Saturday, August 4, 2018

Rela nafi potong elaun anggotanya

Bernama


Rela berkata penugasan rondaan hanya dilaksanakan di 98 PKKR seluruh negara melibatkan 294 anggota yang dibayar elaun bertugas.

Rela berkata penugasan lain masih berjalan seperti biasa. (Gambar Bernama)

PUTRAJAYA: Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) menafikan dakwaan akan memotong elaun semua anggotanya susulan penularan satu surat di media sosial mengenai penamatan penugasan kawalan keselamatan di Pusat Khidmat Komuniti Rela (PKKR) di seluruh negara.

Rela dalam kenyataan hari ini berkata penugasan rondaan tersebut hanya dilaksanakan di 98 PKKR seluruh negara melibatkan 294 anggota yang dibayar elaun bertugas.

“Penamatan penugasan PKKR tersebut dibuat setelah penilaian semula terhadap semua penugasan jabatan yang dilaksanakan pada pertengahan tahun. Penilaian merangkumi aspek keperluan penugasan dan kedudukan kewangan semasa jabatan,” katanya.

Rela berkata penamatan penugasan rondaan PKKR juga tidak melibatkan penugasan lain yang masih berjalan seperti biasa.

“Ia juga tidak menjejaskan operasi PKKR yang akan terus beroperasi seperti sediakala,” katanya.

Menurut Rela, penugasan rondaan keselamatan di PKKR diwujudkan sejak Januari 2017 untuk membantu memelihara keselamatan setempat dan ia bersifat sementara.

Bermula Januari tahun ini, jabatan itu juga melaksanakan rondaan keselamatan secara sukarela di 157 daerah seluruh negara, katanya.

“Rondaan secara sukarela itu selaras dengan hasrat jabatan untuk menghidupkan semula semangat kesukarelaan dalam kalangan anggota Rela,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...