Sunday, August 5, 2018

Keputusan PRK Sg Kandis - Siapa Untung Siapa Rugi


Dapatan ringkas perbezaan peratusan undi PRU14 dan PRK Dun Sungai Kandis 4 Ogos 2018:

PRU 14 (9 Mei 2018)

Pecahan Pengundi:

Melayu - 72%
Cina - 12%
India - 16%
Lain2 - 1%

Jumlah Pengundi: 50800
Peratusan Keluar Mengundi: 84.6%
Undi Rosak : 0
Kertas undi dikeluarkan : 43165
Majoriti : 12480

Keputusan:

PKR/PH - 23998 (55.6%)
BN - 11518 (26.7%)
PAS - 7513 (17.5%)
PSM - 76 (0.2%)

PRK (4 Ogos 2018)

Jumlah Pengundi: 50800
Peratusan Keluar Mengundi: 49.8%
Undi Rosak: 173 (0.69%)
Kertas undi dikeluarkan : 25102

Keputusan:

PKR/PH - 15247 (60.6%)
BN - 9585 (38.76%)
Bebas - 97 (0.39%)
- undi rosak 173 (0.69%)


Majoriti : 5842

Analisa :

1. Peratusan keluar mengundi PRU 14 sebanyak 84.6% turun kepada 49.8% pada PRK kali ini ketiga paling rendah dalam sejarah PRK selepas PRK Gelugor dan Penanti di Penang.

2. Peratusan undi diterima calon PKR/PH meningkat dari diterima PRU14 sebanyak 55.6% kepada 60.7% dalam PRK kali ini.

3. Peratusan undi diterima calon BN dalam PRU14 26.7% melonjak kepada 38.76% dibantu dengan peratusan undi diberikan pengundi Pas dan calon Pas tidak bertanding kali ini.

4. Jika diambil petunjuk peratusan undi BN dan Pas pada PRU14 lalu, peratusan undi sepatutnya diterima calon BN jika pengundi BN dan Pas beri 100% undi mereka peratusan undi keduanya sepatutnya menjadi 44.2% atau lebih, tetapi perbezaan lebih 5% menunjukkan pengundi Pas dan BN tidak 100% beri undi kepada calon BN atau sebaliknya mereka 'swing' undi kepada calon PKR/PH.

5. Petunjuk PRK pertama selepas PRU 14 ini juga indikator sokongan kepada PH masih utuh dan bertambah peratusan undi diterima serta peratusan undi meningkat dari PRU14 lalu.

6. Peratusan keluar mengundi yang rendah disebabkan faktor keghairahan mengundi kendur selepas PRU14 kerana mood pengundi untuk jatuhkan Najib Razak BN dan Pas di Selangor telah tercapai dalam PRU14 lalu, tiada beza bagi mereka keluar mengundi atau balik mengundi kerana kerajaan PH kekal di Putrajaya dan Selangor.

7. Indikator ini juga akan memberi signal kepada BN dan Pas di dua PRK akan datang Dun Balakong dan Seri Setia bahawa kawasan majoriti Melayu di Selangor masih kekal PH menjadi pilihan pengundi dan Dun Balakong selepas ini bakal melihat pula bagaiman mood kawasan majoriti pengundi bukam melayu kepada sokongan mereka terhadap PH.

Tahniah YB Ust Zawawi Ahmad Mughni di atas kemenangan dan kepercayaan pengundi Dun Sg Kandis (dahulu dikenali Dun Seri Andalas) serta selamat menjalankan AMANAH yang diberikan.

Mohd. Fikri Abd. Rahman
Ketua Kanun AMANAH Kedah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...