Saturday, August 4, 2018

Menteri - Lahir ramai golongan intelektual beragama

Lahir ramai golongan intelektual beragama
KULIM - Kerajaan mahukan lebih ramai golongan intelektual yang mempunyai asas agama baik.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, impian ini telah pun disuarakan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mahukan sekolah agama beraliran sains dibangunkan.

Menurutnya, bukan sahaja ilmu agama yang perlu dipelajari tetapi terapkan juga ilmu sains yang boleh digunakan untuk membina kerjaya dan menjana sumber pendapatan keluarga.

"Belajar agama bukan untuk menjadi golongan agamawan semata-mata.

"Tetapi boleh menjadi golongan profesional, intelektual dan teknokrat yang kini amat diperlukan negara dengan asas agama yang kuat.

"Golongan inilah yang kita nak lahirkan lebih ramai melalui sekolah beraliran agama dan sains," katanya ketika Program Penyerahan Peralatan Komputer di Sekolah Menengah Agama (SMA) Madrasah Ihsaniah Jangkang, di sini.


Beliau berkata, pelajar juga tidak perlu merasa kecewa sekiranya terdapat kekurangan di sekolah yang mereka belajar ketika ini.

"Pelajar jangan melihat kekurangan ini sesuatu kekecewaan, berasa lemah tetapi menjadikan ia motivasi untuk terus berjaya dan buktikan kemampuan mereka," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...