Saturday, August 4, 2018

Dari Tanah Tinggi Lojing ke Lojing Highlands: Mana pejuang bahasa?

Saya tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan menukar nama Tanah Tinggi Lojing di Kelantan kepada Lojing Highlands atas nama penjenamaan baru untuk mengakat Tanah Tinggi Lojing setaraf dengan Genting Highland.

Saya sokong tindakan kerajaan yang berhasrat untuk membangunkan kawasan Tanah Tinggi Lojing dengan penjenamaan semula kawasan tersebut namun nama yang dipilih jelas mahu menghapus imej dan bahasa kebangsaan dalam peta Malaysia.

Kerajaan Kelantan juga memperlihat sikap hipokrit kononnya mahu membela bahasa kebangsaan namun memilih satu nama yang jelas memperlekeh bahasa kebangsaan.

Seolah-olah sesuatu kawasan itu hanya boleh maju sekiranya ianya dijenamakan dalam bahasa Inggeris.

Kerajaan negeri Kelantan juga menunjukkan kedaifan yang jelas apabila membawa satu idea mahu membangunkan kawasan Pos Sigar dan Pos Brooke.


Ini kerana kawasan tersebut merupakan kawasan orang asli di mana sehingga ke hari ini kerajaan Kelantan tidak mempunyai hubungan yang baik dengan mereka.

Penjenamaan Tanah Tinggi Lojing kepada nama baru dengan keadaan air sungai di Kelantan masih berwarna kuning akibat pembalakan tidak akan menambah pelancongan.

Pelancongan akan mendapat mimpi yang buruk sekiranya mereka melihat bagaimana keadaan sungai dan layanan kerajaan terhadap orang asli.

Di mana para pejuang bahasa kebangsaan yang terjerit terpekik konon bahasa kita sedang dipersenda apabila peguam negara menggunakan bahasa ingeris ketika sidang akhbar di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur?

Hazmi Hassan merupakan ketua Pemuda AMANAH Kelantan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...