, banyak riwayat menceritakan tentang larangan mengintai keatas dosa peribadi.. itu sebabnya, kebanyakan kes Hudud, had yang berlaku dizaman nabi adalah melalui Taqrir(iqrar,pengakuan dari penzina itu sendiri.. bukan kesalahan mereka dintai dan dicari cari Nabi dan Sahabat..bukan kah berlaku juga dialog antara Nabi dan penzina itu ?

Oleh kerana Ostad Deris memetik pandangan Imam Al Ghazalie dari kitab Ihya' Ulumuddin, Aku memetik dari Ulama dan kitab yang sama.. Dalam membicarakan tentang Hisbah, melibatkan Amar Makruf nahyi Mungkar.. antara rukun dalam perlaksanaannya.. Berkata Hujjatul Islam,Imam Ghazalie..

" Hendaklah kemungkaran tersebut terlihat zahir (jelas) kepada ahli hisbah tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya "

lalu diungkapkan hadis tentang Rabiah Bin Umayyah Bin Khalaf.. Islam melarang kita Tajassus(.وَلاَ تَحَسَّسُوا).. Mengintai.. menyebarkan aib sesama muslim.. Kata Sheikh Saa'di .“janganlah kamu meneliti aurat ( aib ) kaum muslimin dan janganlah kamu menyelidikinya.”..

sebagai contoh bersembang lucah di dalam FB mesengger dan Whatsapp yang dikaitkan dengan Ulama' dan menonton PPV adalah contoh dosa dosa peribadi , ia dilakukan secara tersembunyi..

Entah kenapa begitu Marah ostad Deris kepada pandangan Dr Mujahid ? apakah rasa bengkak dan iri hati melihat Dr Mujahid dilantik Menteri di Jabatan Perdana menteri yang menjaga hal ehwal Islam ? sebagaimana impian mereka untuk dilantik menteri melalui teori King Maker yang tidak diizinkan Allah.. atau Ostad Deris dengki kan keupayaan ramai rakyat memuji Dr Mujahid boleh berbahasa arab.. sebab ramai yang bagi tahu, Ostad Deris tak boleh cakap arab.. :)

Ahmad Muslim Badawi

1 comment:

  1. Dah cantik dah komen tu cuma lebih molek jika tak perlu tegur hal2 peribadi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...